TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi memberikan insentif Sinaran Merdeka bagi menggalakkan pengguna perdagangannya menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini.
Diperkenalkan sejak tahun 2000, insentif ini diberikan kepada semua pengguna perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 iaitu pengguna bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersil, kompleks membeli-belah, hotel-hotel dan stesen minyak.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, TNB berkata kadar insentif adalah 17.8 sen/kWh bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai tahun ini. Insentif berakhir pada 30 September, menurutnya.
Para pengguna yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di semua pejabat Pengurus Besar (Negeri) atau pejabat Pengurus Kawasan, dan tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September ini.