BTC USD 77,396.3 Gold USD 4,377.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat curi terhempas sebelum sempat berlepas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
pesawat-dicuri-terhempas.jpeg

Pesawat yang dicuri melanggar sebuah bangunan di Lapangan Terbang Van Nuys. - X

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah lapangan terbang di negeri California sejurus selepas ia dicuri dari sekolah penerbangan, lapor portal berita NBC Los Angeles.

Polis Lapangan Terbang Los Angeles berkata, suspek memecah masuk ke dalam Akademi Penerbangan LA sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di barat San Fernando Valley lalu mencuri pesawat jenis Cessna 172.

“Individu terbabit ditahan kerana memecah masuk dan melakukan kecurian,” kata polis.

Pemilik Akademi Penerbangan LA, Anthony Nercessian berkata, beliau memiliki pesawat bernilai AS$450,000 (RM1.8 juta) itu selama tiga bulan sebelum diberitahu bahawa kapal terbang tersebut hilang.

“Saya menerima panggilan pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) bahawa seorang individu telah memecah masuk sekolah penerbangan dan mencuri salah satu pesawat,” kata Nercessian.

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu tidak sempat berlepas.

“Saya berasa lega tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Saya cuma tidak faham bagaimanapun orang boleh terfikir untuk mencuri pesawat,” tambah Nercessian. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register