RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Terdapat banyak mesej dan juga realiti kehidupan yang cuba disampaikan dalam movie ini. Contohnya dari segi hidup berkasta yang masih lagi menebal dalam masyarakat sehinggalah ke dunia politik. Kisah mengenai Balram Halwai yang merupakan seorang pemuda yang hidup dalam kemiskinan, dia tinggal di sebuah kampung terpencil bernama Laxmangarh. Sejak kecil lagi Balram sudah terbiasa menghabiskan hari-harinya di rumah yang sempit bersama orang tua, abang, nenek, dan juga sanak saudaranya.
Walaupun hidup dalam kemiskinan, Balram tidak pernah hilang semangat untuk belajar. Balram seorang pelajar yang sangat bijak, malangngnya masalah ekonomi yang menimpa keluarganya memaksa beliau untuk berhenti sekolah di usia yang sangat muda untuk bekerja demi menampung keluarga. Setelah beranjak dewasa, Balram akhirnya memilih berhijrah ke bandar untuk bekerja sebagai pemandu peribadi orang kaya yang juga pemilik tanah di kampung halamannya .
Selama Balram menjadi pemandu peribadi tuannya itu, Balram sering mendengar perbualan tuannya itu berkenaan isu ekonomi dan juga politik. Hal inilah yang mendorong Balram untuk memperbaiki taraf hidupnya dan mengubah cara pemikirannya dari hidup seperti seorang hamba atau kasta rendah yang hanya menurut perintah tuannya tanpa membantah kepada hidup berdikari dan bebas.
Pada awalnya, Balram menyangka bahawa kehidupannya sudah mulai berubah menjadi baik selepas dia berpindah ke New Delhi. Namun seiring berjalannya waktu, dia baru menyedari bahawa dunia yang dikenalinya selama ini hanya penuh dengan korupsi dan juga penuh dengan ketidakadilan..
Harimau putih haiwan yang jarang ditemui. Hanya muncul sekali dalam satu generasi..
Attachments
-
74.7 KB Views: 34