BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tesla Mula Hantar Model Y Di Malaysia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836

Tesla mula hantar Model Y di Malaysia​


12 MAR 2024

2572234.jpg

Tesla telah mulakan penghantaran Model Y, kenderaan SUV di Malaysia. Foto www.tesla.com


TESLA telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.

Syarikat itu berkata, model tersebut didatangkan dalam tiga varian iaitu Model Y (pacuan roda belakang), Model Y Long Range (dwimotor pacuan semua roda) dan Model Y Performance (dwimotor pacuan semua roda).

Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y; RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi Model Y Performance.

“Model Y didatangkan dengan bumbung semua kaca, autopilot, ciri keselamatan aktif termasuk sistem penapisan udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA). Orang ramai kini boleh merasai Model Y semua elektrik di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya,” kata pembuat kereta elektrik itu dalam satu kenyataan.

Tesla berhasrat untuk mengembangkan lagi jualan, perkhidmatan selepas jualan dan sokongan pengecasannya di negara ini untuk menyediakan pengalaman pemilikan Tesla yang mudah serta lancar.

Setakat hari ini, Tesla telah membuka dan mengendalikan enam stesen pengecasan super serta lapan stesen pengecasan destinasi di Malaysia, menawarkan sejumlah 30 pengecas super dan 37 pengecasan destinasi di bandar-bandar utama di negara ini.

Tesla berkata, ia akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan dan memperluaskan liputan pengecasan di Malaysia. – Bernama


 
Tesla Model Y Di Kemaskini Dengan Rekaan Seakan Cybertruck – Harga Bermula RM 195,450

Tesla Model Y telah dikemaskini dengan rekaan yang mirip Cybertruck pagi ini. Rekaan baharu “Juniper” ini telah beberapa kali tertiris ke arena web dengan ia adalah kali pertama kenderaan diberikan wajah baharu sejak Model Y dilancarkan pada tahun 2019.

Tesla-Model-Y-Launch-Series-AWD-C-950x535.jpg.webp


Lampu hadapan kini adalah palang memanjang seperti Cybertruck menggantikan konfigurasi dua lampu hapadan standard. Pada bahagian belakang pula, palang lampu mereka memanjang sekali lagi seakan Cybertruck menggantikan dua lampu biasa.

Tesla-Model-Y-Launch-Series-AWD-A-950x535.jpg.webp


Di Malaysia dua model ditawarkan. Tesla Model Y Launch Series RWD ditawarkan dengan kelajuan maksimum 201 km/j, pecutan 0-100 dalam masa 5.9 saat dan jarak perjalanan 466 km WLTP. Tesla Model Y Launch Series AWD pula ditawarkan juga dengan kelajuan maksimum 201 km/j, pecutan 0-100 dalam masa 4.3 saat dan jarak perjalanan 551 km WLTP.

Tesla-Model-Y-Launch-Series-AWD-D-950x535.jpg.webp


Harga jualan untuk Tesla Model Y Launch Series RWD bermula daripada RM195,450 sebuah manakala Tesla Model Y Launch Series AWD pula pada harga bermula RM242,450 sebuah. Kedua-duanya hadir dengan lima pilihan warna tubuh dan dua pilihan warna dalaman. Kenderaan yang ditempah hari ini dijangka tiba pada penghujung April depan.​
 
Back
Top
Log in Register