BTC USD 84,448.2 Gold USD 4,130.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Threads, Aplikasi Baru Keluaran Meta

Ensem orang nya bang 😀

Saya tak layan sangat Threads ni
Mungkin lebih kepada thread CG je

sama la sini bro .. Twitter / Threads / Tiktok sendiri x post apa2 .. FB pun yang 2 tahun lepas, kita tengok post orang lain ngan berita je :D

takat layan forum CG ngan Windows 11 je
 
Terpaksa beralih ke threads la gamaknya ni.

twitter / X dah jadi mcm apa ntah.

Tapi sayangla akaun since 2009 kekekekekeke.

Akaun lama FB 2007 syg pula dah deactivated.
 
sama la sini bro .. Twitter / Threads / Tiktok sendiri x post apa2 .. FB pun yang 2 tahun lepas, kita tengok post orang lain ngan berita je :D

takat layan forum CG ngan Windows 11 je

Layan CG pun macam² berita boleh dapat
Install Threads tu pun untuk mudahkan dapat info untuk dikongsikan dan simpan dekat CG
Senang nak rujuk 😀
 
Threads Web dah boleh akses, tapi ubah profile dan settings belum diaktifkan .. sekadar nak layari scrol2 boleh dah :D

1692956491615.png
 
Threads Kini Menyokong Carian Kata Kunci

Threads
akhirnya memberikan ciri carian kata kunci yang merupakan antara ciri yang paling diminta oleh pengguna sejak dari awal. Sebelum ini ciri yang sama hanya diberikan kepada sebilangan kecil pengguna sahaja tetapi hari ini dikembangkan ke peringkat global. Menurut Adam Mosseri, ciri mencari kata kunci ini juga menyokong semua bahasa. Dengan ini proses mencari hantaran berkenaan topik tertentu akan dapat dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai alternatif kepada X/Twitter, ketiadaan ciri ini sejak dari awal adalah agak menghairankan. Ia menyebabkan Threads masih belum mampu menjadi alternatif kepada X/Twitter pada waktu ini.

Ciri carian ini hadir beberapa minggu selepas Threads turut mula menyokong penggunaan tagar dan membenarkan pengguna untuk tidak berkongsi status mereka ke Facebook atau Instagram. Masih adakah di kalangan pembaca yang masih menggunakan Threads selepas minggu pertama?

 
Threads Akan Di Lancarkan Di Eropah Bulan Ini. Tanpa Keperluan Mempunyai Profil

Threads akan akhirnya akan dilancarkan di Eropah bulan ini menurut laporan Wall Street Journal. Aplikasi pemesejan seakan X ini dilancarkan di pasaran lain pada bulan Julai lalu tetapi tidak di Eropah kerana terdapat banyak rang udang-undang mengenai data peribadi pengguna yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh data pengguna Instagram tidak boleh dipindahkan dengan begitu sahaja ke Threads mengikut undang-undang EU.

Bagi memenuhi keperluan Eropah, Threads boleh diakses tanpa pendaftaran sebarang akaun. Tetapi tanpa akaun Threads hanya boleh dibaca tanpa pengguna boleh memuat naik status peribadi. Eropah ialah pasaran yang besar dan jika Threads dilancarkan jumlah pengguna aktif bulanan dapat ditingkatkan oleh Meta. Setakat ini Threads dikatakan mempunyai 100 juta pengguna aktif bulanan. Pelbagai ciri seperti diakses menerusi web, carian tagar, menyunting hantaran status dan melakukan carian kata kunci telahpun diperkenalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sumber asal https://www.wsj.com/tech/meta-threads-europe-launch-98448df5​
 
Back
Top
Log in Register