BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TikTok Shop Tingkat Perlindungan Harta Intelek Untuk PMKS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,189
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,189
Reaction score
346
Points
141
b98fe77eebf2ccc6bcf6b595f131a1cd690dc53467764

2bcf4280c31ed8cca871ddc9db2a70a9690dc57389314

980f37b0b4f01b675ef4d4763b505ae4690dc59134336

9ac9bf208d3f296cc61ce60fbe862a40690dc55254999

Foto kredit: TikTok

Platform e-dagang dipercayai di Malaysia, TikTop Shop,  mencatatkan pertumbuhan lebih tiga kali ganda dari tahun ke tahun dalam jumlah jenama yang menyertai Program Jaminan Keaslian Tiktok Mall, didorong kerjasama dengan kerajaan bagi memperkasakan usahawan tempatan melalui latihan perlindungan harta intelek menjelang musim jualan hujung tahun.

Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz berkata pihaknya bekerjasama secara berterusan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menerusi usaha itu, beliau berkata lebih 300 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan serta 40 pegawai penguat kuasa KPDN telah diperkasa dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memanfaatkan Pusat Perlindungan Harta Intelek (IPPC) TikTok Shop, bagi melindungi jenama tempatan daripada pelanggaran harta intelek (IP) pada tahun ini.

“Usaha ini disokong Dasar Harta Intelek dan Dasar Anti-Pemalsuan dan Tiruan kami yang kukuh, yang mana pada separuh kedua 2024, telah menghasilkan lebih tujuh juta produk disekat secara proaktif daripada tersenarai di peringkat global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ekosistem e-dagang yang mampan memberi manfaat kepada pembeli dan penjual dan TikTok Shop kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menjunjung integriti platform itu.

“Kami gembira usaha bersama ini telah menarik lebih banyak jenama menyertai TikTok Shop Mall untuk mengukuhkan kedudukan pasaran mereka dengan Jaminan Keaslian 100 peratus kami, termasuk jenama tempatan seperti Skinmade, Hetch, Mommyhana, SALYRA Shop, Szindore, Olive House dan banyak lagi.

“Jenama-jenama ini akan mempunyai kelebihan strategik dalam membina kepercayaan dan memacu penukaran semasa 11.11, jualan terbesar dan yang paling dinanti-nantikan tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MyIPO Yusnieza Syarmila Yusoff dalam kenyataan sama berkata  kerjasama awam-swasta merupakan kunci kepada pembentukan ekosistem e-dagang lestari yang menggalakkan persaingan sihat dan perkembangan perniagaan secara bertanggungjawab.

Beliau berkata pihak kerajaan bersama platform yang dipercayai seperti TikTok Shop, telah menyediakan asas dan infrastruktur kukuh untuk membolehkan PMKS tempatan melindungi harta intelek mereka.

 
Back
Top
Log in Register