BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Notis 21 dikeluarkan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Akram Kariam (tiga, kanan) bersama-sama pegawai kastam menjalankan pemeriksaan ke atas harga barangan dalam Ops GST - Catut.​

TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Teluk Intan mengeluarkan tiga Notis 21 kepada peniaga yang meletakkan harga tidak munasabah sejak GST dilaksanakan pada 1 April lalu.

Ketua Cawangan, Akram Karim Mohd Arip berkata, minggu lalu, pihaknya mengeluarkan satu Notis 21 kepada sebuah kedai serbaneka, di sini selepas mendapati harga yang diletakkan pada barangan tidak munasabah.

Menurutnya, hal itu diketahui pihaknya selepas mendapat aduan daripada pengguna.

"Pada minggu lalu juga, pihak kami turut mengeluarkan dua Notis 21 kepada sebuah kedai makan selepas mendapati harga yang diletakkan pada makanan yang dijual tidak munasabah.

"Kami memberi tempoh tiga hari kepada peniaga dan kami masih menunggu Notis 21 tersebut sehingga hari ini (semalam)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Akram Karim berkata, peniaga yang diberi Notis 21 itu diminta mengembalikan borang tersebut kepada pihaknya untuk pengisytiharan barangan dalam tempoh tiga hari.

Menurutnya, sekiranya peniaga gagal mengembalikan borang tersebut mereka akan dikenakan tindakan tegas.

Dalam perkembangan lain, Akram Karim berkata, pihaknya menerima 17 aduan daripada orang awam di Daerah Hilir Perak selepas GST dilaksanakan pada 1 April lalu.

Menurutnya, kebanyakan aduan berkaitan dengan peniaga yang mengenakan caj enam peratus GST ke atas barangan yang tidak dikenakan cukai.

"Tindakan segera dan tegas akan dikenakan terhadap peniaga-peniaga ini. Mereka mengambil kesempatan atas pelaksanaan GST sedangkan pengguna menanggung beban," katanya.

Akram Karim berkata, daripada aduan yang diterima pihaknya, 13 aduan telah diselesaikan manakala selebihnya dalam siasatan pihaknya.

Beliau turut menggesa orang ramai menggunakan hak mereka sebagai pengguna dan melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut mengingatkan pengguna supaya berhati-hati dalam memilih kedai untuk membeli barangan keperluan.

Katanya, pengguna harus memastikan kedai tersebut diberi sijil pengiktirafan GST oleh pihak kastam sebelum membeli barangan keperluan.

"Jika pengguna mempunyai sebarang aduan berkenaan GST, mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan KPNDKK Teluk Intan di talian 05-625 3100 setiap hari daripada 8 pagi hingga 5 petang," katanya.
 
Back
Top
Log in Register