ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Telekom Malaysia Bhd (TM)
TELEKOM Research & Development Sdn Bhd (TM R&D), anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd menjalinkan kerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bagi menjayakan program untuk industri teknologi.
Dalam satu kenyataan semalam, TM R&D mengumumkan kerjasama antara kedua-dua pihak itu bertujuan melaksanakan program dan pengkomersilan hak harta intelek, perkongsian ilmu dan rangkaian dengan rakan kongsi berpotensi.
Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D Dr Gopi Kurup berkata, kerjasama dengan AIM akan mengukuhkan tema penyelidikan syarikat itu dalam perkhidmatan digital, rangkaian hijau, akses teknologi dan alatan proses.
"Usaha sama akan membantu TM R&D mencapai matlamat pengkomersilan dan memanfaatkan pengalaman dan rangkaian luas AIM dengan universiti, institut penyelidikan, pemegang kepentingan industri dan kerajaan," katanya. - Bernama