dyla shahri
CG Top Poster Club

- Messages
- 22,918
- Joined
- Dec 2, 2009
- Messages
- 22,918
- Reaction score
- 1,040
- Points
- 191
Menjaga dan merawat kesihatan telinga bukan sekadar membersihkannya dengan putik kapas sahaja. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan agar organ pendengaran itu kekal sihat dan bersih, ikuti beberapa tip penjagaan telinga dengan baik ini.
1- Kurangi Penggunaan Earphone.
Tanpa disedari, mendengar muzik menggunakan earphone ditambah dengan volume yang terlalu kuat boleh menyebabkan gangguan pada organ pendengaran. Sekiranya telinga terdedah pada kadar kebisingan yang melebihi 1oodB selama lebih dari satu jam setiap hari dalam temph 5 tahun , ia boleh menyebabakan seseorang menderita kehilangan pendengaran kekal.
2- Jauhi dari suasana terlalu bising.
Suasana yang terlau bising seperti jalan raya, studio muzik atau menghadiri persembahan konsert juga boleh memudaratkan lagi keadaan kesihatan pendengaran. Kurangkan intensitinya adalah antara langkah yang bijak untuk dilakukan.
3- Guna pelindung telinga
Gunakan alat pembersih telinga yang standard { jika menggunakan selain putik kapas ** atau pelindung telinga ketika bekerja di ruang yang bising bagi mengelakkan bunyi mesin dan sebagainya.
4- Elak menggunakan jari.
Berhati-hati ketika menggunakan putik kapas ketika membersihkan telinga.penggunaan putik kapas hanya boleh menjaga kebersihan telinga, oleh itu jauhi dari menggunakan jari atau benda runcing dan tajam untuk membersihkan telinga. Meskipun putik kapas dikatakan pembersih paling efektif, menggunakannya juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Hanya bersihkan bahagian daun telinga dan rongga luar sahaja. Elakkan menggunakan putik kapas hingga ke dalam lubang telinga kerana ia hanya mendorong kotoran telinga masuk ke tempat yang lebih dalam lagi. Jika kotoran masuk lebih dalam dan terkumpul, lama-kelamaan ia akan menyebabkan radang telinga.
5- Guna tuala lembut.
Cara yang selamat membersihkan telinga adalah dengan menggunakan tuala lembut yang diredam ke dalam air hangat. Kemudian, bersihkan bahagian luar dari lubang telinga secara perlahan-lahan.
6- Buat pemeriksaan
Pastikan anda memeriksa kesihatan telinga anda pada doktor sekurang-kurangnya setahun sekali.