BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tesla Kini Rasmi Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Setelah kecoh seantero negara, tanggal 20 Julai 2023 adalah hari secara rasminya, Tesla menembusi pasaran Malaysia. Sebagai permulaan, mereka memperkenalkan Model Y, model yang paling laku keras.​

3 varian Tesla Model Y boleh anda pilih​

Buat anda yang berminat untuk dapatkannya ada 3 varian yang boleh anda pertimbangkan. Versi RM199,000 yang viral adalah Tesla Model Y (RWD). Harga yang diterbitkan adalah termasuk pengecualian duti eksais dan cukai jalan. Model Y (RWD) adalah model pacuan roda belakang dengan jarak kembara 430km. Pecutan kembara mengambil masa 6.9s.

230720-tesla-model-y-malaysia-soyacincau-01-1024x768.jpg


Model berwarna putih yang dipamerkan di Pavilion Bukit Bintang adalah varian yang termurah. Cumanya unit yang dipamerkan hadir dengan kemasan dalaman yang berwarna putih. Kemasan tersebut adalah tambahan RM5,000 kepada harga asas tadi. Selain itu, ia didatangkan dengan roda bersaiz 19” tapi kalau anda nak naik taraf kepada roda 20”, sebanyak RM10,000 lagi perlu ditambah.

Selepas varian pacuan roda belakang, anda ada dua lagi varian iaitu All-Wheel Drive (AWD) Long Range and AWD Performance. Design mereka sama sahaja untuk semua varian. Cara untuk mengecam adalah, varian AWD memiliki brek cakera depan dan belakang dan hanya AWD Performance ada roda bersaiz 21”.

230720-tesla-model-y-malaysia-soyacincau-03-1024x768.jpg


Varian Long Range memiliki kelebihan pada jarak kembara paling jauh iaitu 533km dan pecutan abad pada 5.0s. Varian Performance adalah yang paling berkuasa dengan pecutan abad 3.7s dan jarak kembara 514km. Daripada segi harga, varian paling mahahal adalah Model Y Performance yang ditawarkan pada harga RM288,000 manakala Long Range pada RM246,000. Berdasarkan dokumen jaminan, EV Tesla dilindungi jaminan 4 tahun/80,000km. Kelengkapan bateri dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km atau 192,000km untuk Long Range dan Performance. Jaminan sah dengan sekurang-kurangnya 70% paras retention bateri.
​
 

Tesla Supercharger tiada di Pantai Timur ataupun Malaysia Timur​

Supercharger adalah rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang dibangunkan jenama automatif Tesla. Sewaktu pembentangan produk, daripadapeta digital yang dikongsikan, stesen pengecas yang akan diaktifkan tak lama lagi semuanya berada sama ada di Lembah Klang, Ipoh, Pulau Pinang, dan Johor. Malangnya tiada satu pun pengecas ada di Pantai Timur mahupun Malaysia Timur.

230720-tesla-model-y-malaysia-soyacincau-07-1024x576.jpg


Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan kerana Tesla yang dijual di negara kita hadir dengan penyambung CCS2 dan anda boleh guna mana-mana pengecas EV yang sedia ada daripada penyedia-penyedia pihak ketiga.

230720-tesla-model-y-malaysia-soyacincau-09-1024x640.jpg


8 unit pengecas Tesla Superch arger yang pertama telah dibangunkan di aras B1 tempat letak kereta gedung beli belah Pavilion Bukit Bintang. Selain Pavilion, beberapa rakan usaha sama yang terdiri daripada pembangun hartanah turut diumumkan seperti
​
  • Pavilion group​
  • Sunway group​
  • MRCB​
  • Gamuda Land​
  • Levn Capital​
  • Quill​
Makanya anda boleh jangkakan lebih banyak stesen pengecas dibangunkan di gedung-gedung beli belah dan juga kawasan-kawasan pembangunan jenama-jenama ini tak lama lagi.​
 

Ibu pejabat Tesla di Cyberjaya dan beberapa cawangan pejabat lain​

Pengumuman yang seterusnya adalah mereka mengesahkan pejabat baharu akan dibuka di Cyberjaya dengan beberapa pejabat satelit akan diwujudkan pada masa akan datang. Jadi anda boleh jangkakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pusat servis, pusat khidmat pelanggan, infrastruktur pengecas, dan pejabat operasi.

1690032450528.png
​
 
Tesla Kini Rasmi Di Malaysia

Tesla Malaysia hari ini secara rasmi memperkenal diri pada umum dan acara tersebut berlangsung tadi di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Minggu lepas, laman web Tesla sudah pun menerima tempahan serendah RM1,000 untuk Model Y. Hari ini, sebuah lagi produk iaitu Model 3 turut tersedia di laman web sama.
​
1690092259660.png

SuperCharger pula sudah disenaraikan di 10 lokasi seluruh Malaysia namun terhad di beberapa negeri setakat ini. Ia akan diperluas dari masa ke masa. Bercakap tentang kenderaan elektrik, JPJ kelak dijangka akan memperkenal nombor plat khas untuk kereta jenis itu. Antara kelebihannya ialah memudahkan pihak bomba memadamkan kebakaran seandainya berlaku kecelakaan. Selain itu, kerajaan juga mengecualikan cukai jalan untuk kereta elektrik sehingga 2025.​
 
Tidak. Tesla Tidak Catat 10,000 Tempahan Untuk Model Y Di Malaysia - Ia Adalah Berita Palsu

Sejak beberapa hari lepas, terdapat berita palsu tersebar di media sosial, menyatakan Tesla mencatatkan lebih 10,000 tempahan untuk Tesla Model Y dalam masa hanya empat hari sejak tempahan dibuka. Namun, perkara berkenaan adalah berita palsu, dan tidak benar. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak Tesla Malaysia kepada kami di Amanz. Tesla turut menekankan mereka tidak akan mengeluarkan sebarang nombor tempahan kepada umum.

Tesla Model Y telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini, sekaligus turut menyaksikan penyertaan Tesla ke pasaran Malaysia secara rasminya. Tesla Model Y ditawarkan pada harga RM199,000 di Malaysia dan dijangka tersedia pada awal 2024. Pengguna tempatan yang berminat boleh melakukan tempahan pada laman rasmi Tesla dengan bayaran tempahan RM1000.​
 
Tesla Cyberjaya, Ini Pandangan Awal Ibu Pejabat Tesla Malaysia

Tesla Malaysia membuat kemunculan sulung di Malaysia menerusi Hari Temuduga Terbuka yang diadakan di Cyberjaya pada bulan Jun lepas. Sebulan kemudian, ia melancarkan Tesla Model Y, kereta elektrik pertama mereka di Malaysia. Tesla juga telah menyebut akan menubuhkan ibu pejabat dan pusat perkhidmatannya di Cyberjaya, Selangor untuk semua operasi korporat, pemasaran, latihan, aktiviti sokongan pelanggan dan perkhidmatan kenderaan.

Kini lokasi ibupejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya telah diketahui dengan jelas, menerusi papan tanda yang besar. Ia terletak di dalam kawasan Global Solution Center, bertempat di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Di kawasan ini juga terletaknya syarikat teknologi gergasi lain seperti Tech mahindra dan NTT Data Services.

230920-Tesla-Malaysia-HQ-Cyberjaya-02-1024x716.jpg


Kami telah melawat kawasan tersebut pada waktu malam untuk melihat dengan lebih dekat apa yang terdapat di dalam pejabat. Bagaimanapun, ia masih kosong dan masih jauh dari siap untuk digunakan. Tinggal 10-hari lagi sebelum bulan September melabuhkan tirainya. Bulan lepas, Elon Musk dilaporkan akan datang ke Malaysia untuk bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini. Anwar mengatakan, beliau telah dijemput oleh Elon untuk hadir ke majlis perasmian ini. Dalam satu temuramah lain, PM menyebut ibupejabat Tesla akan dibuka pada akhir Oktober atau awal November.

230920-Tesla-Malaysia-HQ-Cyberjaya-03-1024x768.jpg
230920-Tesla-Malaysia-HQ-Cyberjaya-04-1024x768.jpg


Tesla telah membuka beberapa pejabat cawangan di seluruh Asia, antaranya di Taipei, Seoul, Tokyo, Hong Kong, dan Beijing, seperti yang disenaraikan di laman web Tesla Malaysia. Bagaimanapun, ia masih tidak menyenaraikan cawangan Cyberjaya lagi.

Selain pejabat di Cyberjaya, Tesla Malaysia juga sedang dalam proses membangunkan pusat jualan pertama mereka di Pavilion Damansara Heights Mall. Ia masih belum disahkan oleh Tesla walaupun kami telah menghubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagaimanapun, pusat beli-belah tersebut akan dibuka kepada orang ramai pada 8 Oktober 2023.

230920-Tesla-Malaysia-Showroom-Pavilion-Damansara-01-1024x615.jpg
​
 
elon musk ni saya rasa dia adalah cucu cicit keturunan tesla...
kalau tidak mana dia nak letak nama tesla.
 
Back
Top
Log in Register