BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada had masa cuti Nurul Izzah, kata SUA PKR

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Tiada had masa cuti Nurul Izzah, kata SUA PKR​

aac58a14-3101-44f9-b179-706196b9bc66-fuziah-salleh-pkr-kongres-140826-2.jpg

Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata keputusan itu memberi ruang kepada Nurul Izzah Anwar menentukan sendiri tempoh cutinya selepas Kongres Nasional PKR.

Beliau berkata, keputusan itu memberi ruang kepada Nurul Izzah menentukan sendiri tempoh cutinya selepas Kongres Nasional PKR 2026 sebelum kembali menjalankan tugas parti.

“Setakat ini kita tidak beri had masa kepada timbalan presiden untuk bercuti kerana beliau ingin menyambung pelajaran dan kita sedia apabila beliau bersedia untuk meneruskan tugas,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Bagaimanapun, Fuziah berkata Nurul Izzah perlu menyelesaikan semua tugasan berkaitan Kongres Pemuda, Wanita dan Nasional PKR terlebih dahulu sebelum memulakan cuti.

“Timbalan presiden akan bercuti selepas menyelesaikan tugas sewaktu kongres, maksudnya perasmian Pemuda PKR, Wanita dan kemudian kongres nasional. Selepas itu baru timbalan presiden akan bercuti,” katanya.

Pada 6 Ogos lalu, Nurul Izzah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, mengumumkan akan bercuti sementara daripada tugas timbalan presiden selepas kongres nasional parti.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, sebelum ini berkata Nurul Izzah pada awalnya memohon untuk berundur sepenuhnya, namun Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memutuskan beliau hanya perlu berehat sementara daripada peranan itu.

Fahmi turut mengumumkan Naib Presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas timbalan presiden sepanjang ketiadaan Nurul Izzah.

Seorang lagi Naib Presiden, Amirudin Shari, pula akan menggalas sepenuhnya tugas pengarah pilihan raya PKR, yang sebelum ini dilaksanakan bersama Saifuddin.

Nurul Izzah dipilih sebagai timbalan presiden PKR pada Mei tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Rafizi Ramli.
 
Back
Top
Log in Register