BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga tahun perangi IS

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Usaha perangi IS dikatakan mengambil masa 36 bulan.
< 1 / 1 >
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) memaklumkan usaha untuk memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria mungkin mengambil tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun selepas misi ketenteraan bersama sekutu mereka dilancarkan, September lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan Leftenan Jeneral, James Terry ketika taklimat mengenai perkembangan operasi ketenteraan itu di Pentagon, kelmarin.

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Abadi turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya bekerjasama dengan Baghdad untuk memerangi IS.

"Kerjasama rapat amat diperlukan memandangkan IS masih menjadi ancaman terbesar di rantau ini walaupun tentera Iraq berjaya menguasai semula beberapa wilayah yang ditawan IS," jelasnya.

Menurutnya lagi, pasukan keselamatan kini merancang untuk merampas semula wilayah barat Anbar yang terletak di sempadan Jordan.

Dalam perkembangan lain, Baghdad mengesahkan kematian beberapa pemimpin IS dalam serangan udara di utara negara tersebut.

Jurucakap kerajaan memberitahu, operasi ketenteraan itu turut mengorbankan timbalan pemimpin 'khalifah', Abu Bakr al-Baghdadi dan dua pemimpin kanan gerakan tersebut.

"Operasi terbabit bertujuan untuk melemahkan struktur kepimpinan IS di Iraq," katanya. - Press TV
 
kat afghanistan pun tak settle, ada hati nak kalah'n bala tentera yg hati mereka bagai'n kepingan besi??hahaha
 
"Kerjasama rapat amat diperlukan memandangkan IS masih menjadi ancaman terbesar di rantau ini walaupun tentera Iraq berjaya menguasai semula beberapa wilayah yang ditawan IS,"

ia la tu syiah rafidhi, dari wilayah Anbar, samarra habis licin disapu IS. IS siap bagi bukti lagi bukan sembang kencang dgn claim je.
 
boleh borak pasal IS ke kat CG?
 
Back
Top
Log in Register