BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TKM Pulau Pinang Mulakan Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
e9ec9667052c3c636b6f0b29d5fd9f1469b3bb81a0a9f

b12fc925c036bfd37be1021432abe5e569b3bb94b51ee

Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid (tengah) pada sidang media di pejabat MAINPP di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Zakat MAINPP telah memulakan proses perundangan terhadap individu didakwa menyebarkan fitnah berhubung pengurusan dana zakat negeri itu.

Empat individu dinamakan dan diberikan surat tuntutan (LOD) iaitu aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Hafiz Alias dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Yusni Mat Piah.

Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata tindakan itu diambil bagi mempertahankan reputasi dan integriti institusi agama Islam daripada terus diperkotak-katikkan demi agenda politik pihak tertentu.

“Saya secara peribadi bersama pihak MAINPP dan Zakat MAINPP telah memulakan proses tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut,” katanya pada sidang media di pejabat MAINPP di sini, hari ini.

LOD itu bagi menuntut mereka menghentikan serta-merta penyebaran bahan berunsur fitnah, mengemukakan permohonan maaf serta memberi aku janji untuk tidak mengulang atau menerbitkan semula tuduhan tersebut.

Mohamad berkata demikian bagi menjelaskan beberapa dakwaan dikaitkan dengan dirinya, MAINPP dan Zakat MAINPP yang disifatkan tidak berasaskan fakta sebenar serta berniat jahat, termasuk tuduhan berkaitan bantuan zakat kepada Zamri Ahmad.

Mohamad menjelaskan individu berkenaan dikenal pasti sebagai asnaf miskin sejak Ogos 2023, iaitu sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Yang Dipertua MAINPP.

Beliau turut menjelaskan isu pembelian tanah Lot 240, 264 dan 265 Mukim 3, Seberang Perai Selatan yang sebelum ini dipersoalkan.

Katanya cadangan pembelian tanah itu bermula sejak 15 Jan 2021 dan melalui beberapa peringkat penelitian termasuk penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) serta penelitian Jawatankuasa Pembangunan, Hal Ehwal Tanah dan Aset MAINPP sebelum diputuskan oleh pihak berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register