balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Asrol melihat objek yang pada mulanya disangkakan besi buruk berkenaan merupakan bom lama di ladang kelapa sawit berhampiran laluan di luar Kem Syed Sirajudin Gemas.
< 1 / 1 >
GEMAS – Dalam tempoh masa kurang tiga tahun sebanyak tiga kali bom lama jenis mortar ditemui di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran laluan di luar Kem Syed Sirajudin Gemas, dekat sini.
Penyelia ladang berkenaan, Asrul Mohamad, 28, berkata, dia dimaklumkan oleh salah seorang pekerjanya warganegara Indonesia kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin dan membuat laporan polis berhubung penemuan berkenaan pada keesokan harinya (semalam).
Menurutnya, seperti biasa, pada setiap pagi, sekurang-kurangnya lima pekerja akan menabur baja di ladang kelapa sawit, namun pada hari kelmarin, salah seorang pekerja ternampak seolah-olah besi buruk di atas permukaan tanah.
“Pada mulanya mereka menyangka objek berkenaan adalah besi buruk, namun setelah dilihat dari dekat, mereka menyedari objek berkenaan merupakan bom lama dan terus menghubungi saya untuk tindakan selanjutnya. Sebaik tiba di lokasi, saya lihat objek berkenaan sememangnya merupakan bom lama lebih-lebih lagi ini merupakan penemuan kali ketiga bom lama di ladang ini.
“Saya mengarahkan pekerja untuk tidak menghampiri lokasi penemuan dan keesokkan harinya saya melaporkan kepada polis bagi tindakan meletupkan bom lama berkenaan. Saya jangka masih terdapat lagi bom lama di sini berikutan lokasi ini merupakan lokasi pertempuran perang dunia ke-2,” katanya kepada Sinar Harian berhubung penemuan berkenaan, dekat sini, semalam.
Sinar Harian 20 Jun lalu melaporkan rutin kerja sekumpulan pekerja ladang untuk menabur baja di ladang kelapa sawit milik syarikat swasta terletak kira-kira enam kilometer dari laluan masuk ladang berhampiran Kem Syed Sirajudin Gemas, dekat sini, berakhir dengan penemuan sebiji bom zaman perang jenis Mortar, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sebaik menerima laporan daripada penyelia ladang berkenaan, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) tiba di lokasi kejadian bagi memusnahkan bom berkenaan.
“Bom jenis mortar sepanjang 42 sentimeter (cm) dengan lilitan kira-kira 32 cm telah dimusnahkan. Kita nasihatkan kepada orang ramai untuk segera memaklumkan kepada pihak polis sekiranya menemui sebarang objek besi menyerupai bom dan tidak mengambil tindakan sendiri kerana bom berkenaan berkemungkinan masih aktif serta berbahaya," katanya.