BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angka Pengguna Harian Aplikasi Threads Semakin Menghampiri X

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Threads sedia diperkenalkan oleh Meta sebagai pesaing kepada Twitter atau X. Ketika pengenalannya sahaja, ia berjaya menjadi salah satu aplikasi yang mencatatkan lebih 100 juta pengguna berdaftar dalam masa hanya sekitar 5 hari sahaja.

Terbaru, mengikut data melalui Similarweb, ia dilihat Threads kini mencapai sekitar 115 juta pengguna aktif harian, yang mana menghampiri X yang mempunyai angka pengguna harian sekitar 132 juta. Hal ini juga disebabkan oleh makin ramai meninggalkan X, sementara lebih ramai yang aktif di Threads.

Threads-X-Aplikasi-950x584.webp


Tidak mustahil kita melihat Threads melangkaui angka pengguna X tidak lama lagi – apatah lagi dengan pelbagai kandungan yang dikongsikan di X yang tidak begitu menarik dan mesra pengguna, berbanding di Threads. Mengikut data yang dikongsikan Similarweb juga, angka pengguna yang hampir ini adalah di aplikasi mudah-alih, sementara di web, X masih jauh mendahului berbanding dengan Threads yang tidak ramai menggunakannya.

Disamping kedua-duanya, terdapat beberapa perkhidmatan yang lebih kurang sama di pasaran, termasuk Mastodon, Bluesky dan juga Daun.​
 
Back
Top
Log in Register