BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak jadi gabung

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), RHB Capital Bhd (RHB Capital) dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mengumumkan pemberhentian rundingan penggabungan dan pembentukan bank Islam mega.

Pemangku Ketua Kumpulan Eksekutif, CIMB Group, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan menamatkan perbincangan tersebut telah dipersetujui selepas perbincangan dilakukan dengan teliti.

“Walaupun kami yakin penggabungan tersebut strategik tetapi ia tidak dapat mencapai satu transaksi yang mampu mewujudkan nilai kepada pemegang kepentingan.

“Keputusan bagi menghentikan perbincangan itu dipersetujui selepas kajian terperinci mengenai potensi sinergi terutama dalam persekitaran ekonomi semasa,” katanya melalui satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Zaini Othman berkata, peluang menjadi sebahagian bank Islam mega begitu mengujakan MBSB.

“Tetapi keputusan menghentikan perbincangan ke arah penggabungan telah diumumkan. Jadi, MBSB boleh menyambung memberi tumpuan untuk mengukuhkan francais serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, pada Julai 2014,ketiga-tiga bank itu mengumumkan memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia bagi memulakan rundingan penggabungan bagi membentuk bank Islam mega.

Sekiranya penggabungan tersebut dilaksanakan akan menyaksikan CIMB melupuskan semua aset dan liabilitinya kepada RHB Capital melalui pertukaran saham.

Manakala bahagian kedua perjanjian itu juga bakal melibatkan cadangan penggabungan ketiga-tiga institusi kewangan tersebut bagi mewujudkan bank Islam mega.
 
sume nk untung lebey kot..
 
Back
Top
Log in Register