BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut: Isteri Sarat Mengandung Tidak Sangka Panggilan Video Jadi Kenangan Terakhir

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Maut: Isteri Sarat Mengandung Tidak Sangka Panggilan Video Jadi Kenangan Terakhir​

082816d9de5523c9ff0dae723aeee6a76a131718db4af

19321e417c38766aed1eed48ca54780a6a1317295950c


Seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan tidak menyangka panggilan video bersama suaminya malam tadi menjadi kenangan terakhir mereka, sebelum lelaki itu dilaporkan maut dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada tali bot yang terputus ketika menjalani latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang hari ini.

Isteri kepada seorang mangsa Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 petang, selepas menerima panggilan daripada majikan suaminya yang memberitahu lelaki berkenaan terlibat dalam satu kemalangan di lokasi kejadian.

“Ketika itu pihak syarikat tidak dapat memberikan maklumat lanjut berhubung keadaan suami saya. Pihak terbabit cuma beritahu suami saya terlibat dalam kejadian dan tak cakap sama ada meninggal dunia atau macam mana, sebab pihak itu sendiri belum dapat maklumat penuh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.

Nurkhaeryna Dhania Azreen yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berkata sebaik menerima berita itu, dia bersama ibunya terus bertolak dari rumah mereka ke Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira 7 malam tadi.

Beliau berkata kali terakhir dia bertemu suaminya Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, pada Ahad lepas sebelum mangsa kembali bertugas di platform offshore selama dua minggu.

Beliau berkata suaminya dijadual pulang pada 1 Jun depan, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik atau meninggalkan pesanan terakhir.

“Kali terakhir saya bercakap dengan suami kira-kira 10 malam semalam sebelum dia  masuk tidur selepas keletihan bekerja. Dia kata penat dan nak tidur awal. Pagi tadi sekitar 7.30 pagi dia ada WhatsApp saya, ucap good morning dan cakap dia tak sabar nak balik.

“Selalunya walaupun lambat dia akan balas mesej sebab line dekat sana susah, tapi kali ni dia terus senyap,” katanya sambil menambah suaminya itu baru menyertai syarikat tersebut pada Mac lepas, serta berpengalaman bekerja dalam bidang offshore sejak 2019.

Dalam pada itu, Nur Kairina berkata suaminya sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengumpul cuti bagi menemaninya berpantang, selepas kelahiran anak kedua mereka nanti.

 
Back
Top
Log in Register