BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gopeng Meninggal Dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
b51abbc1cb324d7614298734d4b64c2a697b5cb1e75cf

Kredit: FB Datuk Hang Tuah Din

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Mohamad Annuar Baharuddin meninggal dunia akibat strok petang tadi.

Berita pemergian Mohamad Annuar, 70, disahkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hang Tuah Din menerusi hantaran di Facebook.

"Dengan hiba dan dukacita dimaklumkan Sdr Mohamad Annuar Bin Baharuddin (Pak Nuar), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng baru sahaja menghembus nafas yangg terakhir sebentar tadi di Hospital Avisena, Shah Alam asbab serangan strok. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut menitipkan ucapan takziah.

"Semoga Allahyarham diampunkan segalanya dosanya, diterima semua amal ibadatnya dan kita doakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh," kata Saarani menerusi laman Facebook.

 
Back
Top
Log in Register