wakiki
Fun Poster
- Messages
- 215
- Joined
- Dec 17, 2011
- Messages
- 215
- Reaction score
- 2
- Points
- 15
Skrg nih org sibuk dok post beli le barangan org melayu..time nk beli harga dia mlampau mahai dr produk yg dh ade d pasaran
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Skrg nih org sibuk dok post beli le barangan org melayu..time nk beli harga dia mlampau mahai dr produk yg dh ade d pasaran
Bukan nk kate le..Bnyk peniaga melayu nih kurang adab..amik oder sambil lewa, berlagak,time gi bayar muka ketat trima kasih pon xde..Nk ltak TV pon kemuttt.. bila kedai xde org salahkan melayu xsupport..
Kt penang ni melayu aku tgk byk support kedai mamak walau harga yahudi..beratur ke main pnjg ja. Apa yg best ngn mamak pun aku x tau..gulai kari campur yg tu ja n rasa plak sepesen ja ngn kedai2 mamak lain. Tp mmg kedai mamak ni pengotor..p ja tgk dapur uweekkk yg masak ntah mamak ka nth hahaha..lbih2 lg kalo bukan kedai mamak fames.
Selalunya org luaq..org penang dah tau kedai nasi kandaq mana yg sedap,bersih..org luaq sanggup beratuq asalkan viral..cendoi cina pun depa sapu wakakakaka


Bukan nk kate le..Bnyk peniaga melayu nih kurang adab..amik oder sambil lewa, berlagak,time gi bayar muka ketat trima kasih pon xde..Nk ltak TV pon kemuttt.. bila kedai xde org salahkan melayu xsupport..
Selalunya org luaq..org penang dah tau kedai nasi kandaq mana yg sedap,bersih..org luaq sanggup beratuq asalkan viral..cendoi cina pun depa sapu wakakakaka





Restoran mamak disyaki pamer sijil halal tak sah diserbu
![]()
Zulfahmy (kanan) bersama Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Halal JHEAT, Syed Nazmi Tuan Taufek menunjukkan logo halal pada sebuah peti sejuk menyimpan ais yang disalah guna menyimpan bahan mentah ketika pemeriksaan di sebuah restoran mamak di Kuala Terengganu hari ini. Foto oleh AZLAN BAHRUM
KUALA TERENGGANU - Sebuah restoran mamak yang terletak di sebuah pasar raya besar di bandar raya ini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini kerana disyaki cuba mengelirukan pelanggan dengan mempamerkan logo halal biar pun tidak pernah memiliki sijil pengesahan halal.
Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Terengganu, Zulfamy Mat Udi berkata, pemeriksaan dalam operasi bersepadu tersebut telah menjumpai satu logo halal tertampal pada sebuah peti sejuk yang terletak di bahagian dapur restoran terbabit.
Beliau berkata, peti sejuk tersebut digunakan untuk menyimpan bahan mentah untuk penyediaan masakan restoran nasi kandar yang sudah 10 tahun beroperasi dan terkenal di bandar raya ini berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati pengurusan restoran mamak terbabit tidak pernah memohon sijil pengesahan halal daripada pihak berkuasa. Tindakan mempamerkan logo halal tersebut dikhuatiri boleh mengelirukan orang ramai terutama dalam kalangan pelanggan beragama Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi yang disertai 30 penguat kuasa KPDNHEP, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), pejabat kesihatan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di restoran tersebut di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Syed Nazmi Tuan Taufek.
http://www.kosmo.com.my/terkini/vid...-pamer-sijil-halal-tidak-sah-diserbu-1.822128