BTC USD 76,399.0 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"This region did not survive to bathe or swim"

jabberwock

Active Member
Messages
1,488
Joined
Feb 25, 2014
Messages
1,488
Reaction score
159
Points
33
papan_tanda.jpg


KUALA TERENGGANU - Papan tanda melarang orang ramai mandi manda di beberapa kawasan pantai peranginan yang bahaya, memang biasa.

Tetapi, apa yang luar biasa bagi satu papan tanda di Kuala Terengganu ini adalah terdapat kesalahan nyata dalam terjemahan bahasa inggeris.

“Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang”, telah diterjemah sebagai “This region did not survive to bathe or swim”.

“Kesalahan satu atau dua ejaan masih boleh diterima, tetapi dalam kes ini, keseluruhan ayat dan perbendaharaan kata yang digunakan jauh daripada menepati maksud ayat dan menyalahi tata bahasa Inggeris,” kata seorang pembaca yang mengirimkan gambar kepada The Rakyat Post.

Lebih menjengkelkan, tertera jelas arahan berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Nyata pihak yang bertanggungjawab menyiapkan papan tanda berkenaan mengambil jalan mudah tanpa merujuk kepada istilah dan frasa yang diguna pakai, sebaliknya melakukannya secara semberono dengan menggunakan terjemahan daripada internet.

Memandangkan ia papan tanda awam, situasi yang berlaku boleh memberi persepsi buruk terhadap kerajaan negeri khususnya tahap penguasaan bahasa Inggeris di negeri itu.

Justeru, kesilapan yang berlaku amat memalukan, kerana pantai berkenaan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga kepada pelancong asing.

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/539955-terjemahan-papan-tanda-luar-biasa.html

sangat2 epic #:-S#:-S#:-S
 
klo pakai google translate pun xkua mcm tu
 
google translate la tu, kalo "Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang" digoole translate jadi "This area did not survive for bathing and swimming", nak sama sangat dah.

kalo bing translate lagi ok sikit, "The region is not good for bathing and swimming".
 
This area is not safe for bathing and swimming

Aku guna Google Translate dapat macam ni.
 
Region = Wilayah kalau ikut Google Translate
 
teringat lak zaman dok kolej U dulu ada member terengganu ajak makan KFC.. "U wanna eat chickeng tonite"?
 
kasi je warning kaw abis = fobidden place, you swim you die!!! :eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register