RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Dalam cuaca tak menentu ni, banyak tempat yang terlibat dengan banjir besar sehinga banyak harta benda yg musnah.
antaranya adala KENDERAAN.
so kat bawah ni adalah tips untuk selanggara kenderaan selepas banjir yang boleh di cuba,
apa pun, yang paling penting, kenderaan yang sudah ditenggelami air, jangan sesekali cuba dihidupkan enjinnya terutama jika air mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin.
Biarkan kenderaan tenggelam di dalam air dan tunggu sehingga banjir surut sebelum mengalihkan kenderaan anda. Ini kerana kenderaan masih boleh diselamatkan dengan melakukan beberapa perkara ini selepas air surut.
1. Jangan hidupkan enjin kereta
Selepas banjir mula surut dan keadaan mula selamat, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin kereta anda. Sebaik-baiknyam hubungi lori tunda untuk dibawa ke bengkel.
Ini kerana jika anda cuba menghidupkan kenderaan, enjin yang sudah terjejas akibat banjir besar kemungkinan akan mengalami kerosakan lebih teruk.
2. 'Flush' minyak
Memandangkan kedudukan tangki minyak pada kedudukan agak rendah, ada kebarangkalian air telah masuk ke dalamnya. Bagi mengelak masalah besar atau kemungkinan kereta perlu overhaul, flush minyak yang ada sehingga benar-benar kering.
3. Periksa minyak enjin dan gearbox
Antara perkara yang perlu diperiksa adalah sukatan dipstick minyak enjin dan gearbox. Sekiranya paras minyak lebih tinggi daripada kebiasaan, kemungkinan ia telah dimasuki air.
Kebiasaannya, mekanik akan mengosongkan minyak enjin dan gearbox dan gantikan dengan yang baharu.
4. Komponen elektronik
Apa sahaja komponen elektronik seperti radio, bateri dan sebagainya hendaklah dicabut.
5. Kusyen
Kebiasaannya terdapat bengkel yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian dalam kereta yang basah akibat terkena air banjir. Pastikan kusyen dicuci dengan baik kerana ia mungkin akan meninggalkan bau hapak.
Sementara itu, sekiranya kawasan anda berisiko dilanda banjir, beberapa langkah pencegahan juga boleh dilakukan termasuklah;
1. Sebaik-baiknya selamatkan kenderaan dan parkir dikawasan lebih tinggi.
2. Sebagai langkah keselamatan, tutup ekzos kenderaan dengan sesuatu yang padat agar air tidak dapat tembus sekiranya berlaku banjir.
3. Cabut terminal bateri memandangkan situasi banjir diluar jangka.
4. Selamat barang-barang yang penting dan mudah rosak akibat air.