BTC USD 83,180.7 Gold USD 4,143.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak solat punca utama cerai

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU – Sebanyak sembilan puluh peratus daripada bilangan kes cerai yang dicatat di negeri ini didapati berpunca daripada latar belakang keluarga yang mengabaikan solat serta tidak mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Kadi Besar Negeri, Mohd Nooh Kadri berkata, sebahagian besar daripada 3,021 kes cerai yang berlaku di Johor terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.

“Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.

“Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak dari amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka.

“Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.

Selain itu katanya, pada tahun lalu jumlah pernikahan dan penceraian meningkat berbanding tahun sebelumnya namun jumlah pasangan yang merujuk kembali menurun hampir 50 peratus iaitu daripada 416 pada tahun 2010 kepada 279 tahun lalu.

“Pada tahun 2010, jumlah pasangan baru yang bernikah adalah sebanyak 14,584 dan meningkat kepada 17,061 pada tahun lalu.

“Manakala kes cerai turut meningkat daripada 2,793 pada tahun 2010 kepada 3,021 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Nooh berkata, sesebuah perkahwinan gagal diselamatkan turut berpunca daripada sikap ego yang terlalu sehingga menyebabkan mereka enggan berubah dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.

Dalam pada itu katanya, setiap pasangan perlu mendalami matlamat dan tujuan sebenar mendirikan perkahwinan serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan kes perceraian berlaku.

“Matlamat utama pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan selain menambahkan lagi bilangan umat Islam.

“Selain itu, perkahwinan juga mampu memperbaiki akhlak pasangan ke arah yang lebih baik dan menghalang manusia dari melakukan maksiat.

“Dan sebab itu penceraian dapat dielakkan jika kedua-dua pasangan memahami dan sedar mengenai matlamat sebenar perkahwinan mereka,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tidak-solat-punca-utama-cerai-1.79864
 
solat lah walau sesukar mana pn...Allah akan sentiasa memberi jalan keluar pd setiap masalah
 
solat lah walau sesukar mana pn...Allah akan sentiasa memberi jalan keluar pd setiap masalah

setuju tu...solat itu adalah tiang agama.
 
setiap kali statistik cerai.biasanya ada masalah ekonomi.
heran pulak.

bukan ke kekayaan tu melalaikan ke?:-?
 
lelaki kalo solat 5 waktu pon tak jaga, jangan mimpi nak jaga anak dara orang.

p/s aku lelaki..huhu...
 
ini membuktikan undang2 manusia x mampu membendung gejala malas solat.
 
johor punye cerai sbb tak solat? aku ade mmbr buat statistik psal cerai. kluang ngan batu pahat punye cerai sbb facebook
 
stuju sgt2..solat tiang agama..

tp klu yg kafir cmne ae?
 
Back
Top
Log in Register