BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada kaitan Wafi cerai

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR: “Memang saya mengenali Wafi tapi hubungan kami sekadar kawan biasa. Kami juga pernah keluar bersama ke sebuah kelab, namun dengan disertai beberapa teman lain dan ia berlaku selepas dia bercerai.


“Jadi, tuduhan saya menjadi punca perceraian Wafi amat keterlaluan, mengarut dan tidak masuk akal,” kata peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni ketika mengulas gosip dia menjadi punca perceraian dramatis Nasriah Ngasri (Anne), 26, dan Abdul Wafi Hassan (Wafi).

Artis berusia 21 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu itu berkali-kali menafikan dakwaan berkenaan dan dia yang kini sibuk menjalani latihan bagi program jelajah Soccer Safari Astro menyifatkan gosip itu muncul disebabkan salah faham.

“Usah menghukum saya tanpa usul periksa. Tuduhan merampas suami orang atau meruntuhkan rumah tangga orang, terlalu hina buat saya. Saya masih hijau dalam dunia seni. Tuduhan seperti ini hanya akan mencemarkan reputasi saya, ” katanya ketika ditemui semalam.

Kelmarin menerusi ruangan pojok Metro Ahad, Cerita Artis Kita (CAK) melaporkan desas-desus kononnya bekas suami kepada seorang dramatis yang baru saja bercerai sudah menemui cinta barunya dengan seorang bintang program realiti televisyen yang turut dikatakan menjadi punca perceraiannya.

Malah ‘bintang realiti’ yang merujuk kepada Noni dan bekas suami dramatis itu dikatakan pernah dilihat keluar bersama ke sebuah kelab di Bandar Sunway, Petaling Jaya, dalam keadaan mesra sebelum berita perceraian itu dilaporkan media.
Dramatis pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi pada sekitar pertengahan 90-an, Anne Ngasri sah diceraikan dengan talak tiga oleh Wafi yang berusia 29 tahun pada 25 Jun lalu.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan menceritakan punca sebenar perpisahan mereka.


Anne diceraikan ketika mengandung anak ketiga selepas empat tahun berkahwin.

Mengulas lanjut persahabatannya dengan Wafi, Noni berkata pertemuan mereka di sebuah kelab berlaku secara tidak sengaja dan bukannya dirancang lebih awal.

“Benar saya ada mengunjungi kelab dimaksudkan dan Wafi juga datang. Namun kami datang berasingan. Semuanya hanya kebetulan dan mungkin saya berada di situ pada waktu yang salah hingga terperangkap sebegini.

“Saya ke kelab itu kerana ingin bertemu abang angkat saya bernama Eric yang bermain keyboard dan membuat persembahan di kelab itu. Malah, kebanyakan anggota kumpulan itu teman lama yang sama-sama menyanyi di kelab sebelum saya menyertai AF lagi.

“Justeru, tujuan saya ke sana tiada langsung kaitan dengan Wafi. Bagaimanapun, terlanjur saya mengenalinya sebelum ini melalui seorang teman yang sama-sama dengan saya ketika di AF dulu, kami duduk bersembang.

“Kami duduk bersama teman-teman lain, bukannya berdua saja. Malah, saya sendiri tidak terfikir soal perceraiannya itu kerana jujurnya saya tidak begitu mengikuti perkembangannya. Saya cuma tahu dia dan Anne pernah menyertai program realiti Sehati Berdansa,” katanya.

Ditanya sejak bila sebenarnya dia mengenali Wafi, Noni berkata perkenalan itu berlaku ketika sama-sama berkunjung ke pusat karaoke dan ketika isu perceraian Wafi masih hangat diperkatakan.

“Saya mengenalinya ketika sama-sama berkunjung ke pusat karaoke bulan lalu atas undangan teman. Saya tidak sama sekali mengetahui Wafi turut sama. Apabila sudah diperkenalkan, kami bersembang tetapi ia hanya sebagai kawan.

“Malah sejak awal pertemuan itu, Wafi sudah mengetahui saya mempunyai teman istimewa dan dia menghormati perkara itu kerana sememangnya antara kami hanyalah teman biasa.

“Malah, teman saya yang turut berada di pusat karaoke itu turut mengatakan Wafi hadir sama malam itu kerana ingin menghilangkan tekanan akibat masalah perceraiannya. Justeru, tidak timbul soal saya menjadi punca atau menjalinkan hubungan dengannya kerana Wafi sudah sedia bercerai ketika mengenali saya,” katanya.

Noni mengakui sudah mempunyai teman lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai ‘M’ yang juga petugas bahagian produksi di sebuah stesen televisyen swasta berusia 28 tahun. Malah, teman lelakinya yang juga jejaka kelahiran Kuala Lumpur yang sudah dikenalinya hampir setahun lalu turut mengenali Wafi.

“Teman lelaki saya juga terkejut dengan berita ini dan menyifatkannya sebagai asam garam menjadi anak seni. Namun dia memahami keadaan saya kerana dia sendiri mengenali Wafi sebagai teman dan mereka pernah keluar bersama sebelum ini.

“Saya harap perkara ini tidak terus diperbesarkan kerana ia cukup memberikan tekanan buat saya. Hormatilah maruah saya, keluarga serta teman lelaki saya daripada terus difitnah begini,” kata Noni.
Sumber
 
bagi aku dlm famili anne ni dia yg palin cun...rambut pun tak keriting...tp apakan daya huhuhuh
 
wafi ni pun kaki klubbing.ermm...
 
bagi aku dlm famili anne ni dia yg palin cun...rambut pun tak keriting...tp apakan daya huhuhuh

Anne makeup tebal..
mmg laa nampak cun..
tapi dier mmg tetap nampak menarik klu x makeup..
 
cute apa dia ni..kakak dia sorg gi pon ok gak...abang dia pon lawak apa...haha
 
wafi ni anak org kaya..takyah keje.Biasa ler gi clubbing..
 
Back
Top
Log in Register