BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TMJ kena kritik kaw2

Status
Not open for further replies.
ni namanya beng.ap susu...
kecik2 kurang minum susu ibu kot...
asyik di suapkan susu lembu duk kondo je... :eek:

dah lari topic dah ni...lepas fitnah ko hina plak ye...tanggungla dosa bro...ko yg mintak..:D:D
 
pada aku, makan nasi tak habis pun membazir juga.. cuma tak masuk paper je... kalau dari kecik sampai besar macam tu.. setiap hari.. bertahun2.. banyak juga tu.. cuma diri sendiri tak nampak je...

Tepat skali.. Ikut islam mmg camtu.. Kalo nasik yg dua tiga butir pun dah membazir.. Apatah lagi yg ratusan ribu...

Jgn pulak ada yg kata nanti ikut suka hati dia la yg duit dia.. Yg tu tak paham Islam punya org tu.. Kalo nasik yg dua tiga butir pun kira membazir sekalipun nasik tu milik kita.. Sebab tu lah sunnah untuk kita menjilat jari kita selepas makan.. Utk pastikan makanan kita takde terbazir
 
kalau bro dah akui.. pada aku pun dah cukup manis...

Aku mmg berani mengakui masalah tu ada kat mana2 bro.. No hal nya.. Cuma sesetgh kita jer masih tak sedar diri dan tak nak mengaku....
 
Wah ko tiap kali corner musti masuk goal..la
bang..perbetul sikit...bukan semua jari kena jilat bang

Tepat skali.. Ikut islam mmg camtu.. Kalo nasik yg dua tiga butir pun dah membazir.. Apatah lagi yg ratusan ribu...

Jgn pulak ada yg kata nanti ikut suka hati dia la yg duit dia.. Yg tu tak paham Islam punya org tu.. Kalo nasik yg dua tiga butir pun kira membazir sekalipun nasik tu milik kita.. Sebab tu lah sunnah untuk kita menjilat jari kita selepas makan.. Utk pastikan makanan kita takde terbazir
 
Last edited:
kalau dah logi rawatan pun fail... tak kotor ke air sampai ke rumah...

yela...berapa peratus yang kotor sampai kepada rakyat?
kelantan je ke air kotor dalam Malaysia ni?:-?

Rujuk pada laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertarikh 30hb. Oktober, 2011. Kandungan E-Coli bagi 6 Negeri:

Perlis = 1.21%
Pahang = 1.12%
Wilayah Persekutuan Labuan = 1.01%
Perak = 0.90%
Kelantan = 0.88%
Johor = 0.52%
 
...

Khamis September 17, 2009
Perang Besar Dua Keluarga Diraja

Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

Sumber - mstar
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register