RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Mengisahkan sepasang suami isteri Maria dan Derek Broaddus bersama tiga orang anak kecil mereka sebuah keluarga bahagia bertukar menjadi mimpi terburuk yang nyata..diselubungi ketakutan apabila mereka mula menerima surat ugutan tanpa nama dan hanya menggelar dirinya sebagai “THE WATCHER” dan meminta mereka menyediakan “Darah Muda” jika ingin selamat.
Kisah bermula apabila mereka membeli rumah di 657 Boulevard di sebuah bandar hijau Westfield, New Jersey pada Jun 2014 dengan harga $1.4 juta. Rumah yang berciri Kolonial Belanda itu telah dibina pada tahun 1905 dan sejak beberapa dekad ia telah dimiliki dan diduduki oleh beberapa ahli keluarga dari pelbagai latarbelakang.
Dalam siri sebanyak 7 episod penuh ini para penonton akan disajikan kisah-kisah dramatik hubungan antara pasangan suami isteri dengan jiran-jiran mereka yang masing-masing menunjukkan sikap pelik dan ada juga yang agak psikotik sehingga membawa kepada beberapa tragedi kematian yang cukup misteri serta PLOT TWIST YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA!!
Dan fokus utama siri ini adalah tentang misteri kemunculan THE WATCHER yang tidak bernama, hampir setiap hari mengirim surat ugutan menegaskan yang rumah itu merupakan obsesi terbesarnya selama beberapa dekad dan kini keluarga itu menjadi sebahagian obsesinya dan dia akan sentiasa memerhatikan rumah dan keluarga itu.
Dan ini menyebabkan kehidupan harian keluarga ini menjadi tidak tentu arah dan merasa terganggu. Pelbagai bantuan yang mereka cuba dapatkan namun kesemuanya membawa kepada jalan buntu.
Dapatkah mereka menyingkap identiti The Watcher yang cukup misteri dan menakutkan ini serta mempertahankan rumah impian mereka dari dicerobohi oleh jiran-jiran pelik dan The Watcher??
Attachments
-
102.9 KB Views: 32