BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread Peminat Mee Segera

Dekat rumah pasti kena siapkan stok Magee tomyam atau asam laksa. Makan bila malas keluar rumah kerana penat atau hujan.

Masak atas dapur dan masuk sayur banyak2. Mesti letak tomato, kobis, sawi, kobis bunga (kalau ada), fish cake dan juga fish ball. Kalau ada udang atau ayam masukkan sekali. Kalau ada udang kering pun sedap.

Petua kalau masak 3 bungkus tu, perencah letak dua sahaja. Telur hanya pecahkan masuk lepas tutup api jadi telur kuning tidak teramat keras. Dia lembik lagi.

Kalau orang yang nak makan belum sedia, masak kuah dulu. Mee tak masuk dulu takut kembang tak sedap. Telur pun masukkan kemudian bila nak makan.
 
Fish cake best la kalau nak sedap goreng dulu lepas tue campak dalam maggi wooo nikmat brader:o:o

Masa tumis bawang putih boleh masukkan udang kering dan fish cake/ball untuk goreng.

Kalau nak letak lobak merah, masukkan awal jadi cepat sikit masak.
 
tetiba kecur pulak.

Aku suka Mee Sedap sebab tak lokek rencah....
 
2015_7_8_1720_001.jpg


Habaq ang, ni la mee segera plg terbaek tekak aku, taruk air kurang skit dr separuh, masuk microwave mid higher 2 minit... Terbaek bangetttt mamee lontong cup, mee pon halus jek
 
Last edited:
mee segera yg selamat pd aku ialah mee suah. tp skali skala mkn jgk mee segera kalau boring mkn mee suah. td tgk kat mydin megi laksa sarawak/johor RM5.99 jer..tak tau smpai bila promosi.
 
selalu...makanan yg sedap, tak elok utk kesihatan...tapi dah tekak nak makan....heeeee
 
Aku kalu megi sup mmg x minat sangat...
Aku suke buat megi goreng pakai megi kari dengan cili tuna...

Rebus megi n tus kan...
Panaskan kuali... masuk kan cili tuna masak kan sekejap... pas tue pecah telo sebijik then terus masuk kan megi.. letak cket perencah kari...
 
Dekat rumah pasti kena siapkan stok Magee tomyam atau asam laksa. Makan bila malas keluar rumah kerana penat atau hujan.

Masak atas dapur dan masuk sayur banyak2. Mesti letak tomato, kobis, sawi, kobis bunga (kalau ada), fish cake dan juga fish ball. Kalau ada udang atau ayam masukkan sekali. Kalau ada udang kering pun sedap.

Petua kalau masak 3 bungkus tu, perencah letak dua sahaja. Telur hanya pecahkan masuk lepas tutup api jadi telur kuning tidak teramat keras. Dia lembik lagi.

Kalau orang yang nak makan belum sedia, masak kuah dulu. Mee tak masuk dulu takut kembang tak sedap. Telur pun masukkan kemudian bila nak makan.

pergh bro terima kasih tunjuk ajar berguna:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Tunjuk ajarku Sifu:D
 
2015_7_8_1720_001.jpg


Habaq ang, ni la mee segera plg terbaek tekak aku, taruk air kurang skit dr separuh, masuk microwave mid higher 2 minit... Terbaek bangetttt mamee lontong cup, mee pon halus jek

aku try beli la pagi tadi....so baru jer masak mlm ni...dah abis mkn...

Tak sangka pulak sedap dia cenggini :)cgrock

Utk aku pun...yg terbaik buat masa ni
 
Back
Top
Log in Register