BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan biadab askar Britain

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Salah seorang daripada askar Britain memuat naik fotonya bersama pejuang Taliban.
< 1 / 1 >
LONDON - UNITED KINGDOM. Tindakan dua askar Britain memuat naik foto bersama mayat Taliban Afghanistan di laman web video LiveLeak Jumaat lalu menimbulkan kecaman Amnesty International.

Imej menunjukkan dua orang anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF) bergambar bersama mayat dipercayai diambil selepas serangan di Kem Bastion pada 2012.

Kedua-dua imej menunjukkan, askar Britain melutut bersebelahan mayat dan memberi tanda pujian kemenangan.

Pengarah Amnesty International, Joanne Mariner menyifatkan imej itu sebagai mengerikan dan melanggar piawaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa seperti tertakluk mengikut artikel 3 Konvensyen Geneva.

“Tindakan tidak menghormati dan menjatuhkan maruah kumpulan pejuang yang meninggal dunia adalah salah,” katanya dipetik AP

Susulan kejadian itu, beliau menggesa pihak berkuasa Britain melancarkan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dalam kejadian itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Britain berkata dalam satu kenyataan bahawa askar Britain terbabit telah ditukar ke unit lain dan menarik diri daripada tugas barisan hadapan.
 
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Britain berkata dalam satu kenyataan bahawa askar Britain terbabit telah ditukar ke unit lain dan menarik diri daripada tugas barisan hadapan

takat tu je..?
syok la dia..takyah pi perang lagi :p
 
Askar ni akan jadi contoh teladan kepada yang lain. Buat kesalahan kena tampar tangan sikit je.
 
aku nak jumpa geng2 ni minggu depan.. :))
 
apsal baju sama je
 
Pengarah Amnesty International, Joanne Mariner menyifatkan imej itu sebagai mengerikan dan melanggar piawaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa seperti tertakluk mengikut artikel 3 Konvensyen Geneva.

“Tindakan tidak menghormati dan menjatuhkan maruah kumpulan pejuang yang meninggal dunia adalah salah,” katanya dipetik AP

Pergi serang dan bunuh orang tu kira ok la ya? Tak termasuk dalam clause "tidak menghormati dan menjatuhkan maruah"...
 
bila org barat buat... semua ok tak de hal .. kuasa dunia... pengaman dunia... klu org lain buat .. tak leh.. penganas... kejam dan tak berpermanusiaan.... org barat ni memang *****
 
perang 2012
sekarang baru upload pic
padan! :)
 
jumpa kat mana..nak bergambar jugak ke..:D

jumpa kat peghok.. takleh bergambar la ngan tentera uk ni.. tp diaorg ni friendly.. walaupun speakang berterabur .. depa gelak jer.. hahaha..
 
Back
Top
Log in Register