BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Lelaki Warga Indonesia Didakwa Seludup 69 Warga Asing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Tiga Lelaki Warga Indonesia Didakwa Seludup 69 Warga Asing​

cb4ec91a9b15516f1318ea3ce8e3a4fc6a054cf5187c3


Tiga lelaki warga Indonesia yang juga penjaga rumah penampungan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan penyeludupan 69 migran warga Indonesia dan Bangladesh.

Fuadi Zahrul, 21, Sandria Muhammad Feri, 23, dan Adriansyah Saril, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh didapati menjalankan penyeludupan 67 migran warga Indonesia dan dua rakyat Bangladesh di sebuah rumah di Taman Alamanda Presint 2, Bandar Baru Segari, Lumut dalam daerah Manjung antara 3 hingga 7 pagi pada 18 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syamilah Jalaluddin manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes.

 
Back
Top
Log in Register