BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TIBAI mahu nyahkan Anwar

Adakah anda akan join kelab TIBAI?


  • Total voters
    0

afwan83

Active Member
Messages
1,782
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,782
Reaction score
5
Points
25

TIBAI mahu nyahkan Anwar

Fazy Sahir | April 18, 2012

TIBAI.jpg


Matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Ketua Pembangkang dan sekutunya pada PRU13.
KUALA LUMPUR: Sebuah kelab terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana.
TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor.
Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar.
Katanya, pelancaran akan diadakan pada 22 April (Ahad) jam 8.00 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Majlis pelancaran itu juga akan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Antara penampilan istimewa dalam majlis pelancaran itu nanti termasuklah Umi Hafilda, Datuk Shazril Eskay Abdullah, Wee Choo Keong, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Anuar Shaari.
“Orang ramai boleh menyertai kelab ini secara bai’ah (nyatakan ketaatan dan kesetiaan). Kita tubuhkan kelab ini agar rakyat sedar dan terus menolak Anwar habis-habisan.
“Kita sedar Anwar akan kata tindakan ini tidak menguntungkan dan ia kerja Umno. Tapi kita bekas anggota pemimpin PKR akan turun sebagai task force baru dalam bentuk program seperti gerakan sumpah keramat,” katanya.
Antara yang hadir dalam sidang media itu termasuklah bekas-bekas rakan karib Anwar antaranya, Ng Lum Yong (bekas pengasas PKR), Senator Datuk Nallakaruppan, Abd Ghani Haroon (Exco Pemuda Keadilan Nasional), Wan Indera Putera (Setiausaha PKR Selangor) dan Mohd Nazmi Rosli (Setiausaha Perhubungan PKR Selangor).

sumber


pelik aku politik malaysia nih...
nampaknya meroyan lagi pasal anwar nih....
cubalah cari hala tuju yang berfaedah sikit...
bangkitkanlah isu rasuah ke, kroni ke apa ke...
dan siap ada ahli majlis syura tu...:D
good luck tibai...:">

p/s: sori, saya atas pagar... :D
 
dengaq nama pun dah rasa nak tergelak......tak cukup UMNO, PERKASA, JATI...sekarang mai plak TIBAI :D
 
nmpk sgt puak ni berjuang utk kepentingan sendiri....cubalah berjuang harga barang yg mahal, tol yg mahal, duit lesap begitu aje
 
dengaq nama pun dah rasa nak tergelak......tak cukup UMNO, PERKASA, JATI...sekarang mai plak TIBAI :D

depa nak tunjuk mcm depa banyak angkatan padahal depa sikit jer.. cer suruh cacai depa berdemo gabungkan umno,perkasa, jati, tibai tngok brapa jer sampah2 yg ada.. :)):eek:
 
yg sorg TIBAI....yg lg sorg ABU...ermmmm..mcm2...
 
Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar.

ni agenda besar dia?aduyaiii..agenda ni umno da lama buat brooo....yg ko nak pi tiru umno tu apesal?
 
Back
Top
Log in Register