Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Mahkamah di Florida memberikan pampasan $329 juta (~RM 1.39 bilion) kepada ahli keluarga mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah Tesla Model S. Dalam kemalangan yang berlaku pada tahu 2019, Model S dalam mod Autopilot melanggar sebuah SUV mengakibatkan kematian Naibel Benavides Leon sementara teman lelaki beliau Dillon Angulo mengalami kecederaan.
Juri memberikan pampasan $129 juta (~RM 546 juta) untuk pampasan kerosakan dan $200 juta (~RM 847 juta) lagi sebagai pampasan punitif. Sistem Autopilot Tesla didapati tidak membrek kenderaan walaupun ia melanggar lampu merah kerana pemandu tidak memberikan perhatian. Tesla sudah melakukan rayuan untuk menolak keputusan mahkamah. Autopilot dilancarkan pada tahun 2014 sebagai sistem ADAS Tesla dengan kemampuan swapandu Tahap 1. Ia kemudian dipertingkatkan kepada Full Self Driving dengan kemampuan swapandu Tahap 2. Walaupun dipasarkan sebagai Autopilot, ia sekadar sistem keselamatan yang masih memerlukan campur tangan pemandu.