BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tesla Perlu Bayar Pampasan $329 Juta Kerana Kemalangan Di Sebabkan Autopilot

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,558
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,558
Reaction score
7,740
Points
916
Mahkamah di Florida memberikan pampasan $329 juta (~RM 1.39 bilion) kepada ahli keluarga mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah Tesla Model S. Dalam kemalangan yang berlaku pada tahu 2019, Model S dalam mod Autopilot melanggar sebuah SUV mengakibatkan kematian Naibel Benavides Leon sementara teman lelaki beliau Dillon Angulo mengalami kecederaan.
1754323240823.png

Juri memberikan pampasan $129 juta (~RM 546 juta) untuk pampasan kerosakan dan $200 juta (~RM 847 juta) lagi sebagai pampasan punitif. Sistem Autopilot Tesla didapati tidak membrek kenderaan walaupun ia melanggar lampu merah kerana pemandu tidak memberikan perhatian. Tesla sudah melakukan rayuan untuk menolak keputusan mahkamah. Autopilot dilancarkan pada tahun 2014 sebagai sistem ADAS Tesla dengan kemampuan swapandu Tahap 1. Ia kemudian dipertingkatkan kepada Full Self Driving dengan kemampuan swapandu Tahap 2. Walaupun dipasarkan sebagai Autopilot, ia sekadar sistem keselamatan yang masih memerlukan campur tangan pemandu.​
 
Back
Top
Log in Register