BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tetap cintakan kerjaya polis

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Zainuriah (empat, kanan) menerima hamper daripada Perkep sambil diperhatikan Chang Keong (dua, kiri) di Kampung Rapat, semalam.​

IPOH - Walaupun sudah 33 tahun bersara, namun memori semasa bertugas sebagai anggota polis masih segar dalam ingatan seorang warga emas.

Zainuddin Jidin, 87, berkata, dia memulakan tugas sebagai anggota polis pada 1948 di Labis, Johor sebelum berpindah dan bersara di negeri ini.

Menurutnya, dia memilih kerjaya dalam pasukan keselamatan itu untuk sama-sama menabur khidmat bakti kepada negara tercinta.

"Saya bersyukur masih hidup sehingga kini dan dapat menceritakan pengalaman saya ketika bertugas sebagai anggota polis selama 34 tahun," katanya yang memegang pangkat Koperal sehingga dia bersara di Balai Polis Kampung Rapat pada 1982.

Anak kedua Zainuddin, Zainuriah Zainuddin, 61, berkata, bapanya sering teringat detik-detik ketika dia sedang bertugas.

"Kadangkala bapa akan tanya sama ada pakaian seragamnya sudah diseterika atau belum kerana dia hendak keluar bertugas.

"Bapa juga bangun awal dan tanya apa tugasnya hari ini. Begitulah cintanya kepada kerjaya polis kerana sehingga kini dia tidak melupakannya," katanya yang kini menjaga bapanya itu di rumah mereka di Kampung Rapat, di sini.

Zainuriah berkata, dia akan mengingati Hari Peringatan Polis pada setiap tahun memandangkan sambutan itu sama dengan tarikh lahirnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-208, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Perak, pegawai kanan dan anggota pangkat rendah bersama-sama melawat pesara polis untuk mengeratkan hubungan antara mereka.

Katanya, pihaknya amat mengalu-alukan pesara polis yang aktif untuk bersama-sama membantu polis dalam pelaksanaan tugas.

"Hari ini (semalam), kami telah melawat tiga pesara polis di sekitar Bandaraya Ipoh dan memberi sedikit sumbangan kepada mereka sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-208," katanya.
 
Zainuddin Jidin, 87,

wah ... alhamdullah.. panjang umur pakcit nie...
 
Back
Top
Log in Register