BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak sempat joli wang curi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Seorang lelaki ditahan ketika mencuri di sebuah kediaman di Kampung Sedaka Tengah.​

ALOR SETAR - Seorang lelaki diberkas penduduk selepas dipercayai memasuki sebuah rumah di Kampung Sedaka Tengah, Yan, kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun berasal dari Gurun itu ditahan penduduk selepas didapati memasuki rumah seorang penduduk dikenali sebagai Siti Rohani Darus, 55 yang ketika itu tiada di rumah.

Siti Rohani berkata, dia keluar dari kediaman berkenaan kira-kira 7.50 pagi, dengan meninggalkan anaknya yang sedang tidur.

"Saya menerima panggilan dari anak kira-kira sejam kemudian memaklumkan rumah kami dimasuki pencuri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, suspek kemudian diserahkan kepada polis, malah tangkapan semula turut dibuat manakala rakan suspek sempat melarikan diri namun identitinya telah dikenal pasti.

Menurutnya, polis turut merampas barang kes, iaitu sebentuk loket bulat emas bersama wang tunai RM55.

"Suspek yang melarikan diri sedang diburu manakala suspek ditahan akan direman sehari untuk siasatan lanjut," katanya.
 
Back
Top
Log in Register