BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tesla Lancar Sedan Elektrik Model 3 Baru

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
19.10.2023 - Tesla hari ini melancarkan sedan elektrik Model 3 baharu dan pusat pengalaman pertamanya di Malaysia. Model baharu itu, yang berharga bermula pada RM189,000, boleh didapati dalam dua varian, pacuan roda belakang dan versi jarak jauh. Ia menawarkan julat cas tunggal sehingga 629 kilometer (km).

813e8c59f3111ab3dbb9a1d4de9fa710.jpg


Dengan pelancaran model baharu itu, Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan berkata syarikat merancang untuk mewujudkan lebih banyak stesen pengecasan Super untuk menambah kepada dua stesen sedia ada yang terletak di Pavillion Kuala Lumpur dan Sunway Big Box, Johor.

“Kami akan mempunyai lebih banyak stesen. Pelan kami ialah menghubungkan negara, menghubungkan rantau ini dan menjadikan perjalanan rentas sempadan seperti dari Singapura ke Malaysia mudah,” katanya pada majlis pelancaran Model 3 Tesla di Pusat Pengalaman di Pavilion Damansara Heights di Kuala Lumpur hari ini.

Pusat tersebut, berkeluasan 3,000 kaki persegi, akan memberikan perkhidmatan kepada perbandaran mewah Bangsar dan Damansara Heights.

cbcca6a3e6479c6930665d17ba29f01b.jpg


Fan berkata Tesla Supercharging, antara stesen pengecasan terpantas di dunia, boleh mengecas Model 3 baharu sehingga 282 km hanya dalam 15 minit sahaja. Tesla turut merancang untuk mewujudkan stesen pengecasan Super di 12 lokasi berbeza di negara ini, termasuk lima di Lembah Klang, dua di wilayah utara dan dua di wilayah selatan. Di peringkat global, syarikat itu kini mempunyai rangkaian pengecasan pantas yang terbesar, dengan 4,947 stesen pengecasan Super dan 45,000 pengecas Super.

Model 3 mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa 4.4 saat sahaja selain kurang mengeluarkan bunyi yang disokong oleh penggunaan kaca akustik 360 darjah. Pada masa ini, pengeluaran tahunan Tesla berjumlah dua juta kereta elektrik untuk memenuhi permintaan global.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/683445
 
Kumpulan Pertama Tesla Model 3 Di Lihat Di Pusat Pameran Cyberjaya

Kumpulan pertama Tesla Model 3 telah dikesan di Tesla Centre Cyberjaya yang juga adalah bilik pameran utama Tesla di Malaysia. Ia selari dengan dakwaan beberapa penempah awal yang menerima pemakluman daripada Tesla berkenaan kesediaan tempahan mereka dalam minggu pertama Disember 2023.

231127-tesla-model-3-malaysia-01-1024x685.jpg


Perkara ini juga mengesahkan laporan pada 20 November 2023 lalu tentang kapal bermuatan 1,200 Tesla Model 3 berlepas daripada pelabuhan Nangang di Shanghai pada 19 November 2023. Dengan tibanya Tesla Model 3 ini, ia akan menjadi menjadi kenderaan pertama diedar oleh Tesla Malaysia kepada pengguna dalam negara. Sebenarnya, model pertama yang dilancar oleh Tesla Malaysia adalah Tesla Model Y pada bulan Julai dan dibuka tempahan lebih awal, sebelum melancar Tesla Model 3 pada bulan Oktober. Tetapi penghantaran pertama Tesla Model Y dijangka bermula seawal tahun hadapan. Tesla Malaysia juga membenarkan pertukaran tempahan dari Model Y ke Model 3 tanpa kehilangan deposit RM1,000 yang dibuat untuk Model 3.​
 

Harga Tesla Model 3 di Malaysia

230901-tesla-model-3-02.jpg


Sekiranya anda berminat untuk dapatkan sebuah Model 3, dalam pasaran Malaysia sebanyak dua varian ditawarkan. Berikut adalah senarainya:
  • Tesla Model 3 RWD – RM189,000
  • Tesla Model 3 Long Range – RM218,000
Harganya sedikit lebih murah berbanding Model Y sewaktu dilancarkan dahulu sebanyak RM10,000. Apabila dicampur dengan beberapa caj-caj tambahan daripada Tesla sendiri, harganya masing-masing menjadi RM190,700 dan juga RM219,700. Malangnya, insurans masih tidak dimasukkan. Jadi jangkakan tambahan sehingga RM5,000 untuk premium insurans juga. Pada harga sebegitu, Tesla Model 3 Long Range kini adalah EV termurah Malaysia yang ada jarak kembara melebihi 600km, jauh memotong Ioniq 6 RWD yang kami laporkan tempoh hari berharga RM289,888.

Berdasarkan laman rasmi, tetingkap penghantaran dijangka sebelum tamatnya tahun 2023 yang bermakna Model 3 mungkin masuki lebih awal berbanding Model Y yang dikakatan hanya mula diedarkan seawal tahun 2024.
 

Aerodinamik Model 3 Di Tambah Baik

230901-tesla-model-3-03.jpg


Melihat pada rupa Model 3 yang baharu, ia kini ada luaran yang lebih minimalis. Contohnya lampu depan yang lebih runcing tidak memakan banyak ruang. Di bahagian belakang, rekaan lampu juga telah diperbaharui iaitu berbentuk sepit ketam.

Menurut pengeluarnya, model baharu ini mempunyai jarak kembara yang lebih jauh. Varian RWD mempunyai jarak sehingga 513km, naik daripada 499km manakala varian Long Range pergi sehingga 629km daripada 614km. Ia salah satunya disumbang oleh rekaan rim yang lebih baik iaitu Photon (18”) dan Nova (19”).

230901-tesla-model-3-04-1024x576.jpg


Prestasi motor dilaporkan masih sama. RWD boleh memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 8.1s dengan kelajuan maksimum mencecah 201km/j manakala varian Long Range boleh pecut ke kelajuan 100km/j dalam masa 4.4 sahaja. Apabila perlu dicas, menggunakan pengecas Supercharger DC, Tesla katakan yang mengecas selama 15 minit boleh memberikan kenderaan ini sebanyak 282km jarak kembara.
 

Rekaan Kabin Di Perbaharukan Sepenuhnya

Tesla turut membawakan rekaan dalam yang lebih segar. Contohnya stereng telah direka semula, kini sama seperti Model Y. Butang kawalan lampu isyarat membelok dan pengelap cermin depan telah dipindah ke atas stereng tersebut.

230901-tesla-model-3-05.jpg


Skrin inforia masih kekal pada saiz 15.4” dan tiada sebarang meter kluster untuk pemandu melihat maklumat pemanduan disediakan. Di bahagian belakang juga disediakan panel paparan, saiznya lebih kecil pada 8” dan diperkasa AMD RDNA 2 GPU yang dikatakan boleh menjalankan permainan PC melalui aplikasi Steam.

230901-tesla-model-3-06.jpg


Daripada segi ciri pemanduan, Model 3 datang dengan Autopilot yang didalamnya ada ciri-ciri seperti:
  • autonomous emergency braking
  • adaptive cruise control
  • lane centring assist
Anda perlu tambah RM16,000 untuk masukkan Enhanced Autopilot yang ada:
  • lane change assist
  • navigate on autopilot
  • park assist
  • summon
  • smart summon
Akhir sekali, tambah RM32,000 untuk anda dapat pakej Full Self Driving yang setakat ini masih dalam fasa Beta dan tidak sah digunakan di atas jalan raya Malaysia.
 
Tesla Serah Model 3 Pertama Kepada Pelanggan Di Malaysia

29.11.2023 - Tesla membuat penghantaran pertama model kereta elektrik (EV) Model 3 kepada pelanggannya di Malaysia bermula hari ini. Penghantaran Model 3 itu juga menandakan langkah utama dalam misi Tesla untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga lestari di Malaysia. Tesla dalam satu kenyataan berkata, pelanggan menerima penghantaran Model 3 varian Rear-Wheel Drive dan Long Range Dual Motor All-Wheel Drive itu di pusat pengalaman Tesla Cyberjaya yang baru dibuka sebelum dilaksanakan di pusat pengalaman Tesla yang lain.

"Lebih banyak penghantaran akan datang di pusat pengalaman Tesla yang lain," katanya.

Pusat Servis Tesla Cyberjaya menyediakan perkhidmatan sehenti dengan sokongan diagnosis jauh 'Over-the-air' (OTA), talian hotline pemilik 24/7 serta membuat janji temu melalui aplikasi mudah alih Tesla. Model 3 adalah sedan elektrik paling laris di dunia dan menjadi model kedua rasmi Tesla di Malaysia selepas Model Y. Ia mempunyai pilihan dua varian iaitu Rear-Wheel Drive yang dijual pada harga bermula RM189,000 dan varian Long Range Dual Motor All-Wheel Drive yang ditawarkan daripada RM218,000. Model 3 menampilkan gaya luaran dikemas kini yang dioptimumkan untuk aspek aerodinamik maksimum.

Kabin Model 3 kini lebih senyap berbanding sebelum ini, disokong penggunaan kaca akustik 360 darjah. Ia juga memperkenalkan ciri baharu seperti pencahayaan ambien, sistem bunyi yang mendalam hasil rekaan Tesla dengan memiliki sehingga 17 pembesar suara, dwi subwoofer dan dwi amplifier. Selain itu, Tesla berkata, pemilik juga dijemput untuk menyertai Kelab Pemilik Tesla rasmi Malaysia untuk menikmati keistimewaan daripada pelbagai rakan kongsi Tesla.
1701257416791.png
 
Back
Top
Log in Register