BTC USD 82,934.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Kenali Asap Ekzos Kereta Anda

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
44,046
Top Poster #6
Joined
Jun 28, 2011
Messages
44,046
Reaction score
7,435
Points
481
KEBIASAANNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator. Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

1.bmp


Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:
Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat. Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap kereta anda berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna telah berlaku kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak. Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya. Asap hitam kerana karburator rosak.

Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.
Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak. Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih. Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan ia mengeluarkan bau tertentu.
 
mcm kurang tepat je.. penerangan agak mengelirukan.. meh aku simplifiedkan..

Asap Putih waktu pagi dan tidak berbau - enjin cun.. takde masalah
asap putih waktu bila2 pun.. - enjin ada mengalami sedikit kebocoran air..
asap biru dan bau hangit - enjin ada mengalami pembakaran myk enjin.. sebab tu busuk
asap hitam dan bau petrol - petrol terlebih.. so tune carburetor anda..

paling elok.. tak keluaq asap langsung.. condition enjin A++
 
asap biru dan bau hangit - enjin ada mengalami pembakaran myk enjin.. sebab tu busuk
Bagaimana mengatasi masalah ni?
TQ
 
Lain pulak pemahaman aku selama ni,mana satu yang betul ni,haha
 
Lain pulak pemahaman aku selama ni,mana satu yang betul ni,haha

cer citer camna yg hang paham.. kalau betul tu mmg betul la.. kalau kurang betul.. kita kasi tepat yg betul. :))
 
mcm kurang tepat je.. penerangan agak mengelirukan.. meh aku simplifiedkan..

Asap Putih waktu pagi dan tidak berbau - enjin cun.. takde masalah
asap putih waktu bila2 pun.. - enjin ada mengalami sedikit kebocoran air..
asap biru dan bau hangit - enjin ada mengalami pembakaran myk enjin.. sebab tu busuk
asap hitam dan bau petrol - petrol terlebih.. so tune carburetor anda..

paling elok.. tak keluaq asap langsung.. condition enjin A++

kalo kereta injection camno plak kene tune ecu laa ekk
 
kena panjangkan fakta lagi ni tt...pengguna tobo pun ada asap2 tertentu untuk menunjukkan enjin atau tobo masalah..
 
mcm kurang tepat je.. penerangan agak mengelirukan.. meh aku simplifiedkan..

Asap Putih waktu pagi dan tidak berbau - enjin cun.. takde masalah
asap putih waktu bila2 pun.. - enjin ada mengalami sedikit kebocoran air..
asap biru dan bau hangit - enjin ada mengalami pembakaran myk enjin.. sebab tu busuk
asap hitam dan bau petrol - petrol terlebih.. so tune carburetor anda..

paling elok.. tak keluaq asap langsung.. condition enjin A++


keluar asap bro, tp x nampak mane. hihi
kalo x kuar tu, sumting wrong la. xpon enjin x start :))
 
Back
Top
Log in Register