BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Langganan Charge+ Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM540 Setahun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Charge+, penyedia infrastruktur pengecasan EV dari Singapura yang kini aktif di Malaysia, baru sahaja melancarkan pelan langganan pengecasan EV untuk pengguna tempatan. Dengan pelan ini, pemilik EV boleh menikmati penjimatan besar berbanding kadar biasa, sehingga 45% lebih murah berbanding kadar pengecasan biasa. Terdapat tiga pilihan pelan:​
  • Basic – 600 kWh pada harga RM540
  • Pro – 800 kWh pada harga RM640
  • Max – 1,200 kWh pada harga RM900
Setiap pelan datang dengan tempoh sah 1 tahun, dan pengguna boleh membeli lebih daripada satu pelan serentak jika perlu. Langganan ini boleh digunakan di semua pengecas milik Charge+ di Malaysia, namun tidak sah untuk pengecas persendirian, rakan roaming, atau di luar negara. Antara ciri menarik yang ditawarkan Charge+ ialah:​
  • Pembelan mudah – hanya guna kad kredit atau debit.​
  • Tiada bayaran balik – semua pembelian adalah muktamad.​
  • Liputan luas – sah di semua stesen Charge+ di Malaysia.​
Buat pengetahuan, Charge+ bukan pemain tunggal yang menawarkan model langganan. Sebelum ini, Gentari (di bawah Petronas) juga memperkenalkan pakej langganan untuk pengecasan EV, memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahukan kos pengecasan lebih terkawal dan berbaloi. Dengan pelan ini, Charge+ dilihat serius untuk memperluaskan ekosistem EV tempatan, seiring dengan sasaran mereka untuk membina 3,000 titik pengecasan menjelang 2030 di Malaysia.
1757342957005.png
 
Back
Top
Log in Register