RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Wajib Layan
THE SEA BEAST (2022) dari pengarah filem sama MOANA & BIG HERO kini kembali dengan satu lagi filem animasi keluarga yang penuh dengan pengembaraan yang cukup thrilling dan menyeronokkan
Bijak betul Netflix ini boleh masukkan filem ni time anak-anak cuti sekolah sempena Hari Raya Aidil Adha..SERONOK SANGAT dapat layan sama-sama dengan anak-anak! Terubat rindu seperti saat menonton filem MOANA dulu..salah satu filem animasi dari Chris Williams yang paling sis suka!
Mengisahkan tentang Masie Brumble seorang anak yatim piatu perempuan yang lasak, lincah dan mempunyai cita-cita untuk menjadi pemburu binatang laut/raksasa laut yang hebat dan mak pak dia mati ketika memburu raksasa laut.
Satu hari Masie dapat tahu ada sebuah kapal yang diketuai oleh Captain Crow dan Jacobs akan berlayar dengan misi untuk memburu RAKSASA LAUT yang bernama “RED BLUSTER” dan mereka harus bawa balik TANDUK RED BLUSTER untuk dipersembahkan kepada RAJA & RATU mereka.
Masie apa lagi!! Mestilah teruja gila dan nak ikut sekali sebagai kru tapi disebabkan Masie masih kecil, Jacobs tak bagi Masie ikut. Masie apa peduli!!
Lepas tu korang rasa apa jadi? Mestilah macam-macam pancaroba yang harus Jacobs lalui dengan Masie! Pancaroba apakah yang harus mereka lalui di lautan samudera yang luas itu
Serius best! Suka gila dengan kesan visual dan warna-warna raksasa yang disajikan dalam filem ini..EYE CANDY betul! Dah macam layan filem PIRATES OF CARIBBEAN
Haa mana nak layan? G layan kat Netflix naaa
Review by Aireen Jualbagz Jaybee