BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tindakan abang berbaju batik halang kenderaan plat Singapura isi RON95 dipuji

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Tindakan abang berbaju batik halang kenderaan plat Singapura isi RON95 dipuji


JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki tempatan menegur pemilik kereta bernombor pendaftaran Singapura yang didakwa mengisi petrol bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di bandar raya ini tular dan mendapat pujian ramai.

Dalam video berdurasi 53 saat yang tersebar di media sosial, lelaki berkenaan yang memakai baju batik dilihat menghampiri pemandu kereta tersebut sebelum meminta supaya tidak mengisi petrol RON95.

Rakaman itu menunjukkan situasi berkenaan berlangsung dengan tenang tanpa sebarang provokasi, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang memuji keberanian serta sikap berhemah lelaki terbabit.

“Bagus cara abang ni, tegur dengan sopan tapi tegas,” komen seorang pengguna di Facebook.

“Kalau semua berani macam abang ni, orang luar takkan sewenang-wenangnya guna subsidi kita,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, anggota KPDN telah ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sebelum ini, kerajaan menetapkan larangan jelas bahawa hanya rakyat Malaysia dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95, manakala kenderaan asing diwajibkan menggunakan RON97.

Artikel : Sinar Harian
 
Yg tukar plet jd plet malaysia pun ad
Pastu jln lebih kurang 2-3 km pastu tukar balik plet singapork
Benda boleh buat
Stesdn minyak yg bodoh, patut mintak ic
 
susah bang...tengok yg ni dia pakai kad..bukan ada org jaga tiap pam minyak tu..

Kena up the game lah
Sampai bila mcm ni
Kalau govt letak sorang polis di setiap petrol station di johor pun ok
Bukan untuk “ shoot to kill” tapi untuk menakutkan
 
Brainless idiot singaporklian.
Duit ko nak dekat 4 kali ganda tinggi pun kedekut ke?

Kahakphuii atas dahi.
My dear friends,
It's not necessary he is Singaporean.
Any SG PR holder only can only drive SG reg vehicle in SG land. He might Malaysian, Sgrn, or other nationality.
Highest possibility is Malaysian rather than Singaporean.
Agree with u, rules out is prohibit other than mys reg vehicle to use ron95.
 
Back
Top
Log in Register