Tipu: Raja Izzuddin lepas tuduhan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini telah melepaskan bekas Raja Kecil Besar Perak Raja Izzuddin Iskandar Shah (gambar) daripada tuduhan bersuhabat dengan bekas setiausaha peribadinya untuk menipu dua ahli perniagaan anak beranak mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Mahkamah juga mengesahkan pembebasan bekas setiausaha peribadi Datuk Ibrahim Zulifli daripada menipu ahli perniagaan Fong Seow Kai Chuan dan Fong Nyok Lan mendapatkan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) bergelar Datuk untuk Nyok Lan.

Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali semalam menolak rayuan pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Teluk Intan yang melepas dan membebaskan Raja Izzuddin dan Ibrahim pada 27 Januari 2006, tanpa dipanggil untuk membela diri.

Mohamed Apandi berkata, segala tomahan menipu dan keperdayaan yang menjadi intipati pertuduhan terhadap kedua-dua mereka telah hancur berkecai berikutan terdapatnya beberapa keterangan saksi utama berbentuk ‘exculpatory’. Keterangan exculpatory ialah keterangan yang berpihak kepada tertuduh atau defenden yang menunjukkan bahawa tertuduh atau defendan tidak bersalah atau tidak mempunyai niat jenayah.

“Keterangan excul- patory tersebut dengan sendirinya telah dan dapat melepaskan kedua-dua responden (Raja Izzuddin dan Ibrahim) daripada pertuduhan terhadap mereka,” kata Mohamed Apandi pada penghakimannya.

Beliau berkata, antara keterangan ‘exculpatory’ yang diberikan oleh mangsa Kai Chuan, 38, ialah keterangan menyatakan ‘semasa YAM (Raja Izzuddin) terima, YAM beritahu ibu saya - jangan ingat kamu ada duit pasti boleh dapat DPMP.

DPMP tidak boleh dijual beli’.

Keterangan ‘excul- patory’ kedua, kata hakim itu, adalah keterangan Kai Chuan yang menyatakan sekirannya beliau rasa ditipu, beliau tidak akan bayar wang dan juga keterangannya menyatakan beliau tidak ditipu.

Kes program SAHABAT RAJA IZZUDIN tu macam mana pula..:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Banyak jugak aku dengar kes2 orang beli pangkat nie...
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,466
Reaction score
56
Points
120
beli pangkat nie ada dalam semua bidang...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register