BTC USD 77,978.6 Gold USD 4,368.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread Close.

Status
Not open for further replies.
Apalahh ingat dapat informasi bila masuk xde isi.. Keparettt..

Keparet? Takda isi? Di page pertama saya sudah letak link tentang2 isu2 dalam page ni. Ke buat2 tak nampak? Sila klik. Fikir dulu sebelum berkata2.

Jangan malas.
 
Apalahh ingat dapat informasi bila masuk xde isi.. Keparettt..

Nah,sila baca. Rajinkan diri.

Isu kedua : Hati-hati! Jangan Membeli Buku Agama Yang Membawa Fahaman Pelampau.[klik utk ke page tersebut]

Isu ketiga: Wahhabi Suka Mengkritik Tetapi Tidak Suka Dikritik[klik utk ke page tersebut]

Isu keempat: Mufti Kedah: Kami Tak Mahu Fahaman Wahabi (Fathul Bari & Dr.Asri)[klik utk ke page tersebut]

Isu kelima: Benarkah Mufti Kedah Menfitnah Dr.Asri? [klik utk ke page tersebut]

Isu keenam: Cerita tentang Persidangan Dajjal [klik utk ke page tersebut]
 
Kalau benar "lihat pada apa yg diperkata bukan kepada siapa yg berkata¨ maka tak timbullah isu wahabi. Sebab wahabi tulin pun adakala benar adakala salah dan memang akan wujud perbezaan pendapat.

Mana2 ilmuan atau pakar debat sekalipun kalau tidak dibincang isu demi isu. Kupasan demi kupasan. Berbanding keluarkan semua hujah sekaligus kemudian cop wahabi. Pasti kalah. Maka diam itu lebih baik kerana tiada hujah yang boleh menang jika disertai sangkaan.

Sudah melihat semua hujah dari yg dituduh? Adakah semua pendapat beliau boleh ditolak. Atau semua boleh diterima. Pasti ada pro dan kontra. Tak sanggup berdebat dalam thread ni sebab perlu banyak masa untuk buat kajian berkaitan empunya diri yg terlibat. Salah cakap tentang orang dah tentu jadi dosa sedangkan diri hanya setahun jagung dalam memerhati setiap kata2 insan yg terlibat. Sedangkan kita belum kenal sepenuhnya siapa orang yg kita perkatakan.

Harap ubah kaedah perbincangan dengan mengemukakan setiap perbincangan dengan lebih fokus kepada 1 isu berbanding terus kepada kesimpulan "wahabi". Isu demi isu. Cara begitu lebih memberi peluang untuk mencari kebenaran. Saya pun tengah memerhati setiap ucapan dr Asri benarkah beliau wahabi. 80 peratus ucapan beliau hampir sama dengan mazhab syafii. Adakah baki 20peratus dalam perbezaan pendapat melayakkan beliau digelar wahabi. Siapakah ulamak yang berani berdebat dengan beliau? Kalau ada semoga dipercepatkan supaya kita tidak perlu label melabel.
 
Kalau benar "lihat pada apa yg diperkata bukan kepada siapa yg berkata¨ maka tak timbullah isu wahabi. Sebab wahabi tulin pun adakala benar adakala salah dan memang akan wujud perbezaan pendapat.

Mana2 ilmuan atau pakar debat sekalipun kalau tidak dibincang isu demi isu. Kupasan demi kupasan. Berbanding keluarkan semua hujah sekaligus kemudian cop wahabi. Pasti kalah. Maka diam itu lebih baik kerana tiada hujah yang boleh menang jika disertai sangkaan.

Sudah melihat semua hujah dari yg dituduh? Adakah semua pendapat beliau boleh ditolak. Atau semua boleh diterima. Pasti ada pro dan kontra. Tak sanggup berdebat dalam thread ni sebab perlu banyak masa untuk buat kajian berkaitan empunya diri yg terlibat. Salah cakap tentang orang dah tentu jadi dosa sedangkan diri hanya setahun jagung dalam memerhati setiap kata2 insan yg terlibat. Sedangkan kita belum kenal sepenuhnya siapa orang yg kita perkatakan.

Harap ubah kaedah perbincangan dengan mengemukakan setiap perbincangan dengan lebih fokus kepada 1 isu berbanding terus kepada kesimpulan "wahabi". Isu demi isu. Cara begitu lebih memberi peluang untuk mencari kebenaran. Saya pun tengah memerhati setiap ucapan dr Asri benarkah beliau wahabi. 80 peratus ucapan beliau hampir sama dengan mazhab syafii. Adakah baki 20peratus dalam perbezaan pendapat melayakkan beliau digelar wahabi. Siapakah ulamak yang berani berdebat dengan beliau? Kalau ada semoga dipercepatkan supaya kita tidak perlu label melabel.

Saudara dah baca dan tengok yang ini?

1. Muhasabah Untuk Dr Asri - link di bawah (artikel fitnah, pengkafiran, penyesatan, penghinaan terhadap Mazhab Asy Syafie, terhadap ulamak dan umat Islam dijawab oleh alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia)

- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0(sila klik)

Contoh fitnah terhadap asatizah :

- http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw

2. Garis Panduan Masjid di Perlis semasa menjadi mufti yang melarang umat Islam melaksanakan sunnah yang ada jelas sandaran dari al Quran dan As Sunnah

1465292_568730836525395_481615639_n.jpg


- https://www.facebook.com/photo.php?...110005.-2207520000.1385162861.&type=3&theater

3. Menghina ulamak dan memfitnah seperti Syeikh Jaafar al Barzanji dan banyak lagi (Mufti Mazhab Asy Syafie di Madinah)

- http://www.youtube.com/watch?v=GofHeogy6O0

4. Memfitnah sekolah pondok :

http://www.youtube.com/watch?v=yY0UJ77s0sc

5. Pendapat Fathul Bari kepada umat Islam yang membaca sodaqallahul 'azim selepas membaca al Quran.

http://www.youtube.com/watch?v=-mhLA71tFlE

6. Fathul Bari menyatakan asya'iroh termasuk dalam firqah sesat.
http://www.youtube.com/watch?v=wlMT5Ywn94s

Anda nilai sendiri.[/QUOTE]
 
Kalau benar "lihat pada apa yg diperkata bukan kepada siapa yg berkata¨ maka tak timbullah isu wahabi. Sebab wahabi tulin pun adakala benar adakala salah dan memang akan wujud perbezaan pendapat.

Mana2 ilmuan atau pakar debat sekalipun kalau tidak dibincang isu demi isu. Kupasan demi kupasan. Berbanding keluarkan semua hujah sekaligus kemudian cop wahabi. Pasti kalah. Maka diam itu lebih baik kerana tiada hujah yang boleh menang jika disertai sangkaan.

Sudah melihat semua hujah dari yg dituduh? Adakah semua pendapat beliau boleh ditolak. Atau semua boleh diterima. Pasti ada pro dan kontra. Tak sanggup berdebat dalam thread ni sebab perlu banyak masa untuk buat kajian berkaitan empunya diri yg terlibat. Salah cakap tentang orang dah tentu jadi dosa sedangkan diri hanya setahun jagung dalam memerhati setiap kata2 insan yg terlibat. Sedangkan kita belum kenal sepenuhnya siapa orang yg kita perkatakan.

Harap ubah kaedah perbincangan dengan mengemukakan setiap perbincangan dengan lebih fokus kepada 1 isu berbanding terus kepada kesimpulan "wahabi". Isu demi isu. Cara begitu lebih memberi peluang untuk mencari kebenaran. Saya pun tengah memerhati setiap ucapan dr Asri benarkah beliau wahabi. 80 peratus ucapan beliau hampir sama dengan mazhab syafii. Adakah baki 20peratus dalam perbezaan pendapat melayakkan beliau digelar wahabi. Siapakah ulamak yang berani berdebat dengan beliau? Kalau ada semoga dipercepatkan supaya kita tidak perlu label melabel.

http://www.youtube.com/watch?v=GofHeogy6O0

Cuba lihat kenyataan Dr Asri yang menghina Sayyid Ja'far al Barzanji :


Saya bukan nak complain.BARZANJI saya complain ..ni complain kan ne.BARZANJI tu bukan dia tu satu orang yang hebat sangat.Bukan BERZANJI...BAARZANJI(intonasi suara perli loghat India/Pakistan/Afgahnistan)Jaafar Albarzanji.

Cuba dengar intonasi suara beliau yang jelas-jelas memperlekehkan Mufti Mazhab Syafie di Madinah al Munawwarah.

Siapakah Sayyid Ja'far al Barzanji yang diperlekehkan oleh Dr Asri ini ?

Keturunan dan Kelahirannya :

Nama beliau ialah Ja'afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib.

Tarikh Kelahiran

Pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 Hijrah di Madinah al Munawwarah

Perkataan 'Barzanji' yang dinisbahkan kepada namanya diambil dari nama kampung asal keturunannya.

Latar Belakang Pendidikannya

Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu

2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu

3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu

Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari

2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi

3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi

2. Sayyid Ahmad al Tobari

3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi

4. Sayyid Mustafa al Bakari

5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.

Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari

Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada

2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada

3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada

4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada

5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada

6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada

7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada

8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada

9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada

10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada

11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada

12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada

13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada

Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.

Sanad Sohih Muslim

Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada

2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada

3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada

4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada

5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada

6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada

7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada

8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada

9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada

10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada

11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada

12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada

13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada

14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada

15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Hubungan Sosial

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.

Akhlaknya

Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :

سقى الفاروق بالعباس قدما
و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك وسيلة لهم وهذا
وسيلنا إمام العارفينا

"Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"



Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :
Quote

اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون

Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."




Sila lihat di dalam Kitab Syifa' al Saqqam karangan Syeikh Taqiyuddin al Subki H:171.

Kewafatannya

Beliau wafat pada Hari Selasa selepas Asar 4 Sya'ban 1177 Hijrah.

Sumber Rujukan: Haji Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan 8, Cet Pertama 2008, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Malaysia.
 
Tanggapan Artikel Kembara Ilmu ke India - Dr. Maza


Assalamu'alaikum WarahmatuLLahi Wa Barokatuh,

Saya pernah terbaca artikel yang dikeluarkan dari laman web DrMaza.Com bertajuk : Kembara Ilmu Ke India..http://drmaza.com/home/?p=592. Di dalamnya terdapat fitnah yang dilontarkan oleh penulisnya terhadap pengikut tarekat, sekolah pondok dan pelajarnya. AlhamduliLlah terdapat seorang asatizah yang juga mengesan tuduhan tersebut dan telah menjelaskan di dalam blognya, silalah baca dengan tenang dan buka minda untuk memahaminya. Di sini saya lampirkan tulisan asatizah berkenaan di sini :

Oleh : Ustaz Ayman Al Akiti

Pembetulan Terhadap Fitnah yang Menimpa Pengajian Pondok

Pada pagi ini, saya dengan keadaan pening kepala berusaha untuk menghilangkannya dengan mem-browse around di Internet. Tanpa disengaja, saya membuka laman web Dr. Mohd Asri. Di dalamnya, saya membaca artikelnya tentang perjalananya ke India yang menurutnya telah dilakukan hampir satu bulan.

Terus terang, dalam artikel itu saya membaca semangatnya yang berusaha mengembangkan ideologinya dengan menggunakan ulama-ulama Aswaja (ahli sunnah wa al-Jama’ah) yang bermazhab akidah `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah, yaitu ulama-ulama hadis Doeband, India. Asri seakan-akan mengatakan ulama-ulama India tersebut memiliki ideologi yang sama dengan Asri yaitu melawan bid’ah dan prakek-praktek tarikat yang dianggap telah jatuh kufur.

Asri juga berusaha untuk merubah nama laqab bagi golongannya (wahabi/salafi) dengan berbagai claim. Dalam hal ini, saya pernah membaca artikel Asri tentang penamaan Wahabi bagi dirinya sebagai sebuah yang tidak ilmiah dan macam-macam lagi. Semua ini saya akan berusaha memberi pandangan dari sisi pesantren salaf Jawa.

Selanjutnya, yang lebih memilukan dan membuat saya hendak menulis dengan terpaksa (padahal saya sudah berazam hendak meninggalkan segala polemik discussion semester ini sebab saya hendak selesaikan skripsi saya dengan baik dan lancar) adalah kata-kata Asri seolah-olah pengajian pondok (tradisi pesantren) tidak membawa pada perkembangan ilmu, dan hanya akan menjadikan para murid taksub, jumud, kampungan, dan lain-lain yang dapat kita tafsirkan sendiri.

Padahal, saya telah duduk di Pondok Pesantren Salaf (traditional bukan salafi/wahabi) yang beraliran `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah selama 12 tahun lamanya. Secara jujur saja, justru dengan ini, saya bahkan tidak taksub, jumud, kampungan, dan lain-lain yang negatif yang menuju kepada kemunduran. Saya sendiri selalu menunjukkan di campus saya bahwa budak pondok traditional pun dapat bersaing secara academic, open minded, internationaly, dan tidak ketinggalan sifat wara’ yang menjadi syarat sebagai seorang perawi hadis tsiqah yang mana menjadi bidang ilmu Asri sendiri.
 
Tuduhan Amalan Tarikat yang Menjurus kepada Kekufuran

Dalam hal ini, Asri menulis sebagai berikut:

Quote
“bahkan ada membawa menjadi begitu sesat bahkan juga sebahagiannya terkeluar dari daerah Islam kepada daerah kufur. Ada sejumlah banyak yang mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Masjid-masjid mereka ini ditulis di pintu masjid sebagai ganti Basmalah (Bismilah) ”.



Dari kata-kata ini, Asri seolah-olah sangat membenci amalan 786 tersebut sehingga mengelompokkan perkara tersebut bagian dari kekufuran. Saya terus terang, saya belum pernah membaca dalil hukum perkara ini. Tapi saya juga tidak ingin memvonis kufur, kerana setahu saya; amalan sebagian ahli hikmah dengan membuat azimat yang tuliskan nombor adalah gantian dari lafaz-lafaz yang berbahasa Arab sebagai tafa’ulan. Ia juga berguna bagi azimat yang bertuliskan ayat al-Qur’an agar dapat masuk ke dalam tandas, maka ia digantikan dengan nombor. Walau bagaimanapun, saya terus terang memang belum menemukan dalil yang memperbolehkannya, begitu juga yang melarangnya (kerana saya belum pernah terlintas mencarinya), hanya saja saya dapat membagi masalah ini kepada dua pendapat;

1) yang melarangnya: seperti Kyai Haji Thoifur, Purworejo Jawa Tengah (Ulama hadis, tafsir, fiqh, alat, sejarah, tasawwuf, dan macam-macam lagi Jawa Tengah alumni Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki) dengan alasan takut terjadi tahrif/tabdil terhadap al-Qur’an, tapi beliau pun tidak berani memvonis kafir.

2) yang memperkenankannya (tapi tidak mensunatkan) Kyai Haji Abdul Hannan Maksum, Kwagean-Pare-Kediri (seorang ulama ilmu nahwu, fiqh, usul, tauhid, hadis, tasawwuf dan llmu hikmah & thibb alumni Kyai Akbar saya yaitu al-Marhum Syaikh Zamroji al-Mursyid al-Kinjany). Salah satu hujjah yang saya menemuinya adalah amalan Ulama Agung kita Hujjat al-Islam Muhammad bin Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya yaitu al-munqidz min al-dlalal p. 79 (Majmu’ah Rasail al-Imam al-Ghazali vol 7; al-Dar al-Kutub al-Ilmiyyah). Dalam kitab tersebut Imam Ghazali menyuruh untuk melukis rajah (seperti dibawah ini) dengan cara-cara tertentu bagi memudahkan bayi yang akan lahir. Berikut gambar yang ditulis al-Ghazali:

RUJUK DI LINK INI : http://akitiano.blogspot.com/2009/04/tanggapan-artikel-kembara-ilmu-ke-india.html
 
Apakah al-Ghazali terus menjadi kafir? Perlu diketahui al-munqidz min al-dlalal adalah kitab muta’akhir al-Ghazali. Saya bukan memperkenankan penulisan tersebut, saya hanya tidak berani hendak mengkafirkan. Saya juga tidak berani menguhukumi secara ilmiah kerana saya belum pernah membacanya. Pendapat ini saya kemukakan hanya sekadar pertimbangan dan iktibar kita semua apakah semudah itu mengkafirkan orang?

Asri menambah lagi:

Quote
“Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separuh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama’ah Tabhligh di Nizamuddin. ”


Saya terkejut dengan pernyataan ini. Jujur saja, saya memang tidak tahu hakikat Bralewi dan kaitannya dengan penglibatan muslimin di India yang mencapai separuh itu? tapi penyembahan kubur tokoh-tokoh tarekat adalah sebuah fitnah. Di dalam ilmu tarekat, kami tidak pernah sekali-kali mengajarkan agar menyembah selain Allah SWT. Dalam ilmu tarekat, kami selalu mengajarkan untuk berzikir mengingat Allah dan meletakkan Allah sebagai Dzat yang telah menjadikan sekalian alam dan tiada sekutu dengan-Nya. Mungkin claim yang diberikan Asri adalah praktek seperti membaca doa dan menyampaikan hajat di depan kubur dengan mengangkat tangan ke atas seperti halnya orang berdoa ketika selesai solat. Jujur saja, praktek ini tidaklah salah di dalam Islam, kerana ia adalah bagian dari tawassul. Sedangkan hukum tawassul adalah dibenarkan menurut mayoritas ulama yang tidak perlu saya jelaskan hukumnya kerana telah banyak ulama yang mengukuhkannya (Lihat: Mafahim Yajib an Tushahhah, Muhammad bin Alawi al-Maliki).

Adalah kurang adab kalau saya mempanjangkan pembahasan ini dengan dalil-dalil tawassul, kerana ia hanya akan menghasilkan sesuatu yang hasil (تحصيل الحاصل). Kalau yang dimaksud adalah bacaan al-Qur’an dan tahlil untuk diperhadiahkan kepada guru-guru tarekat yang telah meninggal sebagai amalan yang sesat, maka Imam Ibn Qayyim dalam kitab al-Ruhnya (p. 13, Dar al-Kutub al-Ilmiah) telah berkata:
“Telah disebutkan dari sekolompok ulama salaf bahwa mereka berwasiat agar dibacakan al-Quran di kuburan mereka setelah dimakamkan. Abdul Haq berkata diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar memerintahkan untuk dibacakan surah al-Baqarah di kuburannya. Imam Ahmad pada mulanya mengingkari hal tersebut kerana belum mendengar informasi dari ulama salaf namun kemudian ia menyetujuinya. Al-Khallal berkata dalam kitab al-Jami’…ayahku berkata apabila aku meninggal letakkanlah aku……TERUSKAN SENDIRI ”.

Kalau yang dimaksud dari Asri adalah praktek mereka yang memegang kuburan dan menciumnya demi tabarruk sebagai sebuah praktek penyembahan, maka saya akan menjawab: tersebut dalam kitab al-Ajwibah al-Ghaliyyah p. 85:

س: ما حكم التمسح بالقبور وتقبيلها ؟ ج: الحكم في ذلك عند أكثر العلماء مكروه فقط وفال بعضهم إنه مباح وجائز للتبرك ولم يقل أحد بتحريمهما . س: ما الدليل على جواز ذلك ؟ ج: لأنه لم يرد فيه نهي من الشارع ولا قام الدليل على المنع وقد روي "أن بلالا لما زار المصطفى صلعم جعل يبكى ويمرغ خديه على القبر الشريف" وأن ابن عمر كان يضع يده اليمنى عليه ذكر ذلك الخطيب ابن جملة – إلى أن قال – وثبت عن الإمام أحمد بن حنبل أنه سئل عن تقبيل قبر النبي صلعم فقال لا بأس بذلك ذكره السمهودي في (خلاصة الوفا).


Kalau masalah solat atau sujud kepada kubur, saya terus terang, tidak pernah terlintas di dalam benak kami dan guru-guru kami melakukannya. Malah kami tau perkara tersebut haram seperti yang diutarakan Ibn Hajar dalam kitab al-Zawajir. Tapi Asri juga perlu tahu, sangat jarang atau saya sendiri belum pernah jumpa ada orang sufi yang melakukannya. Cubalah pergi ziarah ke makam wali song (wali 9) di Jawa seperti Sunan Ampel, Bonang, Giri, dan lain-lain. Apakah ada orang solat atau sujud? Yang ada hanya membaca al-Qur’an, tahlil, berdoa atau tawassul kepada mereka. Mungkin saja Asri melihatnya sewaktu di India, tapi Asri perlu tau, orang yang melakukannya mungkin juga bukan ahli tarekat. Jadi sebaiknya jangan menfitnah ahli tarekat menyembah kuburan. Dan perkara ini jarang berlaku, sebagaimana sebuah kaedah

“sesuatu yang jarang itu seperti halnya tidak ada”.
 
Selanjutnya Asri berkata:

Quote
“Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat”.



Dalam statement ini, saya memahami bahwa yang dimaksud oleh Asri perbuatan tersebut adalah haram dan dapat menjurus kepada kekafiran. Ini dari muqtadlal kalam yang disusun oleh Asri.

Dalam hal menabur bunga dan air wangi, Ulama Nusantara Imam Nawawi Banten berkata di dalam kitab Nihayat al-Zain p. 154:
Quote
“Disunnahkan mensiram kuburan dengan air yang dingin kerana tafaulan dengan kedinginannya. Dan tidak apa-apa dengan sedikit dari air bunga, kerana malaikat suka dengan bau yang wangi”.


Hujjah ini dikuatkan dengan hadis dari Sahih Bukhari :

“مر النبي صلى الله عليه وسلم بحائط من حيطان المدينة أو مكة فسمع صوت إنسانين يعذبان في قبورهما فقال النبي صلى الله عليه وسلم يعذبان وما يعذبان في كبير ثم قال بلى كان أحدهما لا يستتر من بوله وكان الآخر يمشي بالنميمة ثم دعا بجريدة فكسرها كسرتين فوضع على كل قبر منهما كسرة فقيل له يا رسول الله لم فعلت هذا قال لعله أن يخفف عنهما ما لم تيبسا أو إلى أن ييبسا”.

Inilah titik kejumudan seorang yang terlalu benci dengan orang yang bertawassul sehingga kadangkala apabila melihat praktek yang tidak masuk akal, langsung memvonis bid’ah atau syirik sekalipun.
 
Surat dari Ulama Hadis Dr. M. Abu al-Laits yang Mengajar Di UIA

Surat dari Ulama Hadis Dr. M. Abu al-Laits yang Mengajar Di UIA


Asri berkata

Quote
“Saya dan sahabat saya pergi ke India membawa surat sokongan peribadi daripada guru hadith Ph.D kami, Dr. Muhammad Abul Laith al-Khair Abadi, pengarang kitab Takhrij al-Hadith, `Ulum al-Hadith bain al-Asalah wa al-Mu`asarah dan lain-lain. Beliau juga berasal dari India, pernah belajar di Deoband dan mendapat Ph.D dari Umm al-Qura, Mekah”.


Terus terang, saya kenal dengan siapa Abu al-Laits tersebut. Rumah nenek saya yang mana Ibu dan Bapa saya sedang tinggal di sana kerana menjaga nenek yang sudah uzur berada hanya 100 meter dari rumah Abu al-Laits di daerah Gombak. Setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya akan tinggal di Gombak, tidak di rumah ibu bapa saya yang berada di Damansara. Syaikh Abu al-Laits adalah seorang yang alim dalam ilmu hadis. Beliau sangat ilmiah dan jujur dengan ilmunya. Tapi Asri harus tahu, Abu al-Laits sendiri seorang yang berpegangan kuat pada akidah al-Mathuridiyyah yang ditolak oleh puak-puak seperti Asri atau Wahhabi. Malah guru besar golongan Wahhabi/salafi atau apapun nama mereka dan ingin disebut atau panggil oleh mereka menetapkan bahwa `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah adalah golongan yang sesat! (Lihat: al-Tauhid, Shalih Fauzan al-Fauzan, vol. 1 P. 104-105; cetakan Kuliyyah al-Mu’allimin al-Islamiyyah, Gontor Ponorogo).

Pegangan ini saya dengar sewaktu saya menemuinya di UIA setelah beliau membacakan kitab Fath al-Bari Syarh Bukhari. Bukti tertulis adalah Abu al-Laits telah menerjemahkan sebuah kitab tentang cara yang disunnahkan untuk bermushafahah ke dalam bahasa Arab yang bernama “الطريقة المسنونة للمصافحة بين الرجال”. Dalam mukadimah kitab tersebut, Abu al-Laits memula perkataan beliau dengan “الحمد لله الذي خلقنا وهدانا للإسلام والصلاة والسلام على سيد الأنام”. Di sinilah beliau berkata “سيد الأنام”. Padahal menurut puak Asri (Wahabi/salafi) bahwa ini dilarang (Lihat: al-Tauhid, Shalih Fauzan al-Fauzan, vol. 3 P. 104-105; cetakan Kuliyyah al-Mu’allimin al-Islamiyyah, Gontor Ponorogo).

Oleh itu, menurut sahabat saya yang juga keluaran madrasah hadis di Pakistan mengatakan bahwa Abu al-Laits pada dasarnya menolak Dr. Asri ini. Hanya saja ini sebuah riwayat yang belum saya tanyakan ke Abu al-Laits, dan akan saya klarifikasikan kepada Beliau. Satu hal yang sangat mengeli hati adalah Abu al-Laits menolak keilmuan Nashiru al-Din al-Albani. Bagaimana pula dengan kata-kata Asri di petikan

“Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis di dalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Inilah adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya”.
Ternyata seorang yang dikagumi Asri yang juga ahli hadis juga menolak al-Albani!!!!


Tuduhan Asri Terhadap Pelajar Pondok (Inti dari Tulisan Saya)

Seperti kata-kata Asri di atas, ditambah lagi dengan

Quote
“Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”


Kata-kata ini sangat memilukan hati saya dan penuh pahit dan perih seperti saya ditampar di telinga dan pipi serta ditusuk hati saya. Akan tetapi, ini semua adalah fitnah belaka!! Fitnah semata-mata! Asri wajib meminta maaf dan ziarahlah pondok-pondok di daerah Jawa dan Madura! Saksikan sendiri!. Berikut ini hujjah saya dalam menolak kata-kata Asri:

1- Asri mengatakan bahwa kesalahan besar bagi si fulan dari Kelantan yang lulus pondok tersebut menganggap al-Albani tidak boleh dianggap ulama hadis sebab karena tidak menghimpun sanad. Asri menganggap ini adalah ke*****an budak pondok, kerana ia cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya. Terus terang, bagi saya Asrilah yang salah, kerana al-Albani telah masuk dalam bab yang bukan keahliannya. Mungkin benar kata-kata ulama India yang mengatakan sekarang sudah tidak diperlukan lagi pengajian sanad, kerana ulama Hadis seperti Bukhari dan lain-lain telah mengemukakan sanad mereka, maka tradisi ijazah adalah sebagai tabarruk saja. Akan tetapi, Asri salah dalam membela al-Albani, kerana al-Albani-lah orang yang telah melakukan sesuatu yang bukan ahlinya. Dia jugalah yang telah meneliti sanad-sanad padahal – seperti kata-kata ulama hadis India – sanad-sanad telah selesai/tuntas dinyatakan oleh ulama Hadis sebelumnya. Dan akhirnya apa yang terjadi, al-Albani telah dengan mudahnya melemahkan satu perawi akan tetapi di dalam kitab yang sama ia mensahihkannya. Ini menunjukkan al-Albani bukanlah orang yang Alim dalam ilmu hadis. (Lihat kitab Tanaqud al-Albani dan bandingkan dengan kitab asal al-Albani, baru diketahui secara ilmiah dan ini ilmiah juga).

Selain dari itu, Asri juga harus tahu, al-Albani telah mentarjih (tashih dan tadl’if) hadis-hadis dengan tanpa memenuhi syarat. Padahal al-Albani tidak hafal hadis, sedangkan syarat menta’dil harus hafal seperti kata imam al-Suyuthi “وخذه حيث حافظ عليه نص # أو من مصنف بجمعه يخص”. Jadi apa yang menjadi kata-kata budak pondok Kelantan tersebut adalah berdasar dan dapat dibenarkan. Lebih-lebih lagi, bukan budak tersebut sendirian saja yang berpendapat sedemikian. Ulama Hadis di Madinah; Muhammad Awwamah di dalam kitabnya Atsar al-Hadis al-Syarif p. 51 juga menegaskan yang sama. Ia menetapkan kejahilan al-Albani dengan sebuah riwayat yang lucu apabila dibaca. Mungkin Asri salah memahami kata-kata ulama Hadis India tersebut, kerana mungkin saja Asri tidak mengerti bahasa Urdu atau Arab dialek India (kerana yang saya jumpa bahasa Arab India kadangkala agak sedikit berbeza uslubnya dengan di Arab walaupun tidak salah dari segi nahwu).

Bagi saya, seperti apa yang diajarkan oleh ulama hadis saya, dan salah satunya adalah Ustaz Fahmi Zamzam (alumni madrasah al-Nadwah, India dan Muhammad bin Alawi al-Maliki) yang saya sempat mengikuti acara khataman kitab al-Awail al-Zamzamiyah bahwa dalam menetapkan hadis tersebut sahih, dan daif serta hasan atau tidak sudah tidak diperlukan lagi, kerana ia sudah dinyatakan oleh ulama Hadis yang lebih alim terdahulu. Jadi yang salah di sini justru al-Albani, seorang yang dikagumi Asri serta kuncu-kuncunya.

2- Kata-kata Asri

Quote
“Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget”


adalah yang memilukan. Apakah Asri tidak tahu bahwa menuntut itu perlu waktu yang lama? Dan juga memerlukan kepayahan. Tapi tidak ada di dalam Pondok mana-mana yang menuntut untuk semua pelajar kene pakai lampu minyak? Tidak ada yang menuntut pelajar kene duduk di pondok yang kumuh, dan senget (mereng atau dah nak runtuh). Justru ini membuktikan Asri berbicara tanpa tahu apa yang terdapat di Pondok. Kalau saja dia pergi ke Kelantan dan lihat bagaimana megahnya Pondok al-Rahmaniyah, Lubuk Tapah? Cobalah pergi ke Pondok Salaf Sidogiri yang kaya raya itu? Cuba lihat bagaimana megahnya pondok al-Fitrah Kedinding Surabaya yang luas di dalam kota Surabaya? Atau marilah melawat Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong, Pare, Kediri yang bersih! Semua pondok ini telah mengeluarkan ulama-ulama besar yang jauh lebih hebat dari seorang Asri. Lubuk Tapah dipimpin oleh Tuan Guru haji Abdullah yang sewaktu masih hidupnya banyak ulama Arab sendiri datang menziarahinya (sayyid Muhammd bin Alawi al-Maliki, habib Umar, Kyai Ihya’ Ulumuddin, Sayyid Gibril, dan lain-lain). Mereka semua meminta ijazah dari Tuan Guru tersebut (Apakah ada ulama dari Arab datang menemui Asri dan meminta ijazah darinya?). Pondok Pesantren Lirboyo telah mengeluarkan lebih dari 50 kader ulama masa depan setiap tahunnya. Salah satu alumninya adalah Kyai Maimun Zubair, Sarang Jawa Tengah. Kyai Maimun seorang yang alim dalam semua bidang ilmu agama. Kalau Asri tidak percaya datanglah melawatnya dan berdiskusilah dengannya. Beliau dapat membahas lebih dalam dan lebih ilmiah dari Asri.

3- Sedangkan kata-kata Asri

Quote
“Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”


Itu adalah kalam yang fasid sefasid-fasidnya. Kebanyakan pondok-pondok sangat senang diziarahi ulama besar dari Arab seperti Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Apakah Sayyid Muhammad bukan dari golongan ulama Arab? Justru Asri salah dengan kata-kata “bahasa melayu sankrit lama”, kerana kalau Asri pergi ke Pondok-pondok yang ada di Jawa, semua kitab yang dikaji dari kelas bawah yaitu pelajaran Awamil Jurjani sampai ke kitab Uqud al-Juman yang mungkin Asri belum pernah baca sekalipun memakai kitab yang berbahasa Arab. Dan di Pondok melayu lama pun tidak mempertikaikan apakah menggunakan kitab melayu atau arab? Yang penting faham dan khatam. Jangan baca sekerat-sekerat saja. Perlu Asri tau, murid-murid lulusan pesantren/pondoklah yang justru berjaya dan mendapatkan 1st class honor kalau dia masuk ke university. Menurut dosen saya, kalau di Saudi sekalipun (University Saud Riyadl tempat beliau study), kalau ada yang dapat mumtaz dari Asia, maka ia adalah seorang anak pondok salaf Nahdlatul Ulama. Herankan? Seorang `Asya’irah berjaya di University Wahabi??
Nama Laqab Wahabi bagi Puak Asri CS.

Dalam artikel ini dan juga artikel yang pernah saya baca, Dr. Asri sangat menolak pemberian nama Wahabi kepadanya, ia mengatakan Muhammad bin Abdil Wahhab adalah seorang yang alim dan murni memperjuangkan akidah yang suci. Saya jujur sahaja, sebenarnya saya tidaklah perduli dengan nama Wahabi tersebut, yang terpenting adalah apakah ia memiliki ideologi seperti golongan-golongan yang mereka anut itu yaitu seperti Bin Baz, Utsaimin, al-Albani, Shalih Fauzan al-Fauzan dan lain-lain yang dengan mudah membid’ahkan yang sesat terhadap majority amalan umat muslim di dunia, mulai dari bertaklid dan bermazhab, bertawassul, bertarekat, ziarah kubur dan lain-lain. Ideologi tersebutlah yang menjadi tujuan dari laqab wahabi, bukan semata-mata nama yang menjadi tujuan. Ok lah, kalau mereka tidak ingin disebut wahabi, maka saya dengan suka rela menyebut mereka dengan salafi seperti claim mereka itu sendiri yang menyebut salaf al-shalih. Tapi saya dengan tegas berpendapat ideologi tidak boleh lari walaupun nama berubah. Dan nama salaf al-shalih di sini bukanlah salaf al-shalih yang dimaksud dalam kitab-kitab salaf seperti Imam al-Syafi’I dan lain-lain, kerana Imam al-Syafi’I misalnya selalu bertawassul dengan Abu Hanifah setelah meninggalnya (Lihat: Tarikh Baghdad, vol. 1 p. 123). Akan tetapi, golongan Asri menolak tawassul dan mengharamkannya? Bagaimana dengan Syafi’i?? Syirikkah dia??

Pengakuan Mazhab Syafi’I, bukan Berarti Menolak Sunnah!

Dalam statement yang jelas dan penuh muslihat, Asri berkata “

Quote
Di tempat kita juga demikian, golongan yang membuat amalan-amalan yang tidak benar pada nilaian al-Quran dan al-Sunnah akan membela diri dengan menyatakan ini adalah mazhab Syafi`i dan menuduh golongan yang menegur mereka sebagai wahabi. Ternyata mereka menggunakan modal yang sama. Kebanyakan perkara yang mereka dakwa sebagai mazhab Syafi`i, tidak pernah pun disebut al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi`i r.a.. Bahkan di kalangan mereka ada yang tidak pernah membaca al-Umm karangan fiqh beliau, atau al-Risalah dalam usul fiqh dan hadith”.


Masalahnya, apakah amalan Asri sudah benar-benar sesuai al-Qur’an dan Sunnah Nabi? Mereka dengan mudahnya mengatakan kami yang bertentangan pada dua sumber Islam tersebut. Mereka juga menganggap amalan kita tidak sesuai dengan pendapat Imam al-Syafi’I sendiri.

Contoh hujjah mereka, kenapa melafazkan niat sewaktu solat? Padahal ia tidak diajarkan Imam al-Syafi’I sendiri? Mana hujjahnya dalam al-`Umm?

Saya cukup ketawa dan menilai pendapat mereka itu sangat lemah dan hanya berlindung pada apakah Imam Syafi’I berkata seperti itu? Terus terang! Kalau kita belajar mazhab Syafi’I, kita akan tau bahwa Imam Syafi’I ada dua mazhab yaitu qadim dan jadid. Ini disebabkan beliau berijtihad. Dan ijtihad seseorang itu boleh berubah sesuai dengan perkembangan ilmunya. Akan tetapi, ijtihad yang memiliki dasar tidak boleh dirusak dengan ijtihad yang baru walaupun memiliki dasar pula (الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد).

Begitu pula dengan mazhab Syafi’i. dalam hal melafazkan niat, memang Imam Syafi’I tidak menyebutkan secara sharih. Beliau bahkan tidak melarang secara sharih! Maka “عدم العلم نفي العدم” kalau tak tau bukan berarti tidak ada! Dalam kitab al-Majmu’ ditetapkan bahwa murid-murid beliaulah yang menganggap dan berijtihad bahwa melafazkan niat adalah sunnah kerana ia mengukuhkan niat dalam hati yang menjadi rukun dari sholat! Ini merupakan ijtihad muri-murid Syafi’i. apakah murid-muridnya bukan mujtahid juga? Padahal Imam al-Mawardi juga disebut dengan mujtahid mazhab! Imam Nawawi dan Rafi’I sebagai Mujtahid Fatwa! Belum lagi dari mazhab lain seperti Hanafi dan Hanbali yang juga menetapkan sunnah, kecuali Maliki yang menganggap ia makruh (tidak Haram)! (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, vol. 1 bab Sholat bagian niat; saya juga telah mengkaji dalam kitab asal mereka, dan ia telah ditetapkan seperti kata-kata Wahbah al-Zuhaily).

Jadi kesimpulan saya, apa yang dilakukan umat islam dengan mengklaim ia adalah mazhab Syafi’I itu adalah benar, kerana kitab-kitab muta’akhirin seperti minhaj al-thalibin, nihayat al-muhtaj, tuhfah, fath al-muin dan lain-lain tidak lain merupakan tarjih ulama Mazhab Syafi’I terhadap mazhab Syafi’I berdasarkan ilmu usuli dan qawaidi yang menjadi inti di dalam mazhab Syafi’i.

Pernyataan kami dari pondok tidak membaca kitab al-Umm dan al-Risalah adalah salah.

Mungkin saja benar kalau yang ditanya adalah budak pondok yang memang belum tahu apa-apa. Atau mungkin ustaz pondok yang class dia masih berada di bawah. Kalau Asri datang ke Jawa, saksikanlah bagaimana Kyai-Kyai yang academic membuktikan mazhab Syafi’I dengan berhujjah memakai kitab al-Umm dan konsep al-risalahnya dengan ilmiah! Saya sendiri dengan harapan doa dari semua pembaca dan orang lain dapat menyelesaikan skripsi saya tentang kajian penerapan usul fiqh syafi’I dalam al-risalah di dalam al-Umm itu sendiri. Amin…Amin….

Masalah pentarjihan pendapat yang kuat seperti kata-kata Asri, yang mana ia meninggalkan pendapat yang lemah walaupun dari Syafi’I, perlu dicermati. Apakah apabila Asri menetapkan ia lemah, berarti benar-benar secara hakiki pendapat itu lemah? Sehinggakan berqunut di waktu Subuh itu bid’ah? Kerana dalil lemah menurut Asri? Saya selama mengkaji dan mengaji dari kyai-kyai dan secara otodidak pun, selalu berusaha menilai sebuah dalil. Tapi selalu saya temukan, bahwa apabila ada tarjih, pasti dipandang satu sisi, sedangkan yang lain dari sisi yang lain pula. Hasilnya, khilaf. Maka apakah perbedaan sisi pandang membuat kita takfir dan tabdi’? tidak ada satu pun ulama salaf yang saya temu mentabdi’kan qunut yang dikeluarkan Imam Syafi’I dalam al-Ummnya. Di dalam dunia Pesantren, kalau seorang murid itu sudah sampai derajat ustaz, maka dalam membahas ia pasti selalu membandingkan antara qauli dan usuli. Dari sini kita dapat tahu, mengapa terjadi perbedaan pendapat antara ulama. (Sila datang ke program musyawarah kitab Mahali di Pondok Pesantren Lirboyo, Kediri).
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register