BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga kenderaan terbabit kemalangan

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Tiga kenderaan terbabit kemalangan - Sinar Harian

17 Mac 2013
262156_555061837860972_225664094_n.jpg

RAUB – Tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat perlanggaran dalam kemalangan di Kilometer 341 Jalan Raub–Lipis berhampiran Kampung Durian Sebatang, kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kenderaan Toyota Innova dari arah Raub cuba memotong beberapa kenderaan lain.
:(scam:(scam:(scam:(scam
Menurutnya, cubaan pemandu untuk memotong bagaimanapun gagal dan terus bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

“Perlanggaran itu menyebabkan sebuah kereta Saga FLX dari arah Lipis turut kemalangan akibat gagal mengelak daripada rempuhan kereta Toyota Unser tadi.

“Kesemua mangsa terlibat bagaimanapun terselamat dan mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan.
 
Jalan nie memang...

jalan luas & selesa...
 
pandu secara melulu dan merbahaya la tu
 
Peringatan (untuk saya juga ) : Lebih berhati-hati dijalanraya ketika ada kenderaan cuba memotong
 
gagal memotong tu mengalah je la .. brek je
 
kes potong x lepas nih bahaya..
 
Bila dah potong nak masuk blk org xbg.
Bertolak ansur jela.
Kalo nampak kete potong kete yg akan bertembung kena g tepi sikit tp kete blkng mesti xperasan. agaknya kete dr kelantan, da penat drive. Tue yg asyik potong jer. Jln ada 1lane jer. Kete kadang2 bwk bwh 60 pun ada mcm jalan2 bsiar kat taman bunge plak.
Kat higway pun kalo nak slow bwk la lane kiri. Nak sgt duk lane kanan pahtu kejap2 tekan brek ntah ape2.nyampah.
 
Aku mmg anti kalau kenderaan potong sekali banyak, terutama jalan kampung.
 
Bila dah potong nak masuk blk org xbg.
Bertolak ansur jela.

..ini memang sy selalu buat....bagi pemotong ade ruang masuk balik...dia org nak cepat....tgh nak tercirit ke..:))
 
Back
Top
Log in Register