BTC USD 77,443.9 Gold USD 4,366.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread Close.

Status
Not open for further replies.

encikmental

Active Member
Messages
1,873
Joined
Oct 27, 2013
Messages
1,873
Reaction score
37
Points
30
555978_564363693628776_1374003380_n.jpg


Isu kedua : Hati-hati! Jangan Membeli Buku Agama Yang Membawa Fahaman Pelampau.[klik utk ke page tersebut]

Isu ketiga: Wahhabi Suka Mengkritik Tetapi Tidak Suka Dikritik[klik utk ke page tersebut]

Isu keempat: Mufti Kedah: Kami Tak Mahu Fahaman Wahabi (Fathul Bari & Dr.Asri)[klik utk ke page tersebut]

Isu kelima: Benarkah Mufti Kedah Menfitnah Dr.Asri? [klik utk ke page tersebut]

Isu keenam: Cerita tentang Persidangan Dajjal [klik utk ke page tersebut]

1459823_570008859739778_1511221446_n.jpg


http://www.youtube.com/watch?v=bm84Fs8GWc8

1425530_325377050933565_1781581139_n.jpg


Surat dari Ulama Hadis Dr. M. Abu al-Laits yang Mengajar Di UIA


Asri berkata

Quote
“Saya dan sahabat saya pergi ke India membawa surat sokongan peribadi daripada guru hadith Ph.D kami, Dr. Muhammad Abul Laith al-Khair Abadi, pengarang kitab Takhrij al-Hadith, `Ulum al-Hadith bain al-Asalah wa al-Mu`asarah dan lain-lain. Beliau juga berasal dari India, pernah belajar di Deoband dan mendapat Ph.D dari Umm al-Qura, Mekah”.


Terus terang, saya kenal dengan siapa Abu al-Laits tersebut. Rumah nenek saya yang mana Ibu dan Bapa saya sedang tinggal di sana kerana menjaga nenek yang sudah uzur berada hanya 100 meter dari rumah Abu al-Laits di daerah Gombak. Setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya akan tinggal di Gombak, tidak di rumah ibu bapa saya yang berada di Damansara. Syaikh Abu al-Laits adalah seorang yang alim dalam ilmu hadis. Beliau sangat ilmiah dan jujur dengan ilmunya. Tapi Asri harus tahu, Abu al-Laits sendiri seorang yang berpegangan kuat pada akidah al-Mathuridiyyah yang ditolak oleh puak-puak seperti Asri atau Wahhabi. Malah guru besar golongan Wahhabi/salafi atau apapun nama mereka dan ingin disebut atau panggil oleh mereka menetapkan bahwa `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah adalah golongan yang sesat! (Lihat: al-Tauhid, Shalih Fauzan al-Fauzan, vol. 1 P. 104-105; cetakan Kuliyyah al-Mu’allimin al-Islamiyyah, Gontor Ponorogo).

Pegangan ini saya dengar sewaktu saya menemuinya di UIA setelah beliau membacakan kitab Fath al-Bari Syarh Bukhari. Bukti tertulis adalah Abu al-Laits telah menerjemahkan sebuah kitab tentang cara yang disunnahkan untuk bermushafahah ke dalam bahasa Arab yang bernama “الطريقة المسنونة للمصافحة بين الرجال”. Dalam mukadimah kitab tersebut, Abu al-Laits memula perkataan beliau dengan “الحمد لله الذي خلقنا وهدانا للإسلام والصلاة والسلام على سيد الأنام”. Di sinilah beliau berkata “سيد الأنام”. Padahal menurut puak Asri (Wahabi/salafi) bahwa ini dilarang (Lihat: al-Tauhid, Shalih Fauzan al-Fauzan, vol. 3 P. 104-105; cetakan Kuliyyah al-Mu’allimin al-Islamiyyah, Gontor Ponorogo).

Oleh itu, menurut sahabat saya yang juga keluaran madrasah hadis di Pakistan mengatakan bahwa Abu al-Laits pada dasarnya menolak Dr. Asri ini. Hanya saja ini sebuah riwayat yang belum saya tanyakan ke Abu al-Laits, dan akan saya klarifikasikan kepada Beliau. Satu hal yang sangat mengeli hati adalah Abu al-Laits menolak keilmuan Nashiru al-Din al-Albani. Bagaimana pula dengan kata-kata Asri di petikan

“Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis di dalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Inilah adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya”.
Ternyata seorang yang dikagumi Asri yang juga ahli hadis juga menolak al-Albani!!!!


Tuduhan Asri Terhadap Pelajar Pondok (Inti dari Tulisan Saya)

Seperti kata-kata Asri di atas, ditambah lagi dengan

Quote
“Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”


Kata-kata ini sangat memilukan hati saya dan penuh pahit dan perih seperti saya ditampar di telinga dan pipi serta ditusuk hati saya. Akan tetapi, ini semua adalah fitnah belaka!! Fitnah semata-mata! Asri wajib meminta maaf dan ziarahlah pondok-pondok di daerah Jawa dan Madura! Saksikan sendiri!. Berikut ini hujjah saya dalam menolak kata-kata Asri:

1- Asri mengatakan bahwa kesalahan besar bagi si fulan dari Kelantan yang lulus pondok tersebut menganggap al-Albani tidak boleh dianggap ulama hadis sebab karena tidak menghimpun sanad. Asri menganggap ini adalah ke*****an budak pondok, kerana ia cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya. Terus terang, bagi saya Asrilah yang salah, kerana al-Albani telah masuk dalam bab yang bukan keahliannya. Mungkin benar kata-kata ulama India yang mengatakan sekarang sudah tidak diperlukan lagi pengajian sanad, kerana ulama Hadis seperti Bukhari dan lain-lain telah mengemukakan sanad mereka, maka tradisi ijazah adalah sebagai tabarruk saja. Akan tetapi, Asri salah dalam membela al-Albani, kerana al-Albani-lah orang yang telah melakukan sesuatu yang bukan ahlinya. Dia jugalah yang telah meneliti sanad-sanad padahal – seperti kata-kata ulama hadis India – sanad-sanad telah selesai/tuntas dinyatakan oleh ulama Hadis sebelumnya. Dan akhirnya apa yang terjadi, al-Albani telah dengan mudahnya melemahkan satu perawi akan tetapi di dalam kitab yang sama ia mensahihkannya. Ini menunjukkan al-Albani bukanlah orang yang Alim dalam ilmu hadis. (Lihat kitab Tanaqud al-Albani dan bandingkan dengan kitab asal al-Albani, baru diketahui secara ilmiah dan ini ilmiah juga).

Selain dari itu, Asri juga harus tahu, al-Albani telah mentarjih (tashih dan tadl’if) hadis-hadis dengan tanpa memenuhi syarat. Padahal al-Albani tidak hafal hadis, sedangkan syarat menta’dil harus hafal seperti kata imam al-Suyuthi “وخذه حيث حافظ عليه نص # أو من مصنف بجمعه يخص”. Jadi apa yang menjadi kata-kata budak pondok Kelantan tersebut adalah berdasar dan dapat dibenarkan. Lebih-lebih lagi, bukan budak tersebut sendirian saja yang berpendapat sedemikian. Ulama Hadis di Madinah; Muhammad Awwamah di dalam kitabnya Atsar al-Hadis al-Syarif p. 51 juga menegaskan yang sama. Ia menetapkan kejahilan al-Albani dengan sebuah riwayat yang lucu apabila dibaca. Mungkin Asri salah memahami kata-kata ulama Hadis India tersebut, kerana mungkin saja Asri tidak mengerti bahasa Urdu atau Arab dialek India (kerana yang saya jumpa bahasa Arab India kadangkala agak sedikit berbeza uslubnya dengan di Arab walaupun tidak salah dari segi nahwu).

Bagi saya, seperti apa yang diajarkan oleh ulama hadis saya, dan salah satunya adalah Ustaz Fahmi Zamzam (alumni madrasah al-Nadwah, India dan Muhammad bin Alawi al-Maliki) yang saya sempat mengikuti acara khataman kitab al-Awail al-Zamzamiyah bahwa dalam menetapkan hadis tersebut sahih, dan daif serta hasan atau tidak sudah tidak diperlukan lagi, kerana ia sudah dinyatakan oleh ulama Hadis yang lebih alim terdahulu. Jadi yang salah di sini justru al-Albani, seorang yang dikagumi Asri serta kuncu-kuncunya.

2- Kata-kata Asri

Quote
“Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget”


adalah yang memilukan. Apakah Asri tidak tahu bahwa menuntut itu perlu waktu yang lama? Dan juga memerlukan kepayahan. Tapi tidak ada di dalam Pondok mana-mana yang menuntut untuk semua pelajar kene pakai lampu minyak? Tidak ada yang menuntut pelajar kene duduk di pondok yang kumuh, dan senget (mereng atau dah nak runtuh). Justru ini membuktikan Asri berbicara tanpa tahu apa yang terdapat di Pondok. Kalau saja dia pergi ke Kelantan dan lihat bagaimana megahnya Pondok al-Rahmaniyah, Lubuk Tapah? Cobalah pergi ke Pondok Salaf Sidogiri yang kaya raya itu? Cuba lihat bagaimana megahnya pondok al-Fitrah Kedinding Surabaya yang luas di dalam kota Surabaya? Atau marilah melawat Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong, Pare, Kediri yang bersih! Semua pondok ini telah mengeluarkan ulama-ulama besar yang jauh lebih hebat dari seorang Asri. Lubuk Tapah dipimpin oleh Tuan Guru haji Abdullah yang sewaktu masih hidupnya banyak ulama Arab sendiri datang menziarahinya (sayyid Muhammd bin Alawi al-Maliki, habib Umar, Kyai Ihya’ Ulumuddin, Sayyid Gibril, dan lain-lain). Mereka semua meminta ijazah dari Tuan Guru tersebut (Apakah ada ulama dari Arab datang menemui Asri dan meminta ijazah darinya?). Pondok Pesantren Lirboyo telah mengeluarkan lebih dari 50 kader ulama masa depan setiap tahunnya. Salah satu alumninya adalah Kyai Maimun Zubair, Sarang Jawa Tengah. Kyai Maimun seorang yang alim dalam semua bidang ilmu agama. Kalau Asri tidak percaya datanglah melawatnya dan berdiskusilah dengannya. Beliau dapat membahas lebih dalam dan lebih ilmiah dari Asri.

3- Sedangkan kata-kata Asri

Quote
“Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”


Itu adalah kalam yang fasid sefasid-fasidnya. Kebanyakan pondok-pondok sangat senang diziarahi ulama besar dari Arab seperti Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Apakah Sayyid Muhammad bukan dari golongan ulama Arab? Justru Asri salah dengan kata-kata “bahasa melayu sankrit lama”, kerana kalau Asri pergi ke Pondok-pondok yang ada di Jawa, semua kitab yang dikaji dari kelas bawah yaitu pelajaran Awamil Jurjani sampai ke kitab Uqud al-Juman yang mungkin Asri belum pernah baca sekalipun memakai kitab yang berbahasa Arab. Dan di Pondok melayu lama pun tidak mempertikaikan apakah menggunakan kitab melayu atau arab? Yang penting faham dan khatam. Jangan baca sekerat-sekerat saja. Perlu Asri tau, murid-murid lulusan pesantren/pondoklah yang justru berjaya dan mendapatkan 1st class honor kalau dia masuk ke university. Menurut dosen saya, kalau di Saudi sekalipun (University Saud Riyadl tempat beliau study), kalau ada yang dapat mumtaz dari Asia, maka ia adalah seorang anak pondok salaf Nahdlatul Ulama. Herankan? Seorang `Asya’irah berjaya di University Wahabi??
Nama Laqab Wahabi bagi Puak Asri CS.

Dalam artikel ini dan juga artikel yang pernah saya baca, Dr. Asri sangat menolak pemberian nama Wahabi kepadanya, ia mengatakan Muhammad bin Abdil Wahhab adalah seorang yang alim dan murni memperjuangkan akidah yang suci. Saya jujur sahaja, sebenarnya saya tidaklah perduli dengan nama Wahabi tersebut, yang terpenting adalah apakah ia memiliki ideologi seperti golongan-golongan yang mereka anut itu yaitu seperti Bin Baz, Utsaimin, al-Albani, Shalih Fauzan al-Fauzan dan lain-lain yang dengan mudah membid’ahkan yang sesat terhadap majority amalan umat muslim di dunia, mulai dari bertaklid dan bermazhab, bertawassul, bertarekat, ziarah kubur dan lain-lain. Ideologi tersebutlah yang menjadi tujuan dari laqab wahabi, bukan semata-mata nama yang menjadi tujuan. Ok lah, kalau mereka tidak ingin disebut wahabi, maka saya dengan suka rela menyebut mereka dengan salafi seperti claim mereka itu sendiri yang menyebut salaf al-shalih. Tapi saya dengan tegas berpendapat ideologi tidak boleh lari walaupun nama berubah. Dan nama salaf al-shalih di sini bukanlah salaf al-shalih yang dimaksud dalam kitab-kitab salaf seperti Imam al-Syafi’I dan lain-lain, kerana Imam al-Syafi’I misalnya selalu bertawassul dengan Abu Hanifah setelah meninggalnya (Lihat: Tarikh Baghdad, vol. 1 p. 123). Akan tetapi, golongan Asri menolak tawassul dan mengharamkannya? Bagaimana dengan Syafi’i?? Syirikkah dia??

Pengakuan Mazhab Syafi’I, bukan Berarti Menolak Sunnah!

Dalam statement yang jelas dan penuh muslihat, Asri berkata “

Quote
Di tempat kita juga demikian, golongan yang membuat amalan-amalan yang tidak benar pada nilaian al-Quran dan al-Sunnah akan membela diri dengan menyatakan ini adalah mazhab Syafi`i dan menuduh golongan yang menegur mereka sebagai wahabi. Ternyata mereka menggunakan modal yang sama. Kebanyakan perkara yang mereka dakwa sebagai mazhab Syafi`i, tidak pernah pun disebut al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi`i r.a.. Bahkan di kalangan mereka ada yang tidak pernah membaca al-Umm karangan fiqh beliau, atau al-Risalah dalam usul fiqh dan hadith”.


Masalahnya, apakah amalan Asri sudah benar-benar sesuai al-Qur’an dan Sunnah Nabi? Mereka dengan mudahnya mengatakan kami yang bertentangan pada dua sumber Islam tersebut. Mereka juga menganggap amalan kita tidak sesuai dengan pendapat Imam al-Syafi’I sendiri.

Contoh hujjah mereka, kenapa melafazkan niat sewaktu solat? Padahal ia tidak diajarkan Imam al-Syafi’I sendiri? Mana hujjahnya dalam al-`Umm?

Saya cukup ketawa dan menilai pendapat mereka itu sangat lemah dan hanya berlindung pada apakah Imam Syafi’I berkata seperti itu? Terus terang! Kalau kita belajar mazhab Syafi’I, kita akan tau bahwa Imam Syafi’I ada dua mazhab yaitu qadim dan jadid. Ini disebabkan beliau berijtihad. Dan ijtihad seseorang itu boleh berubah sesuai dengan perkembangan ilmunya. Akan tetapi, ijtihad yang memiliki dasar tidak boleh dirusak dengan ijtihad yang baru walaupun memiliki dasar pula (الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد).

Begitu pula dengan mazhab Syafi’i. dalam hal melafazkan niat, memang Imam Syafi’I tidak menyebutkan secara sharih. Beliau bahkan tidak melarang secara sharih! Maka “عدم العلم نفي العدم” kalau tak tau bukan berarti tidak ada! Dalam kitab al-Majmu’ ditetapkan bahwa murid-murid beliaulah yang menganggap dan berijtihad bahwa melafazkan niat adalah sunnah kerana ia mengukuhkan niat dalam hati yang menjadi rukun dari sholat! Ini merupakan ijtihad muri-murid Syafi’i. apakah murid-muridnya bukan mujtahid juga? Padahal Imam al-Mawardi juga disebut dengan mujtahid mazhab! Imam Nawawi dan Rafi’I sebagai Mujtahid Fatwa! Belum lagi dari mazhab lain seperti Hanafi dan Hanbali yang juga menetapkan sunnah, kecuali Maliki yang menganggap ia makruh (tidak Haram)! (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, vol. 1 bab Sholat bagian niat; saya juga telah mengkaji dalam kitab asal mereka, dan ia telah ditetapkan seperti kata-kata Wahbah al-Zuhaily).

Jadi kesimpulan saya, apa yang dilakukan umat islam dengan mengklaim ia adalah mazhab Syafi’I itu adalah benar, kerana kitab-kitab muta’akhirin seperti minhaj al-thalibin, nihayat al-muhtaj, tuhfah, fath al-muin dan lain-lain tidak lain merupakan tarjih ulama Mazhab Syafi’I terhadap mazhab Syafi’I berdasarkan ilmu usuli dan qawaidi yang menjadi inti di dalam mazhab Syafi’i.

Pernyataan kami dari pondok tidak membaca kitab al-Umm dan al-Risalah adalah salah.

Mungkin saja benar kalau yang ditanya adalah budak pondok yang memang belum tahu apa-apa. Atau mungkin ustaz pondok yang class dia masih berada di bawah. Kalau Asri datang ke Jawa, saksikanlah bagaimana Kyai-Kyai yang academic membuktikan mazhab Syafi’I dengan berhujjah memakai kitab al-Umm dan konsep al-risalahnya dengan ilmiah! Saya sendiri dengan harapan doa dari semua pembaca dan orang lain dapat menyelesaikan skripsi saya tentang kajian penerapan usul fiqh syafi’I dalam al-risalah di dalam al-Umm itu sendiri. Amin…Amin….

Masalah pentarjihan pendapat yang kuat seperti kata-kata Asri, yang mana ia meninggalkan pendapat yang lemah walaupun dari Syafi’I, perlu dicermati. Apakah apabila Asri menetapkan ia lemah, berarti benar-benar secara hakiki pendapat itu lemah? Sehinggakan berqunut di waktu Subuh itu bid’ah? Kerana dalil lemah menurut Asri? Saya selama mengkaji dan mengaji dari kyai-kyai dan secara otodidak pun, selalu berusaha menilai sebuah dalil. Tapi selalu saya temukan, bahwa apabila ada tarjih, pasti dipandang satu sisi, sedangkan yang lain dari sisi yang lain pula. Hasilnya, khilaf. Maka apakah perbedaan sisi pandang membuat kita takfir dan tabdi’? tidak ada satu pun ulama salaf yang saya temu mentabdi’kan qunut yang dikeluarkan Imam Syafi’I dalam al-Ummnya. Di dalam dunia Pesantren, kalau seorang murid itu sudah sampai derajat ustaz, maka dalam membahas ia pasti selalu membandingkan antara qauli dan usuli. Dari sini kita dapat tahu, mengapa terjadi perbedaan pendapat antara ulama. (Sila datang ke program musyawarah kitab Mahali di Pondok Pesantren Lirboyo, Kediri).


http://www.youtube.com/watch?v=GofHeogy6O0

Cuba lihat kenyataan Dr Asri yang menghina Sayyid Ja'far al Barzanji :




Cuba dengar intonasi suara beliau yang jelas-jelas memperlekehkan Mufti Mazhab Syafie di Madinah al Munawwarah.

Siapakah Sayyid Ja'far al Barzanji yang diperlekehkan oleh Dr Asri ini ?

Keturunan dan Kelahirannya :

Nama beliau ialah Ja'afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib.

Tarikh Kelahiran

Pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 Hijrah di Madinah al Munawwarah

Perkataan 'Barzanji' yang dinisbahkan kepada namanya diambil dari nama kampung asal keturunannya.

Latar Belakang Pendidikannya

Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu

2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu

3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu

Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari

2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi

3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi

2. Sayyid Ahmad al Tobari

3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi

4. Sayyid Mustafa al Bakari

5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.

Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari

Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada

2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada

3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada

4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada

5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada

6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada

7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada

8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada

9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada

10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada

11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada

12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada

13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada

Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.

Sanad Sohih Muslim

Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada

2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada

3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada

4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada

5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada

6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada

7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada

8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada

9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada

10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada

11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada

12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada

13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada

14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada

15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Hubungan Sosial

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.

Akhlaknya

Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :

سقى الفاروق بالعباس قدما
و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك وسيلة لهم وهذا
وسيلنا إمام العارفينا

"Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"



Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :
Quote

اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون

Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."




Sila lihat di dalam Kitab Syifa' al Saqqam karangan Syeikh Taqiyuddin al Subki H:171.

Kewafatannya

Beliau wafat pada Hari Selasa selepas Asar 4 Sya'ban 1177 Hijrah.

Sumber Rujukan: Haji Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan 8, Cet Pertama 2008, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Malaysia.



-------------------------------------

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)

[/I]
__________________



1468706_567298076668671_1246904197_n.jpg


Sahabat Dalam Kacamata Wahhabi

Ustaz Muhammad Idrus Ramli

Beberapa ketika yang lalu saya mengisikan acara di Masjid at-Taqwa Kota Balikpapan Kalimantan Timur. Perancangannya, dalam acara tersebut, saya akan dipertemukan dengan beberapa tokoh Wahabi, dalam forum dialog terbuka. Sayang sekali mereka tidak ada yang hadir, kecuali Ustadz Adzro’i yang hadir, akan tetapi dapat beberapa minit kemudian, ia meninggalkan acara berkenaan, karena alasan keperluan mengejut. Beberapa bulan setelah acara tersebut selesai, ada seorang Wahabi yang menghubungi saya via email, dan mengajak saya berdialog tentang persoalan bid’ah. Saya hairan juga dengan Wahabi, mereka lebih suka berdialog secara tertutup dan tidak mahu secara terbuka.

Dalam sebuah diskusi jarak jauh antara saya dengan seorang Salafi-Wahabi dari Balikpapan,berkaitan bid’ah hasanah, terjadi dialog berikut ini:

WAHABI: “Kelompok Anda salah dalam membahagi bid’ah menjadi dua, ada bid’ah hasanah dan ada bid’ah dhalalah. Bid’ah hasanah tidak pernah ada dalam agama. Semua bid’ah pasti dholalah.”

SUNNI: “Bid’ah hasanah tidak pernah ada dalam agama, itu menurut Anda. Kenyataannya bid’ah hasanah memang ada, dasar-dasarnya sangat kuat, baik al-Qur’an, hadits maupun dalam pemahaman Salaful-Ummah”.

WAHABI: “Dasar yang Anda gunakan dalam menetapkan adanya bid’ah hasanah itu tidak tepat.”

SUNNI: “Dasar yang mana yang tidak tepat. Bukankah dalam dialog beberapa waktu yang lalu saya menberikan sekian banyak dalil, dan semuanya hadits shahih. Tolong sebutkan satu saja, dalil bid’ah hasanah kami yang keliru.”

WAHABI: “Dasar yang Anda gunakan dalam menetapkan bid’ah hasanah, itu tentang pengumpulan al-Qur’an yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar . Pengumpulan al-Qur’an itu sudah dilakukan pada masa Nabi saw. Jadi apa yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar itu bukan perkara baru.”

SUNNI: “Itu bererti Anda kurang teliti membaca hadits al-Bukhari tentang penghimpunan al-Qur’an. Di dalamnya jelas sekali, bahwa beliau berdua menetapkan bid’ah hasanah. Sekarang tolong Anda periksa teks hadits tersebut seperti berikut ini:

جَاءَ سَيِّدُنَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رضي الله عنه إِلَى سَيِّدِنَا أَبِيْ بَكْرٍ رضي الله عنه يَقُوْلُ لَهُ: يَا خَلِيْفَةَ رَسُوْلِ اللهِ أَرَى الْقَتْلَ قَدِ اسْتَحَرَّ فِي الْقُرَّاءِ فَلَوْ جَمَعْتَ الْقُرْآنَ فِي مُصْحَفٍ فَيَقُوْلُ الْخَلِيْفَةُ: كَيْفَ نَفْعَلُ شَيْئًا لَمْ يَفْعَلْهُ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم؟ فَيَقُوْلُ عُمَرُ: إِنَّهُ وَاللهِ خَيْرٌ وَلَمْ يَزَلْ بِهِ حَتَّى قَبِلَ فَيَبْعَثَانِ إِلَى زَيْدٍ بْنِ ثَابِتٍ رضي الله عنه فَيَقُوْلاَنِ لَهُ ذَلِكَ فَيَقُوْلُ: كَيْفَ تَفْعَلاَنِ شَيْئًا لَمْ يَفْعَلْهُ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم؟ فَيَقُوْلاَنِ لَهُ : إِنَّهُ وَاللهِ خَيْرٌ فَلاَ يَزَالاَنِ بِهِ حَتَّى شَرَحَ اللهُ صَدْرَهُ كَمَا شَرَحَ صَدْرَ أَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا. رواه البخاري.



“Sayidina Umar radhiyallahu ‘anhu bertemu dengan Khalifah Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu dan berkata: “Wahai Khalifah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, saya melihat pembunuhan dalam peperangan Yamamah telah mengorbankan para penghafaz al-Qur’an, bagaimana kalau Anda mengumpulkan al-Qur’an dalam satu Mushhaf?” Khalifah menjawab: “Bagaimana kita akan melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?” Umar berkata: “Demi Allah, ini baik”. Umar terus meyakinkan Abu Bakar, sehingga akhirnya Abu Bakar menerima usul Umar. Kemudian keduanya menemui Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, dan menyampaikan tentang rancangan mereka kepada Zaid. Ia menjawab: “Bagaimana kalian akan melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?” Keduanya menjawab: “Demi Allah, ini baik”. Keduanya terus meyakinkan Zaid, hingga akhirnya Allah melapangkan dada Zaid sebagaimana telah melapangkan dada Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhuma dalam rencana ini”. (HR. al-Bukhari).

Dalam hadits di atas jelas sekali, bahwa pengumpulan al-Qur’an belum pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bererti bid’ah. Kemudian, Abu Bakar, Umar dan Zaid sepakat menganggapnya baik, bererti hasanah. Lalu apa yang mereka lakukan, disepakati oleh seluruh para sahabat , bererti ijma’. Dengan demikian, bid’ah hasanah sebenarnya telah disepakati keberadaannya oleh para sahabat .”

WAHABI: “Itu kan pendapat pribadi Abu Bakar, Umar, Zaid dan sahabat . Bukan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Kami hanya mengikuti hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”.

SUNNI: “Wahai Wahabi, Anda siapa? Berani berbicara lancang terhadap sahabat? Seolah-olah Anda belajar agama melalui daurah-daurah tiga bulan sekali, lalu Anda terus merasakan diri sebagai seorang ulama hebat. Ketahuilah wahai Wahabi, bahwa Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhuma itu termasuk Khulafaur Rasyidin. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan umat Islam mengikuti sunnah mereka:

عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين.

“Berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin sesudahku.”

Dan seandainya pendapat di atas adalah pendapat peribadi sahabat Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhuma, umat Islam masih wajib mengikutinya. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan umat Islam mengikuti peribadi beliau berdua sebagaimana diterangkan dalam kitab-kitab hadits. Pendapat hebat ulama Wahabi, tidak ada apa-apanya dibandingkan pendapat peribadi sahabat Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhuma. Ternyata kalian wahai Wahabi, mengikuti pemahaman kaum salaf, hanya propaganda belaka. Terbukti, kalau salaf berbeza dengan kamu, meskipun mereka Khulafaur Rasyidin, kamu masih menolak pendapat mereka dengan alasan pendapat peribadi.”

WAHABI: “Terima kasih Ustaz.”

Begitulah dialog saya dengan Salafi-Wahabi dari Balikpapan yang berakhir dengan terbongkarnya jati diri kaum Wahabi yang selalu mengaku mengikuti salafussoleh. Justeru mereka tidak menaruh hormat terhadap para sahabat. Salafi-Wahabi merasa lebih mengerti dan lebih konsisten terhadap ajaran agama dari pada para sahabat, termasuk Khulafaur Rasyidin, Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhum.

Wassalam

sumber asal.
 
Last edited:
Cerita kopi paste ni yg wat aku meluat...cuba wat cerita sendiri bersandarkan pengalaman hidup...baru org respek.....
 
Cerita kopi paste ni yg wat aku meluat...cuba wat cerita sendiri bersandarkan pengalaman hidup...baru org respek.....

Pengalaman itu sudah ada. Sudah pernah melihat percakapan golongan sebegini. Namun, biarlah yang arif dan alim memceritakan pengalaman mereka berbanding pengalaman hamba yang dhaif ini melihat mereka menolak ulama'.

Wallahu a'lam.
 
Pengalaman itu sudah ada. Sudah pernah melihat percakapan golongan sebegini. Namun, biarlah yang arif dan alim memceritakan pengalaman mereka berbanding pengalaman hamba yang dhaif ini melihat mereka menolak ulama'.

Wallahu a'lam.

Kongsikan pengalaman anda.....berani kerana benar,salah kerana takut.. :">
Jngan kopi paste dah le.....aku dah muak ngan ustaz kopi paste..
 
Kongsikan pengalaman anda.....berani kerana benar,salah kerana takut.. :">
Jngan kopi paste dah le.....aku dah muak ngan ustaz kopi paste..

InsyaAllah. Terima kasih. Akan menyusul. Cuma sekadar mahu mengelak daripada kancah perdebatan sahaja. :)
 
Macam-macam dah orang kita jumpa. Yang penting bagi kita sebagai umat Islam adalah adab dan akhlak.

Tak kiralah kita tua atau muda. Seandainya kita tua, jika kita tak menghormati insan yg lain. Maka, begitulah generasi yg kita lahirkan.

Dan jika orang muda tidak menghormati org tua, begitulah generasi yg akan kita lahirkan.

Sesungguhnya adab itu terlebih utama.
 
siapa duduk bawah matahari, dia la terasa panas
 
Ada manusia lebih pentingkan dunia. Sebab itu dia kata kena kerja(kejar dunia) sebelum nak sembang soal ugama.

Inilah barah dan penyakit ummah pada masa kini. Walaupun kita tidaklah sesempurna mana, banyak yg lompong dan tempang tetapi pemikiran yg dangkal sebegini haruslah dibuang daripada hati kita.

Usah berlagak dgn rezeki yg Allah swt kurniakan. Kelak ditarik, menangis tak berlagu.
 
Dah baca. Perjalanan hidup seseorang itu berbeza. Ada yang tak belajar pandai, tetapi cari kerja. Ada yang belajar pandai, terus sambung belajar.

Ada pula yang angkuh dengan rezeki dan nikmat yg Allah swt kurniakan dan ada yang lebih suka memandang enteng pada golongan lain. Inilah dipanggil ujub. Terlalu bangga dgn diri sendiri. Inilah yg melanda ummah pada masa kini.

Setiap manusia itu Allah swt dah jamin rezekinya. Cuma jalannya, caranya berbeza pada setiap org.

Kesalnya, untuk sebar ugama,kena kerja banting tulang? Sedangkan menuntut ilmu itu terlebih utama.

Wallahu a'lam.

Adakah hg termasuk dalam golongan yg aku bold? :-?
Memandang enteng pada puak wahabi...merasa diri lebih alim dari puak tu?bangga pada diri sendiri sedangkan kehidupan belum teruji sepenuhnya oleh Pencipta....
 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register