BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral KPDN Siasat Kereta Warga Asing Ubah Nombor Pendaftaran, Isi RON95

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,944
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,944
Reaction score
1,292
Points
206


IMG_0730.png




 
Melayu situ pun dayus tak berani
 
IMG_0735.jpeg


Patut govt gave authority to rakyat to shoot to kill these greedy singaporeans
 
03.01.2026 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor sedang menyiasat insiden individu mengubah nombor pendaftaran kenderaan Singapura bagi mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini. Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan pasukan siasatan sudah digerakkan untuk tujuan pemeriksaan.

"Pengadu sudah membuat aduan dalam sistem dan pasukan sudah pun digerakkan bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan. Sekarang ini kita masih menunggu laporan dan hasil siasatan. Maklumat terkini akan dikemas kini nanti," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial memaparkan seorang individu yang mengesan perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang sedang mengisi petrol RON95. Pemilik video mendakwa kemungkinan ia taktik baharu warga Singapura untuk mengaburi mata pihak berkuasa apabila menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran kenderaan asing itu supaya kelihatan seperti kenderaan tempatan. Apabila didekati dan disoal pemilik video, individu berkenaan mendakwa mereka bukan warga Singapura sebaliknya rakyat tempatan, sebelum dilihat cuba meninggalkan lokasi dengan segera. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya akan mengambil tindakan saman ke atas pemilik kenderaan jika mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu menyalahi peraturan yang ditetapkan. Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 10.35 malam tadi, namun laporan diterima pada jam 10.05 pagi tadi.

"Laporan mengenai kejadian itu sudah dirujuk ke KPDN untuk tindakan lanjut kerana membabitkan minyak subsidi. Polis akan mengesan pemilik kenderaan dan jika didapati nombor pendaftaran kenderaan itu menyalahi peraturan ditetapkan, kita akan ambil tindakan saman," katanya.
1767427970967.png
 
Last edited:

Polis Berjaya Kesan Pemilik Kenderaan Asing Tutup Nombor Pendaftaran Isi RON95​

1d253b45109207909f85634b246b293165e86de8c7557

Ketua Polis Kulai, Supt Tan Seng Lee. fb Polis Daerah Kulai

Polis berjaya mengesan pemilik kenderaan asing yang didakwa mengisi minyak RON95 dengan taktik menutup nombor pendaftaran.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata individu berstatus penduduk tetap (PR) itu kini berada di Singapura dan telah dihubungi untuk hadir segera ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita ingin menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengubah atau cuba menyembunyikan nombor pendaftaran kenderaan kerana menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial memaparkan tindakan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi RON95, yang berjaya dirakam seorang individu.

Semalam, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas sebuah stesen minyak, susulan aduan dan maklumat yang tular.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo dilaporkan berkata tindakan diambil di bawah Pelanggaran Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu larangan penjualan minyak Petrol RON 95 kepada kenderaan pendaftaran asing.

 
Back
Top
Log in Register