eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Seorang tukang sapu terpaksa berputih mata apabila menyerahkan semua barang kemas miliknya bernilai lebih RM5,000 selepas terpedaya taktik sedih seorang lelaki kononnya isteri sakit tenat di hospital.
Bagi meyakinkan wanita warga Myanmar berusia 40-an itu, lelaki terbabit bukan saja merayu mangsa meminjamkan wang, malah ‘mencagarkan’ tiket nombor ekor yang memenangi wang RM50,000 kepada mangsa.
Disebabkan itu, mangsa yang kasihan pujuk rayu lelaki yang juga warga asing terbabit menyerahkan barang kemas miliknya termasuk rantai leher, gelang tangan, loket dan cincin.
Menurut sumber, wanita itu yang bekerja di flet Sri Sabah, Cheras didatangi dua lelaki termasuk seorang warga tempatan jam 10.30 pagi kelmarin.
“Selepas beberapa minit memberi keterangan mengenai isterinya yang tenat dan kini terlantar di hospital, lelaki warga asing itu meminta mangsa meminjamkan wang berjumlah RM2,000, namun mangsa mendakwa dia tidak mempunyai wang,” katanya.
Selepas dimaklumkan kepada lelaki terbabit, mangsa diajak ke kedai nombor ekor di Taman Tenaga, Cheras kononnya untuk mengambil wang hadiah RM50,000 yang dimenangi lelaki itu.
“Lelaki terbabit keluar daripada kedai dengan membawa surat hadiah sebelum meyakinkan mangsa kononnya dia tidak boleh mengambil wang dimenangi kerana hari cuti dan urusan berkenaan tidak boleh dilakukan.
“Malah, penyamun itu turut memaklumkan isterinya akan meninggal dunia jika dia tiada wang untuk membayar kos pembedahan,” katanya di sini, semalam.
Mangsa yang kasihan nasib lelaki itu menyerahkan barang kemas termasuk rantai leher loket dan cincin.
Katanya, lelaki terbabit memberi mangsa surat hadiah nombor ekor dimenangi dan menyuruh wanita itu menyimpan dengan baik.
“Lelaki terbabit turut berjanji akan memulangkan semula barang kemas kepada mangsa pada jam 1.30 petang hari sama, namun penyamun itu tidak muncul menyebabkan wanita itu membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan kelmarin,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
“Kami sudah mengambil keterangan mangsa dan akan memanggil semula wanita itu dalam masa terdekat bagi membuat fotofit suspek,” katanya.