BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Beranak Pelarian Myanmar Maut, Isteri Cedera Kebakaran Di Bagan Serai

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Tiga Beranak Pelarian Myanmar Maut, Isteri Cedera Kebakaran Di Bagan Serai​

258e7df39ca808df3cd4e656a87ce16a62f06a91c4f6f


Seorang lelaki pelarian Myanmar dan dua anak maut manakala isterinya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Serai Maju, Bagan Serai, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 5.17 pagi melibatkan kebakaran rumah dihuni tujuh warga asing.

Mangsa yang maut ialah Mohd Yunus Nor Ali, 27, Muhammad Woheed, 6, dan Mohamad Aheed, 3, manakala isterinya Saniya Jahan Juma Abul Kasim, 24, yang juga pelarian Myanmar melecur pada tangan serta kaki.

“Isteri mangsa yang ditemukan di luar rumah memaklumkan suami dan dua anaknya terperangkap di dalam premis itu.

“Berdasarkan penemuan awal pasukan Forensik Kebakaran JBPM, kebakaran bermula di bilik pertama iaitu lokasi semua mangsa maut ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayani berkata wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 7.35 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register