kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Tirai PRN Johor Ke-16 Dibuka Secara Rasmi Hari Ini, Kempen 14 Hari Menanti
Pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Dewan Tanjung, Bangunan Istana Tanjung.
Tirai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dibuka secara rasmi pagi ini dengan proses penamaan calon di 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri bermula tepat 9 pagi.
Bakal calon mempunyai tempoh sejam, iaitu hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan secara rasmi.
Sejurus pengisytiharan itu, 'gendang perang' pilihan raya akan mula dipalu dengan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari sehingga 11.59 malam, 10 Julai depan, seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tarikh pengundian awal bagi PRN Johor pada 7 Julai dan hari pengundian pada 11 Julai selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lepas.
Setakat pagi semalam, sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual, manakala 133 bakal calon disahkan telah menjelaskan bayaran deposit bagi mengesahkan penyertaan mereka.
Mengikut statistik SPR, PRN Johor kali ini menyaksikan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.
Suhu politik di negeri ini dijangka memuncak dengan penampilan gabungan calon muka baharu, penyandang, selain kemunculan semula bekas wakil rakyat yang dipertaruhkan oleh parti masing-masing bagi merebut 56 kerusi DUN.
Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN yang melibatkan agihan 20 calon daripada PKR, Amanah (19) dan DAP (17).
Barisan Nasional (BN) turut bertanding di kesemua kerusi dengan menampilkan 36 calon UMNO, MCA (16) serta MIC (empat).
Loading…
www.bernama.com
