BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread Sembang REN

Jangan Panik Jika Anda Kehilangan S&P Asal

Kredit kepada Bicaralegal.blogspot.com

Baru-baru ni saya membaca satu ruangan forum (bicara jutawan). Seorang rakan di BJ mengutarakan soalan mengenai kehilangan Sales & Purchase Agreement yang asal & juga Geran asal hartanah. Bagaimanakan tuan punya tanah hendak menjual hartanah dalam situasi ini? Ketika membeli hartanah tersebut beberapa tahun sebelum itu, beliau membeli hartanah secara tunai. Dan beliau juga tidak dapat menjejaki peguam yang bertanggungjawab dalam penyediaan S&P tersebut.

Perkara mengenai kehilangan S&P ini banyak terjadi.

Dalam urusan jual beli hartanah, S&P asal hanya diperlukan sekiranya hartanah tersebut belum mempunyai hakmilik indvidu (geran individu)

Bagi hartanah yang sudah mempunyai geran individu, perkara ini akan menjadi lebih mudah. Apa yg boleh anda buat adalah dengan merujuk kepada notis cukai pintu/ cukai tanah. Anda boleh pergi ke Pejabat Tanah yang bertanggungjawab untuk mendapatkan Certified True Copy bagi geran individu hartanah terbabit. Anda hanya perlu membayar RM50 (bergantung kepada Pejabat Tanah). Dalam tempoh kurang dari seminggu anda akan mendapat CTC geran hartanah anda.

& dengan adanya CTC geran anda, maka bolehlah anda meneruskan niat untuk menjual hartanah anda kepada pihak lain, tetapi mestilah tertakluk kepada syarat2 & sekatan kepentingan yang termaktub atas geran anda.

Bagi hartanah yang belum mempunyai geran individu (iaitu masih under Master Title/ Geran Induk), maka apa yang anda boleh merujuk kepada Majlis Peguam Malaysia di No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia (belakang Pasar Seni, Kuala Lumpur). Anda boleh melaporkan nama firma tersebut & Majlis Peguam akan cuba menjejaki alamat terkini firma tersebut. Sekiranya firma tersebut telah ditutup, Majlis Peguam selalunya ada rekod mengenai perpindahan/ penyimpanan fail anda.

Harap maklumat ini membantu anda semua.

TQ.
 
Salam,
nak sembang sket pasal cara korang kat sini manage listing, still tulih dalam buku 555 ker? aku baru donload software dari website ni : http://www.jadetools.com
tapi belum try lagik, sekarang still FOC... tu yg donlod tu hehee. Bawah ni antara features yg ada:

Jade Property Suite 6

What every real estate agent wants: Software that is straight-forward, flexible and easy to learn. Manage your listings with Jade Property Suite to save your real estate agency money, time and effort.

* Standalone or networked
* Desktop database with easy search and fast data entry
* Manage your listings, contacts and enquiries
* Publish your listings to your website
* Create personalized emails with full-color listing details
* Print real estate flyers, brochures, catalogs, reports, letters, labels and business cards
* Customize to fit your business
* Compact and powerful
* Easy to install, understand and use

This special release of Jade Property Suite is FREE OF CHARGE.



Selamat mencobaa...!!
 
Geng saper tau prosedure dalam urusan jual beli tanah? Kita sebagai agen, aper yg perlu kita buat & aper dokumen2 yg perlu nak proceed? Saper ader pengalaman boleh share......
 
Just nk tahu apa yg diperlukan untuk jd REN ni? ada exam? fee? company? bole kasik detail sikit.. TQ
 
Just nk tahu apa yg diperlukan untuk jd REN ni? ada exam? fee? company? bole kasik detail sikit.. TQ

jadi agen xyah exam, pegi register jer kat mana2 agensi, tapi amik exam adalah amat digalakkan. klu ko search google ada byk agensi yg buat preview talk every weekend, so ko ada idea laa bidang kerja nyer mcm mana. & prosedur2 firm tu.
 
salam...TT tumpang sekaki...xtau apa2 psal hartanah tp nk ambil tahu jgak utk masa depan..bole kan..hehe..
 
jadi agen xyah exam, pegi register jer kat mana2 agensi, tapi amik exam adalah amat digalakkan. klu ko search google ada byk agensi yg buat preview talk every weekend, so ko ada idea laa bidang kerja nyer mcm mana. & prosedur2 firm tu.

tugas selain jual umah?
 
salam...TT tumpang sekaki...xtau apa2 psal hartanah tp nk ambil tahu jgak utk masa depan..bole kan..hehe..

boley2, meh sama2 kongsi ilmu, kongsi pengalaman

tugas selain jual umah?
selain jual rumah, you make new friends everyday.

sbg negotiator tugas anda supaya penjual dapat menjual dgn harga terbaik (tertinggi)
dan pembeli dapat memiliki hartanah dgn nilai yg terbaik. Kedua-dua pihak berpuashati dari hasil rundingan anda.
 
boley2, meh sama2 kongsi ilmu, kongsi pengalaman


selain jual rumah, you make new friends everyday.

sbg negotiator tugas anda supaya penjual dapat menjual dgn harga terbaik (tertinggi)
dan pembeli dapat memiliki hartanah dgn nilai yg terbaik. Kedua-dua pihak berpuashati dari hasil rundingan anda.

apa yg imbuhan kita akan dapat? mcmana gaji dibayar? :-?
 
aik faizal, dok riki2 lobang2 perniagaan baru ke?

masukkan nama aku sekali huhuhuhu
 
Back
Top
Log in Register