BTC USD 85,854.3 Gold USD 4,346.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Thread Close.

kalo amik kos ni, pastu plan nak buat suit ironman atau nak cipta macam2 benda baru, tu mimpi je la.. kat malaysia ni kita lebih kepada application engineer je... kecuali ko jadi lecturer, ok la ada masa untuk buat suit ironman kat lab...
 
belajar.janti blh buat bisness repair tv.radio. dan peralatan elektrik elektronik.
 
Rajin je? InsyaAllah. Cuma nak tahu perkara apakah yg perlu diberi perhatian supaya apabila belajar kos ni, tak kekok atau ketinggalan ketika belajar nanti sebab ambe ni vokasional belajar katering, bila fikir lama-lama. Minat kemahiran macam ni pula...

Cuma pengetahuan pasal mikroelektronik ni agak kosong. Apapun, terima kasih ye. :)

matematik nk kena kuat..itu saranan aku..elektronik byk mengira..
 
Bab elektronik bukan bidang aku...klau bab mekanikal manufacturing tu bidang aku...elektronik ni selalunya company besar je yg ada...mekanikal ni company kecik sampai besaq pun boleh cari...klau kilang besaq buang..boleh cari kilang kecik untuk survival...sekurangnya kita tak putus pengalaman...

Time aku kerja supervisor,aku x suka upah org yg ada diploma atau degree sebab depa suka lari bila dapat gaji mahai tang lain walaupun bukan bidang depa...aku suka upah org yg ada sijil je...pastu aku pernah upah seorang yg di kira otai dlam mekanikal..kerja dah 15 tahun siap gi training german...ingatkan cekap rupanya kerja cuma tekan butang je...program pun tak tau wat,troubleshoot pun tak reti...hari2 dok kena maki ngan aku....kesimpulannya...klau wat kerja,biarlah ikhlas sebab bila kita ikhlas berkerja nescaya Allah angkat darjat dan lembutkan hati bos kita untuk naikkan pangkat kita..klau org tu sembang bab ikhlas...hg tnya depa,"hg kerja terima arahan atau bagi arahan?"

Mencabar juga elektronik ni. Hmm..

Okeh. Dapat pengajaran daripada kisah ni. Kena belajar bersungguh2 la lepas ni. InsyaAllah. Saya, kalau bab terima arahan, insyaAllah saya boleh. Tapi kalau bab memberi arahan, saya tak pandai. :D

Risau sikit pasal syarikat besar je ada elektronik ni bak kata abg Zanuar. Mikroelektronik ni boleh bukak kedai tak bang? Baiki tv ke? :)
 
belajar.janti blh buat bisness repair tv.radio. dan peralatan elektrik elektronik.

InsyaAllah. Dalam fikiran pun duk fikir nak baiki benda-benda elektronik lah untuk kerja sampingan. Nampak macam berbaloi juga.

Terima kasih. :)
 

matematik nk kena kuat..itu saranan aku..elektronik byk mengira..

Matematik? Yang ni ambe lemah sikit. SPM pun C+ je. Alamaknya, kena hafal sifir lah dulu sebelum pergi ni. InsyaAllah.

Terima kasih bagi peringatan. :)
 
kalo amik kos ni, pastu plan nak buat suit ironman atau nak cipta macam2 benda baru, tu mimpi je la.. kat malaysia ni kita lebih kepada application engineer je... kecuali ko jadi lecturer, ok la ada masa untuk buat suit ironman kat lab...

Kat Malaysia memang kurang ea? Harap-harap dapat peluang sambung kat Jepun ke, luar negara ni. InsyaAllah.

Kot2 boleh cipta tablet murah utk diri sendiri ke. Untung jugak,kan? :D
 
Matematik? Yang ni ambe lemah sikit. SPM pun C+ je. Alamaknya, kena hafal sifir lah dulu sebelum pergi ni. InsyaAllah.

Terima kasih bagi peringatan. :)
rilek der..aku men rempuh jer msuk diploma dlu..matematik C+, add math G..abes jgk dip..siap g degree lg..

klu sibuk duk tnya org, alih2 kansel sbb tkut, xguna..
 
Kat Malaysia memang kurang ea? Harap-harap dapat peluang sambung kat Jepun ke, luar negara ni. InsyaAllah.

Kot2 boleh cipta tablet murah utk diri sendiri ke. Untung jugak,kan? :D

aku bleh cakap, ko blajar je bersungguh2, dapatkan result yg bagus... semua kena beri keutamaan termasuk la subjek bahasa inggeris, sejarah dan lain2, semua tu masuk dalam pengiraan pointer nnti... pasal keje ko takyah pikir sangat la skang ni... terlalu awal... tahun akhir nanti baru decide nak ke mana... tak semestinya ko akan keje di kilang elektronik... banyak lagi tempat bleh pegi...
 
rilek der..aku men rempuh jer msuk diploma dlu..matematik C+, add math G..abes jgk dip..siap g degree lg..

klu sibuk duk tnya org, alih2 kansel sbb tkut, xguna..

Wah! Alhamdulillah. Tahniah!

Hmm,insyaAllah. Tak cancel dah. Ni bersemangat nak pergi belajar. Tak sabar dah ni.

Cuma nak tahu apa yg perlu buat, persediaan. Mcm bro cerita tadi. Pasal matematik. Baru teringat... Jadi, masa yg ada ni. Boleh hafal sifir2 kan? Sebab sebelum ni duk fikir, English je penting. Math pun penting rupanya.. InsyaAllah.

Terima kasih. :)
 
Back
Top
Log in Register