BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga (3) Maut Kereta Bertembung

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
20.01.2019 - Melaka, Tiga maut termasuk suami isteri selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Serkam, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mohd Fairuz Haron, 30-an, dan isteri Eziani Abu Bakar, 34, yang menaiki Proton Saga serta pemandu Perodua Myvi, Lee Boon Yong, 22, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pasangan suami isteri terbabit menaiki kereta berkenaan bersama dua anak iaitu Muhammad Amirul Asyraf, 3, dan Nurul Fatiha Adelia, 7.

Menurutnya, mereka dipercayai dalam perjalanan dari Muar, Johor menghala ke Melaka, manakala Perodua Myvi berkenaan dari arah bertentangan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh Proton Saga dipandu Mohd Fairuz.

“Akibat kemalangan itu pemandu Perodua Myvi serta pasangan suami isteri berkenaan tersepit di tempat duduk bahagian hadapan.

“Bagaimanapun, dua anak Mohd Fairuz dan penumpang Perodua Myvi berusia 21 tahun hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Arshad berkata, semua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba selepas kira-kira 40 minit kerja menyelamat dilakukan.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Difahamkan, kemalangan itu turut mengakibat kesesakan lalu lintas sejauh lapan kilometer.

Arshad berkata, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut selain mayat tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

sagak1_1548008676.jpg


50983442_2016950721687383_8796963929906479104_n.jpg


50945995_2016950745020714_7539386205578723328_n.jpg


50868970_2016950775020711_5078081391887908864_n.jpg


50461306_2016950831687372_5452434890345676800_n.jpg


50508716_2016950845020704_3846112118004776960_n.jpg


50911432_2016950868354035_8033642151420100608_n.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/414216/tiga-maut-kereta-bertembung
 
Bayi dalam kandungan pergi bersama...


ALLAHYARHAM Eziani Abu Bakar, 34, yang maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Serkam, semalam, dijangka melahirkan anak ketiganya, Mac depan.

Bagaimanapun, bayi perempuan berkenaan disahkan turut meninggal dunia bersama ibu dan bapanya Mohd Fairuz Haron, dalam kemalangan menyayat hati itu.

Bagaimanapun, dua anak mangsa Nurul Fatiha Adelia, 7, kini kritikal akibat kecederaan dalaman dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM), manakala Muhammad Amirul Asyraf, 3, berada dalam keadaan stabil.

Menurut keluarga terdekat mangsa, usia kandungan arwah Eziani yang juga kakitangan HM sudah mencecah tujuh bulan.

Katanya, dia dimaklumkan arwah dijangka akan melahirkan bayi perempuannya sekitar Mac depan.

“Bagaimanapun, bayi berkenaan yang cukup sifatnya dianggarkan berat kira-kira 2.7 kilogram itu turut disahkan meninggal.

“Bayi itu dikeluarkan dan akan dikebumi bersama ibu dan ayahnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di dalam kandungan.

“Dia dikeluarkan daripada kandungan semasa proses bedah siasat,” katanya.






sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/414553/bayi-dalam-kandungan-pergi-bersama






.

Last edited:
Kat sini memang laju laju kereta...
semalam Ahad,lagila ramai orang nak makan ikan bakar Umbai,Ikan bakar Alai...

Tapi bawak laju memang tak sunnah,tergesa gesa tak ada tuma’ninah,lagipun tergesa gesa kan perbuatan syaitan...
 
Last edited:
Arwah member sekolah rendah dulu..keje AADK melaka xsilap.org batu pahat.moga tuhan mengampuni dosa arwah dan isterinya..
 
Bayi dalam kandungan pergi bersama...


ALLAHYARHAM Eziani Abu Bakar, 34, yang maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Serkam, semalam, dijangka melahirkan anak ketiganya, Mac depan.

Bagaimanapun, bayi perempuan berkenaan disahkan turut meninggal dunia bersama ibu dan bapanya Mohd Fairuz Haron, dalam kemalangan menyayat hati itu.

Bagaimanapun, dua anak mangsa Nurul Fatiha Adelia, 7, kini kritikal akibat kecederaan dalaman dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM), manakala Muhammad Amirul Asyraf, 3, berada dalam keadaan stabil.

Menurut keluarga terdekat mangsa, usia kandungan arwah Eziani yang juga kakitangan HM sudah mencecah tujuh bulan.

Katanya, dia dimaklumkan arwah dijangka akan melahirkan bayi perempuannya sekitar Mac depan.

“Bagaimanapun, bayi berkenaan yang cukup sifatnya dianggarkan berat kira-kira 2.7 kilogram itu turut disahkan meninggal.

“Bayi itu dikeluarkan dan akan dikebumi bersama ibu dan ayahnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di dalam kandungan.

“Dia dikeluarkan daripada kandungan semasa proses bedah siasat,” katanya.






sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/414553/bayi-dalam-kandungan-pergi-bersama






.
 
akibat kecuaian orang lain..

Semalam nyaris-nyaris aku eksiden , hujan lebat, jalan dengkil-banting, aku bawak slow je 50-60km/h , tiba-tiba lori dari arah bertentangan berpusing pusing terbabas memang betul betul menghala arah aku, sikit lagi nak kena dia boleh control lori tu.. terkedu jugak aku. mmg betul betul depan aku, lori jenis bawak ais cube tu, kontena belakang dia warna putih
 
Back
Top
Log in Register