encikmental
Active Member
- Messages
- 1,873
- Joined
- Oct 27, 2013
- Messages
- 1,873
- Reaction score
- 37
- Points
- 30
Hati-hati.. Jangan Membeli Buku Agama Yang Membawa Fahaman Pelampau !
Kami telah membaca sebuah buku diterbitkan dari Karya Bestari anak syarikat Karangkraf. Pada muka surat 84-86 dalam bukunya bertajuk Cukupkah Sekadar Niat - Tidak tertegak perkataan, amalan dan niat melainkan al-Sunnah, Cetakan 1 2010, Terbitan Karya Bestari dan diedarkan oleh Alaf 21 Sn Bhd.
Beliau menyebutkan amalan bertaqlid dicela oleh Allah dan dilarangNya dan mengaitkannya dengan amalan taqlid dalam bermazhab dengan menggunakan ayat al Quran Surah Al Maidah : 104 yang bererti :
Apabila dikata kepada mereka:
"Marilah mengikuti (kepada) apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah dengan apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya." Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk. -
Surah al Maidah : 104
Dan juga surah al Zukhruf ayat 23-25 yang bermaksud :
Demikianlah halnya (orang yang bertaklid buta); Kami tidak mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) kepada penduduk sesebuah negeri seorang rasul pemberi amaran melainkan orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati nenek moyang kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka." Rasul itu berkata : "Adakah (kamu akan menuruti mereka ) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang jelas petunjuknya dari jalan agama yang kamu peroleh daripada nenek moyang kamu?" Mereka menjawab :"Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang diutuskan kepada kamu untuk menyampaikannya." Lalu Kami(Allah) membalas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan. Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-RasulNya.
[Admin : Dua dalil di atas ini juga banyak dilakukan oleh individu/gol yang anti mazhab. Lihat pada terjemahan ayat al Quran yang di'bold'kan yang jelas menunjukkan ayat itu ditujukan kepada golongan mana]
Dalam m/s 86, beliau mengatakan bahawa betapa KEJInya amalan bertaqlid di sisi ajaran Islam hanya dengan bersandarkan dalil yang ditujukan kepada orang kafir. Taqlid juga menurutnya membawa kepada kelemahan dan perselisihan kaum Muslimin. Dan beliau juga mendakwa sehingga kini, belum didapati adanya para sahabat mahupun imam mazhab yang bertaqlid kepada seseorang individu dalam apa jua masalah agama.
Jawapan :
Sedikit latarbelakang penulis ini - beliau mengajar Geografi dan Sejarah di Negeri Sabah, dan tidak mempunyai latarbelakang yang khusus dalam pengajian Islam samada dalam bidang feqh, usul feqh mahupun aqidah. Jika dibaca di bahagian belakang rujukan buku ini. Buku yang dirujuk terdapat juga Rasul Dahri yang dikenali sebagai wahhabi tegar yang mengkafirkan golongan asya'iroh, termasuk Hafiz Firdaus serta rujukan dari buku wahhabi di Indonesia.
Penjelasan seterusnya
Pertama :
Penulis ini telah menggunakan ayat al Quran yang sebenarnya diturunkan oleh Allah dan ditujukan kepada orang kafir Musyrikin namun digunakan untuk Umat Islam yang beriman kepada Allah ! Bagaimana boleh digunakan ayat Allah ini dan dikaitkan kepada Ulamak dan Umat Islam yang mengikut mazhab sedangkan mereka yang mengikut mazhab semuanya mengucapkan kalimah La ilaha illaLlah ? Sedangkan pada hakikatnya umat Islam yang mengikut mazhab sebenarnya mengikut para ulamak yang mampu untuk mengeluarkan hukum, dan lebih memahami al Quran dan Sunnah kerana ketidak mampuan mereka dalam menguasai disiplin ilmu yang diperlukan untuk memahami al Quran dan Hadith.
Perbuatan menggunakan ayat Al Quran dengan cara yang batil ini adalah sikap yang ditunjukkan oleh Kaum Khawarij sebagaimana yang tersebut dalam kitab Hadith Bukhari, bahawa sahabat Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam, bahawa sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat, bahawa orang-orang khawarij dan i'tiqadnya adalah orang-orang yang paling buruk. Kami nukilkan di bawah ini apa yang disebut dalam Kitab Bukhari yang bererti :
Dan adalah sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat bahawa makhluk ALlah yang paling jahat, mereka mengambil ayat-ayat al Quran yang sebenarnya turun untuk orang kafir, tetapi digunakannya kepada orang Mukmin
(Fathul Bari XV halaman 313), Sahih Bukhari no 6531.
Dalam menerangkan perkataan Ibnu Umar ini, Imam Ibnu Hajar Asqalani menyatakan bahawa dalam hadith yang dirawikan oleh Imam Tabari menerangkan bahawa seorang Asyaj bertanya kepada Nafi'i - bagaimana pendapat Ibnu Umar tentang orang-orang Khawarij yang berkumpul di Hururiyah? AbduLlah bin Umar menjawab,
bahawa mereka adalah makhluk yang paling buruk, kerana mereka menggunakan ayat-ayat al Quran yang sebetulnya menerangkan hal-hal orang kafir dan digunakannya kepada orang Mukmin
(Fathul Bari Juzuk 15 halaman 313) - ( Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Cet 1, 2008, halaman 119-120, Mutiara Ilmu Surabaya )
Kedua :
Apakah implikasi atau kesan dari perbuatan penulis berkenaan terhadap Ulamak dan Umat Islam yang mengikut mazhab jika menurutnya adalah DICELA dan DILARANG (larangan maksudnya di sini adalah HARAM, BERDOSA) ?
Jawapan :Kita jelaskan di sini dahulu mengapa ada Ulamak dan ramai Umat Islam mengikut mazhab ?
Dr Said Ramadhan al Buthi di dalam kitabnya Allaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah, Tidak Bermazhab Adalah Bid'ah Paling Bahaya Meruntuhkan syariat Islam memberikan penjelasan :
Allah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui"
(Surah an Nahl : 43)
Para ulama telah sepakat bahawa ayat di atas merupakan perintah Allah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulamak usul telah menetapkan ayat ini sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid kepada mujtahid.
Ulamak dan Umat Islam yang mengikut mazhab bukan sedikit bilangannya. Ini kerana tidak semua orang mampu untuk berijtihad dan tidak mampu memahami dalil al Quran dan Hadith dengan baik kerana ia memerlukan penguasaan disiplin ilmu yang teratur dan amat ketat.
Imam Al Amudi berkata dalam kitabnya Al Ihkaam fii Ushuulil Ahkaam, :
"Adapun dalil taqlid dari segi ijma' ialah orang awam pada zaman sahabat dan tabi'in, sebelum timbul golongan yang menentang, selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan-pertanyaan tanpa menyebutkan dalilnya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma; bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara mutlak."
Dari kalangan sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam, mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum fiqh, riwayat, dan kemampuan istinbath (mengeluarkan hukum). Yang paling mahsyur di kalangan mereka ialah para Khulafa'ur Rasyidin (Abu Bakar, 'Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib radiyaLlahu 'anhum), AbduLlah bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu, Abu Musa al Asy'ari radiyaLlahu 'anhu, Mu'az bin Jabal radiyaLlahu 'anhu, Ubay bin Ka'ab radiyaLlahu 'anhu dan Zaid bin Tsabit radiyaLLahu 'anhu. Ada pun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.
Selanjutnya, pada zaman tabi'in daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum Muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku) pada 2 mazhab yang utama iaitu :
1. Mazhab ahli hadith
2. Mazhab ahli ra'yu
kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukilkan keterangan Ibnu Khaldun RahimahuLlah.
Tokoh-tokoh mazhab ahli hadith di Hijjaz ialah sa'id Ibnul Musayyab Al Makhzumi, Urwah Ibnul Zubair, Salim bin AbduLlah bin 'Umar, Sulaiman bin Yasar, dan Nafi' budak AbduLLah bin 'Umar RadiyaLLahu anhum. Pada umumnya penduduk Hijjaz dan sekitarnya taqlid kepada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra'yu di Iraq ialah AlQamah bin Qais an Nakha'i. Masruk bin Ajda' Alhamdani Ibrahim bin Zaid An Nakha'i dan Sa'id bin Jubair RadiyaLlahu anhum. Sebahagian besar penduduk Iraq dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Di antara tokoh kedua-dua mazhab ini terjadilah diskusi dan perdebatan hebat pada suatu saat. Tetapi di kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatannya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak mempedulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa sahaja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggungjawab bagi orang-orang yang ***** (awam).
***
Sekiranya digunakan hujjah penulis di atas untuk menyatakan ikut mazhab adalah DICELA dan DILARANG, maka umat Islam yang mengikut fatwa para sahabat, juga ulamak dan umat Islam yang mengikut mazhab pada zaman tabi'en dan tabi'ut tabi'en semuanya adalah DICELA dan BERDOSA jika mengikut 'fatwa batil' dari Hairi Nonchi tersebut. Dan ia tidak terkecuali kepada majoriti Umat Islam yang mengikut empat mazhab yang muktabar di dunia Islam ketika ini seperti Mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.
Bukan itu sahaja, bahkan yang amat dahsyat dua dalil ayat al Quran di atas yang dipergunakan oleh Hairi Nonchi sebenarnya merujuk kepada orang kafir musyrik yang tidak mendapat petunjuk dan mendustakan para Rasul. Persoalannya di sini adakah Ulamak dan Umat Islam yang mengikut mazhab sehingga kini tidak mendapat petunjuk dan mendustakan para Rasul ?
p/s : Setelah kami dedahkan kebatilan penulis buku agama yang amat ekstrim ini (sebenarnya masih banyak lagi buku berfahaman ekstrim seperti ini yang diterbitkan syarikat buku di Malaysia di luar sana) Adakah kita akan terus membiarkan keadaan ini berlaku tanpa mengambil apa-apa tindakan ? Dan kita merelakan Umat Islam yang tidak bersalah terus membaca dan terpengaruh dengan fahaman yang batil ini ?
Sumber

Last edited: